Elok bertanding dengan Nik Aziz ni..
Sebentar tadi di TV3 disiarkan berita bahawa Tok Mon telah ke pejabat SPR untuk mengambil borang pencalonan untuk bertanding dalam PRU13 kelak.
Mendidih darah Nik Aziz, dia ingat dia mahu memecahkan rekod sebagai calon tertua untuk bertanding dalam PRU. Pada PRU12 dahulu dia juga gagal membuat rekod tersebut kerana dicabar oleh Tok Mon.
Harapan dia kali ini biarlah dia yang memegang rekod tersebut memandangkan Tok Mon sudah kalah dahulu dan tentu serik untuk mencuba lagi. Namun harapan dia hancur berkecai apabila Tok Mon sudah mengambil borang pencalon dan mungkin berpindah bertanding ke Pulau Melaka dan tidak di Terengganu. Elok wartawan pergi tanya Nik Aziz dan minta komen dia tentang hasrat Tok Mon ini.
Mungkin Nik Aziz akan kata ini negara demokrasi dan sesiapa sahaja boleh bertanding tanpa mengira umur. Aatau dia akan berkata dengan angkuhnya kelak, tidak perlulah membuang masa dan menyibuk, Tok Mon sepatutnya berihat. Kalau tanya Ostad Azizan kita tentu sudah tahu jawapan dia iaitu 'ukur baju ke badan sendirilah' seperti mana dia melanyak MB Selangor si Khalid Gagap tu.
Sementara itu segala sms palsu, dan teka teki tentang MB Terengganu rasanya akan lenyap selepas ini apabila beliau mengumumkan bahawa dia akan bertanding di DUN Kijal. Dua berita ini Jokiden pautkan di sini sebagai rempah ratus PRU13.
PRU-13: Ahmad Said pertahan DUN Kijal
DUNGUN 4 April - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.
Kenyataan beliau itu sekali gus melenyapkan khabar angin bahawa namanya tidak tersenarai untuk bertanding kali ini.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya DUN Sura di sini, lewat malam tadi, beliau berkata kerusi DUN Bandar akan dipertahankan oleh MCA menerusi penyandangnya, Datuk Toh Chin Yaw.
Pada masa yang sama Ahmad menggesa mereka yang tidak tersenarai agar memberi sokongan padu kepada semua calon Barisan Nasional (BN) Terengganu.
"Jika hari ini kita tolong orang lain, satu hari nanti orang lain pula akan sokong kita. Tidak bertanding bukanlah bermaksud karier politik seseorang itu tamat," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai senarai calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kali ini.
Ditanya mengenai komposisi calon dan penyertaan calon wanita, Ahmad hanya menjawab ringkas: "Tunggu sehingga pengisytiharan calon diadakan." - BERNAMA
Tok Mon nak tanding lagi
Oleh Sufian Thauri Muhammed dan Ahmad Rabiul Zulkifli
KUALA TERENGGANU: Meskipun cubaannya sebelum ini pernah diperkecilkan banyak pihak, namun Maimun Yusuf, 92, tidak menolak kemungkinan dia akan bertanding pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Bagaimanapun, ketika desas-desus di kalangan ahli politik menyatakan PRU ke-13 semakin hampir dengan pelbagai persiapan sedang rancak dibuat untuk menghadapinya, Maimun pula tidak membuat apa-apa perkara yang menonjolkan dirinya sebagai calon sebaliknya terus berniaga kain seperti biasa.
“Tok masih mempertimbangkan hasrat untuk jadi calon PRU ke-13.
“Tok masih mempertimbangkan hasrat untuk jadi calon PRU ke-13.
“Jika diikutkan ada kenalan dan jiran yang tidak menggalakkan tok berbuat demikian tetapi tok dapat rasakan mereka akan menyokong jika tok bertanding,” katanya yang membahasakan dirinya tok dalam pertemuan di rumah sewanya yang disewa dengan kadar RM60 sebulan di Kampung Mengadang Akar, di sini, baru-baru ini.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
No comments:
Post a Comment