Wednesday, April 3, 2013

Oooo!!! Ini Rupanya Punca Kenapa Nuar Beria-ia Hendak Menjadi PM..


  
Merafak sembah mohon perkenan..03/04/13




 
Hujan turun tengah hari dan petang ini di Seremban, mengiringi pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Malaysia DS Mohd Najib. Terasa sangat damai dan tenangnya hati ini. Tidak ada debaran menunggu saat penting ini. Tidak ada rasa gelojak di jiwa.
 
Pengumuman bersejarah ini sebenarnya sudah ditunggu-tunggu oleh setiap lapisan rakyat dari seluruh pelusuk negara. Dari Utara hinggalah ke selatan. Dari Pulau Lagenda Langkawi sehinggalah ke Lahad Datu.
 
Rakyat sudah bersedia untuk memasuki PRU13 dengan tekad yang membara. Membujur lalu melintang patah. Jentera UMNO/BN sudah kelihatan amat bersedia dan siap siaga sama seperti perajurit yang sedang menyabung nyawa di Lahad Datu mempertahan ibu pertiwi dan bumi tercinta ini.
 
Blogger UMNO/BN akan meneruskan sumbangan mereka dalam memberikan input kepada pengundi sebelum mereka membuat keputusan di peti undi. RBf telah memohon kerjasama dari semua pihak. Rasanya samada kecil atau besar setiap orang ada peranan masing-masing. Jalankanlah demi untuk memenangkan BN dalam PRU ini.
 
Tan Sri Zainuddin Maidin awal-awal lagi telah menyenaraikan kenapa dan mengapa BN akan kembali dengan kemenangan dua pertiga kelak. jika ada yang terlepas pandang sila ikuti di sini. Kita berharap beliau akan terus mengupas setiap isu dan jika boleh setiap hari mengenai PRU ini.
 
  
PM memasuki perkarangan Istana Negara.
 
Kepada puak pembangkang, gelanggang sudah di buka secara rasminya walaupun kalian sudah bertahun-tahun berkempen mendedahkan keburukan UMNO/BN disamping menonjolkan kebaikan puak pakatan.
 
ingat pesan PM dahulu iaitu bertandinglah secara sihat di pentas demokrasi dan elakkan daripada menggunakan cara-cara yang tidak sihat yang bakal merosakkan suasana harmonis di dalam negara ini. bentangkanlah agenda hebat kalian untuk tatapan pengundi.
 
Melihat kepada gambar-gamabr di atas, agaknya inilah yang menyebabkan Nuar beria-ia sangat hendak ke Putra Jaya, hendak menjadi Perdana Menteri kerana hak istimewa mengadap Yang Dipertuan Agung untuk memohon pembubaran Parlimen hanya ada di tangan Perdana Menteri.
 
Orang lain tidak mempunyai hak tersebut, kecuali Perdana Menteri. Nuar telah mempunyai dan merasai segala-galanya dalam hidup ini kecuali hak istimewa untuk membubarkan Parlimen. Sebab-sebab lain kita tidak nampak kenapa Nuar bersungguh-sungguh sangat hendak menjadi PM. 
 
Nak membela rakyat??? Jauh panggang dari api. Nak menghapuskan rasuah??? Nak menghapuskan kroni???? Nak melenyapkan nepotisme??? Nak menjadikan Malaysia negara maju??? Tak ada.. semua itu tidak ada dalam minda dan perkiraan Nuar.
 
Satu lagi sebab mungkinlah untuk mengelakkan dirinya daripada di dakwa di mahkamah atas pelbagai kes. 
  
 
Gambar bercakap sendiri..
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment