Wednesday, April 3, 2013

Dalam Kesedihan, Tanggung-jawab Masih Dipikul..


 
 
 
Menyiram air ke pusara Che Tanti..
 
MOHD. Ali Rustam menyiram air mawar di pusara kakaknya, Che Tanti Rustam di Tanah Perkuburan Bukit Bayan, Bukit Katil, Melaka hari ini. - UTUSAN/AZLI AHAD
 
MELAKA 3 Mac - Kakak kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meninggal dunia di Seri Bendahara malam tadi.
 
Che Tanti Mohd. Rustam, 84, meninggal dunia pada pukul 11.45 malam tadi akibat sakit tua di kediaman Mohd. Ali di sini.
 
Jenazah akan dikebumi di Tanah Perkuburan Bukit Bayan di Bukit Katil pukul 11 pagi ini. - UTUSAN


 
 
Suasana pilu tentunya masih bersarang di hati beliau kerana baru sahaja kehilangan kakak tersayang namun Ketua Menteri Melaka ini tidak mahu bertangguh lagi dalam mendapatkan perkenan TYT Yang Dipertua Negeri Melaka untuk membubarkan DUN Melaka hari ini.
 
Beliau telah membuat kenyataan tidak lama dahulu iaitu jika diberi pilihan beliau berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen dan memberikan khidmat baktinya di peringkat Pusat. Dahulupun beliau pernah menjadi Timbalan Menteri, lalu pengalaman tersebut boleh membantunya kelak.
 
Namun Melaka di bawah pentadbiran beliau kelihatan mantap dan aman walupun ada riak-riak kecil dikalangan pemimpin UMNO/BN di negeri Melaka yang tidak menyenagi beliau. Rasanya keseluruhan rakyat berpuas hati dengan pentadbiran beliau kerana Melaka terus makmur dan dikunjungi oleh pelancung dalam dan luar negeri.
  

PRU-13: DUN Melaka dibubarkan hari ini - Ali Rustam

TUN Mohd. Khalil Yaakob (dua kanan) menerima watikah perisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka daripada Mohd. Ali Rustam sambil diperhatikan Othman Mohamad (kanan) dan Omar Kaseh di pejabat Yang Dipertua Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka hari ini. - UTUSAN
 
MELAKA 3 April - DUN Melaka dibubar pada pukul 1 petang ini selepas Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob menandatangani notis pengisytiharan pembubaran daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd, Ali Rustam sebentar tadi.
 
Yang turut hadir ialah Speaker DUN, Datuk Othman Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Omar Kaseh.
 
Surat pengisytiharan pembubaran DUN Melaka akan diserahkan oleh Othman kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Haelmy Mohd Hanifah selepas mesyuarat exco. - UTUSAN



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment