Thursday, April 4, 2013

Nizar Lambai Ni Faham Ke Tidak Ni...??

  
Lawak dia ni.. mukapun muka pelawak

Masih meroyan lagi Nizar Lambai@Nizar Lilin ni nak menjadi Menteri Besar Perak. Faham ke tidak dia dengan undang-undang tubuh Negeri Perak ni?

Lebih dari itu faham ke tidak dia dalam sistem demokrasi, mana-mana parti yang mempunyai kerusi lebih, wakil dialah yang akan menjadi MB.
 
Nizar ni nak bertanding atas tiket parti mana ni?? PAS ke DAP?? kalau bertanding atas tiket PAS berapa kerusi yang PAS akan tandingi dan berapa kerusi yang PAS akan menang???
 
Mampukah PAS mendapat lebih banyak kerusi untuk ditandingi dan untuk dimenangi. Kalau dah bertandingpun kurang macam mana nak menjadi MB???
 
Nizar ni sedar ke tidak bagaimana dia boleh menjadi MB boneka sekejap dulu, atau dia sengaja buat-buat tak faham sebab selalu kena demam panas. Kan dia menjadi MB atas ihsan DAP kerana undang-undang tubuh Negeri Perak mengsyaratkan MB mesti dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.
 
Sedar ke tidak dia ni yang tanah orang Melayu seluas lebih 10,000 ekar di Gua Musang telah melayang akibat dia nak menjadi MB boneka DAP. Ingat ke tidak dia ni bila mendapat kuasa boneka dulu dia ibarat kaduk naik junjung, ibarat kera mendapat bunga dan lupa daratan. Ingat ke tidak dia yang tanah-tanah tol di Perak diubah dari 99 tahun kepada 1000 tahun. Ingat tak Nizar???
 
Ok kalau sudah faham, apakah Nizar begitu lembab untuk memikirkan bahawa DAP sudah siap calon MB. Dua tiga orang Melayu akan bertanding atas tiket DAP dalam PRU13 kelak dan jika DAP mendapat banyak kerusi orang itulah yang bakal menjadi MB. Faham ke tidak Nizar lilin ni.
 
Seeloknya dia berhenti membantu meruntuhkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam ini. Sebaiknya dia membantu meruntuhkan kuasa kuku besi DAP khususnya Ngah Kor Ming dan Ngeh di Perak tu, bukannya masih meroyan hendakkan jawatan MB. Siapa nak bagi Nizar oiii!!! 
 
Mari baca kisah selanjutnya di sini.
 
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment