Berhentilah menyeksa diri sebegini, tidak berbaloi!!!
Parlimen telah dibubarkan dan akan diikuti oleh DUN pula. Inilah masanya penyokong PAS berpeluang untuk mengajar Nik Aziz supaya menginsafi dirinya dan kembali kepangkal jalan. Inilah masanya yang ditunggu-tunggu di mana penyokong PAS jangan sekali-kali memberikan undi kepada calon-calon PAS dan juga pakatan.
Ambilah peluang keemasan ini untuk memperbetulkan keadaan. Sekiranya kalian terus memberikan undi kepada PAS dan kepada Nik Aziz, berkemungkinan besar PAS akan terus hanyut dan tidak sedarkan diri. Peranan ahli PAS adalah penting kali ini.
Kalahnya Nik Aziz, kalahnya PAS dan jatuhnya Kelantan dan Kedah kepada UMNO/BN, maka puak-puak PAS ini sudah tentu mempunyai masa untuk bermuhasabah diri dan mengkaji kesilapan demi kesilapan yang mereka lakukan.
Tidak mengapa jika kalian tidak sudi atau tidak mahu memberikan undi kepada UMNO/BN, tetapi memadailah dengan memboikot calon-calon PAS, DAP dan PKR. Itupun sudah merupakan jihad kepada kalian.
Jangan ragu, jangan bimbang dan jangan takut, kalian tetap tidak berdosa jika tidak mengundi PAS. Itu sudah dijelaskan oleh persatuan Ulama Pondok yang tidak mempunyai kepentingan politik selain daripada semata-mata untuk mencegah kemungkaran.
Kemudian tolong sama-sama mengingatkan tentang keangkuhan pemimpin PAS dalam perkara-perkara tertentu seperti dalam isu Kalimah Allah, tuhan mencarut, Junjungan Besar Nabi Muhamad sama seperti mamat-mamat lain, boleh besekedudukan dengan syaiton dan iblis.
Ingatkan juga keterlanjuran PAS tentang usaha menyesatkan umat dimana mengundi PAS masuk syurga, UMNO tolak Islam dan dibenarkan mengaibkan orang lain atau mendoakan kemusnahan kepada musuh politik.
Renungkan juga bagaimana lemah lembutnya Nik Aziz pergi mencemar diri ke rumah Karpal Singki semata-mata untuk tujuan politik.
Pupuklah semangat meluat dalam diri kalian apabila sering ditipu oleh pemimpin pakatan dan merompak duit hasil titik peluk kalian dengan alasan untuk tabung jihad setiap kali ceramah diadakan. Sebenarnya duit itu untuk tempolok pemimpin mereka.
Last but not least.. mesti ingat sungguh-sungguh tentang penghinaan Nik Aziz terhadap kalian dengan menyamakan kalian dengan binatang kerana menerima bantuan BR1M. Ini sepatutnya tidak dimaafkan sama sekali kecuali jika dia memohon maaf secara terbuka. Bayangkan berjuta penduduk negara ini yang disamakannya dengan binatang semata-mata kerana melihat rakyat berpusu-pusu mengambil BR1M.
Itu perbandingan yang tidak masuk akal, kerana manusia disamakan dengan haiwan. Jokiden sudah mengatakan dulu sepatutnya dia mengatakan penerima BR1M sama macam peminta sedekah. Atau untuk lebih marah lagi gunakan ayat penerima BR1M seperti pengemis. Peminta sedekah dan pengemis masih manusia dan masih boleh diterima. Namun menyamakan penduduk Kelantan sebanyak lebih 400,000 orang sebagai lembu adalah keterlaluan. Inilah masanya untuk mendidik beliau supaya lebih menghormati insan-insan lain.
Pastikan Nik Aziz kalah dalam PRU nanti, masa itu dia akan tahu betapa tingginya langit ini dan dia mungkin akan kembali merenung rumput di bumi. Mungkin juga selepas dikalahkan nanti dia akan memperbaiki tingkah lakunya dan tidak lagi memandang remeh kepada pihak lain.
Disamping itu mari ramai-ramai kita mengambil peluang ini untuk mengsarakan otai politik seperti Lim Kit Siang. Dia hanya penasihat parti, tetapi keangkuhan dia tiada tolok bandingannya.
Kita ikuti juga saran Tun Mahathir dan mari kita gunakan sebatang pensel atau pen mata bola, kita singkirkan Nuar Brahim dari arena politik tanah air ini. Tidak ada ruginya sekiranya kelibat tiga orang ini tidak ada lagi dalam senario politik negara. Negara akan lebih dihormati tanpa mereka. Tekadkan hati dan bulatkan kata, mari kita tolak mereka.
Para pengundi di Permatang Pauh, jadilah sebagai anak jantan dan tumbangkan Nuar Brahim di sana melalui peti undi. Warga Malaysia yang tidak mempunyai kuasa undi di sana tidak boleh berbuat apa-apa, lalu kalianlah yang terpaksa memikul beban yang berat ini. Ayuh tumbankan Nuar di lubuk dia.

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
No comments:
Post a Comment