Monday, April 1, 2013

Apa Hal Ni Nuar.. Gagal Lagi Ke..???


 
Penumbuk sudah siap digengam... menanti Ummi Hafilda di Lembah Pantai.

Takkan banyak ni je penyokong kau Nuar oii?? Mano poie eaaaaa yang lain-lain tu. Puziah ni tak boleh ko bawak oghang. Mano penyokong Lynas yang ghamai-ghamai tu..? Montang-montang Wong Tuck dah kono pocat daghi Pongorusi Hijau langsung tak ado oghang datang nonga ceramah kau..

Susah kita nak percaya apabila program jelalah Nuar hanya diminati oleh sekitar 500 sahaja. Ini tanda penolakan yang serius dan sebab musababnya memang sudah sedia dimaklumi oleh Nuar.
 
Pertamanya ceramah dia asyik menyalahkan UMNO/BN dan kerajaan. Tidak ada cerita baru. Rakyat sudah biasa dengan tune dia. Orang sudah banyak yang bosan. Hinggakan masalah besar yang melanda negara seperti kes Lahad Datu juga gagal difahami oleh Nuar lantaran terlalu ghairah untuk menuding jari kepada UMNO/BN dan kerajaan.
 
Keduanya dalam kebanyakan ceramah dia selalu sangat dia mengatakan dirinya teranianya kena konspirasi pihak UMNO/BN dan kerajaan. Sesekali mungkin boleh memberikan impak dan pendengar bersimpati. Namun dalam merekasaya jalan cerita sesekali dia tersasul juga dan ini membuatkan pendengar rasa tertipu.
 
Dia banyak berretorik di depan pendengarnya dan banyak merapu serta membuat tuduhan yang tidak berasas terutama kepada musuh-musuh politiknya. Rakyat sudah muak.
 
Ketiganya penampilan Nuar sudah tidak seperti dulu lagi. Ini akibat tersalah nasihat atupun sebab kifarah yang dia kena hadapi. Penampilan dia kadang kala berserabut, topi tak sesuai, baju tak sesuai, seluar tak sesuai malah kadang kala apa yang ada di atas kepalapun kelihatan tidak sesuai.
 
Keempatnya dia lebih kelihatan sebagai pelawak atau badut di pentas ceramah. Kadang-kadang dia menyanyi pula dikala orang sedang serius ingin mendengar 'pendedahan' dia, tiba-tiba dia buat lawak jenaka pulak.
 
Dalam ceramah dia juga ada waktu rihat selama 5 minit dan orang ramai yang hadir akan dirayu supaya memberikan sumbangan sebiji seperti apa yang PAS lakukan. Hari ini sepatutnya dia yang memberikan kepada rakyat, bukan pula sebaliknya dia yang meminta daripada penyokong.
 
Waktu dan tempat ceramah hanya tangkap muat dan kadang kala tidak bersesuaian langsung. Ceramah Nuar hanya mendapat sambutan di ketika dia berceramah bersama kumpulan PAS dan DAP kerana penyokong tegar PAS masih ramai yang belum insaf. Sementara penyokong tegar DAP hadir kerana mereka memang sukakan cara Nuar untuk melemahkan kekuatan politik orang Melayu.
 
 

Ceramah Anwar di Sungai Isap gagal dapat sambutan

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Sungai Isap, kawasan Parlimen Kuantan yang dihadiri kira-kira 500 penyokong tegar parti pembangkang di Kuantan, Pahang hari ini. - UTUSAN
 
KUANTAN 30 Mac - Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di Sungai Isap di sini hari ini ternyata gagal mendapat sambutan apabila hanya dihadiri oleh kira-kira 500 penyokong tegar parti itu.
 
Walaupun dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh namun ia tetap tidak berjaya menarik perhatian masyarakat di kawasan berkenaan untuk menghadiri ceramah jalanan tersebut.
 
Bagaimanapun, Anwar dalam ceramahnya itu mengumumkan bahawa Fuziah yang juga Naib Presiden PKR akan bertanding semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 
Untuk rekod, pada pilihan raya 2008, Fuziah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Fu Ah Kiow dengan majoriti 1,826 undi. Fuziah memperoleh 18,398 undi manakala Ah Kiow mendapat 16,572 undi. - UTUSAN
 
 
Ceramah Tun M, masih mendapat sambutan, orang masih teruja nak mendengarnya. Dikatakan sebanyak lebih 14,000 orang menghadiri ceramah ini.

Agaknya mungkin juga sesuai jika digabungkan tokoh-tokoh Veteran UMNO ini dalam satu pentas ceramah seperti Tun Daim, Ibrahim Ali, Tan Sri Sanusi dan Tan Sri Mohd Isa Samad di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. Mahu 50,000 orang hadir kot.
 


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment