Tuesday, April 2, 2013

Baki Tentera Sulu Sebenarnya Adalah Tentera Malaysia..

  

Lagi lama pembersihan tidak dapat disempurnakan di Lahad Datu, lagi sukalah puak pakatan ini kerana mereka masih mempunyai modal dan bahan untuk diceramahkan.
 
Dilaporkan jumlah Lanun Sulu yang masih ada di kampung2 di Lahad Datu seperti di Tg Bilis, Labian dan Kunak hanya dianggarkan sebanyak 10 orang sahaja lagi.
 
Namun pihak keselamatan menghadapi jalan buntu dan sukar untuk menewaskan mereka kerana mereka sentiasa berpindah randah dan melarikan diri. Jika mengikut teori pasukan keselamatan, 10 orang lanun tersebut sudah lama mati kebuluran kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan.
 
Sedikit hari lagi puak pakatan mungkin akan menuduh pula bahawa yang tinggal '10 orang' tersebut sebenarnya adalah anggota komando Malaysia yang sengaja diletakkan di dalam hutan bakau tersebut atas faktor tertentu. Apa kita hairan nanti kerana puak pakatan ini memang suka merekacipta kisah yang tidak masuk akal, namun mudah dipercayai oleh puak mereka dan pendengar mereka. 
 
Mereka akan mengatakan pihak keselamatan sengaja meletakan anggota mereka dalam hutan tersebut dan sekali sekala melakukan tembakan untuk membuktikan bahawa masih ada saki baki pengganas di hutan itu dan pasukan keselamatan mempunyai alasan untuk terus berada di Lahad Datu sehingga PRU13 akan datang.

Apapun kita berharap segala-galanya akan cepat berakhir dan rakyat akan kembali menikmati kehidupan yang aman damai seperti masa-masa sebelum tentera lanun Sulu yang palsu ini memasuki negara kita tempoh hari.
 
  
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment