Monday, April 1, 2013

Tidak Ada Idea, Umumkan Sahaja Apa Yang PM Telah Umumkan.


Memanglah PAS ini tidak ada rasa malu, tidak ada rasa harga diri, tidak memikirkan maruah yang tercemar dan tidak habis-habis hendak menipu rakyat.

Sudahlah rakyat dikelentongkan dengan janji Lebuh Raya Rakyat berharga berbillion ringgit tanpa tol, dan banyak lagi projek yang tinggal papan tanda sahaja, kini diumumkan lagi satu projek mega yang terhebat di dunia dalam kategorinya. Kah..kah..kah..kah. Lawaklah PAS ini.
 


Stadium bertaraf Olimpik janji baharu Pas Kelantan

REPLIKA stadium konon setanding Stadium Olimpik Beijing yang dikatakan akan dibina oleh kerajaan Pas Kelantan di kaki Bukit Merbau, di pedalaman Pasir Puteh, Kelantan. Majlis pecah tanahnya dilakukan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini. - UTUSAN
 
PASIR PUTEH 30 Mac - Meskipun banyak projek mega dilancarkan Kerajaan Pas Kelantan masih gagal ditunaikan, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta rakyat `memberi kepercayaan’ kepada satu lagi projek mega kerajaan negeri iaitu stadium bola sepak.
 
Walaupun tidak memaklumkan bila projek itu dijangka siap, Nik Abdul Aziz memberitahu stadium itu lebih hebat daripada mana-mana stadium terkemuka di dunia dan setaraf dengan Stadium Olimpik Beijing di China atau lebih dikenali sebagai stadium sarang burung .
 
Majlis pelancaran projek bernilai RM320 juta membabitkan kawasan seluas lebih 100 hektar itu berlangsung di kaki Bukit Merbau di sini.
 
Tindakan mengumumkan pembinaan sebuah stadium tersebut dilihat seakan-akan cuba menyaingi pengumuman tujuh projek besar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melawat Kelantan pada 20 Januari lalu.
 
Selain pembinaan stadium baharu, Najib turut mengumumkan projek-projek lain merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.
 
Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan menyelesaikan masalah air.
 
Pada majlis tersebut juga Nik Abdul Aziz mengumumkan satu lagi janjinya iaitu pembinaan sebuah bandar sukan dengan 300 unit rumah mampu milik, hotel, kawasan perniagaan serta beberapa unit rumah mewah di kawasan tersebut.
 
"Saya hari ini begitu gembira. Saya guna suara terlalu kuat tadi sampai letih sangat dan tidak lalu makan kerana selera makan sudah tiada," katanya ringkas dalam sidang akhbar selepas majlis pecah tanah tersebut.
 
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda) baru-baru ini menyifatkan projek stadium itu merupakan satu lagi sandiwara Kerajaan Pas Kelantan untuk menarik sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
 
Presidennya, Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, Kerajaan Pas Kelantan adalah sebuah kerajaan yang hanya 'pecah tanah, sodok jalan dan pasang batu asas' dalam setiap projek dilancarkan.
 
Menurut beliau, beberapa projek mega Pas Kelantan sebelum ini hanya menjadi kenangan untuk rakyat antaranya Jambatan Palekbang, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Pelabuhan Pantai Sri Tujoh, Bandar Baru Pengkalan Kubor serta Koridor Depu. - UTUSAN


Selepas mengumumkan pembinaan Stadium ini dan dalam sidang akhbar selepas majlis pecah tanah Nik Aziz dilaporkan berkata "Saya hari ini begitu gembira.." Rujuk MM 31/3/13. ekk baru pecah tanah dah gembira melampau.. belum lagi siap.
 
Nampaknya kerajaan PAS Kelantan ini bolehlah kita ibaratkan sebagai melepaskan batuk di tangga semata-mata. Bila rasa tercabar dengan pengumuman 7 projek besar maka penjilat PAS pun tidak sabar mencari idea untuk mengumumkan juga projek mega. Mereka nak bohong sapa??? Dah berpuluh dah projek mereka umumkan, berpuluh juga yang tinggal papan tanda.
 
Projeknya tidak juga ada. Maknanya mereka berbohonglah. Mereka terus menipu rakyatlah untuk mendapatkan undi. Opp terlupa Jokiden, mereka ada alasan kukuh, iaitu wang royalti UMNO tak bagi kepada Kelantan.. kih..kih..kih..kih.. Mereka tak dapat bezakan 5 batu Nautika dengan 200 batu nautika. Namun alasan tersebut memang suka didendangkan oleh pemimpin PAS.
 
Sebenarnya selain daripada gimik nak menipu rakyat ini tujuan majlis pecah tanah juga adalah untuk mengutip derma daripada towkey2 kaya yang ada di KB tersebut. Kutipan derma adalah penting untuk dana PRU PAS.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kah..kah..kah..kah...
 
 
 
 
 


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

1 comment:

  1. Apa punya website bodoh lah ko buat ni ..Buta2 sokong BN .. yg memang terbukti takberkesan sejak merdeka lagi .. Korup ,, Penipu .. Tak de modal lansung .. tak abis2 nak takutkan orang melayu konon nyer cina nak rampas negara ni .. Kalau cina kafir tu boleh perintah negara ni lagi adil,apa salah nyer .. daripada melayu islam yg penipu besar mcm umno ni .. Pakai otak lah sikit bro .. Think objectively .. Hmmm

    ReplyDelete