Monday, April 22, 2013

Nuar Brahim Arahkan Dr. K Tarik Diri Dan Sokong Datuk K??..


Kita tidak terperanjat nanti sekiranya Nik Aziz, Hj Hadi dan Nuar Brahim bersekongkol dan mengarahkan calon PAS di Kuala Kangsar Dr Khalil Idham supaya menarik diri dan membantu memenangkan calon bebas iaitu Datuk Kamilia Ibrahim.
 
Biasalah dia akan janjikan sekiranya pakatan memerintah, Datuk K ini akan diberikan jawatan Menteri, ikut pilihan dia, mungkin Menteri yang menjaga wanitalah.
 
Kita hairan juga sekiranya Datuk K ini berjiwa pejuang macam Jokiden, dia tentu tidak akan tergamak untuk menginkari keputusan Presiden Parti. Dia tentu tidak tergamak membuatkan parti berada dalam keadaan tersepit begini. Baca juga ulasan di sini.
 
Kes ini tentu berbeza sedikit dengan kes di Pasir Mas, namun ada persamaan dengan kes di Sepang. Kita masih belum tahu lagi berapa orang daripada ahli Pergerakan Wanita yang akan bersama beliau.
 
Namun memahami Nuar yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mencapai cita-citanya, maka kemungkin itu tidak boleh ditolak sama sekali. Apapun kita tunggu kesudahannya.  
 
 

Kamilia letak semua jawatan dalam UMNO

Exco kocik bona.. ese nak jadi montoghi..
 
IPOH 20 April - Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang membuat kejutan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar hari ini mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam parti itu.
 
Kamilia dalam laman sosial Facebook miliknya memberitahu, beliau turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar.
 
"Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon Bebas Parlimen Kuala Kangsar dan dengan ini mengumumkan peletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar dan ahli UMNO," katanya seperti dipetik dalam laman sosial itu.
 
Kamilia hari ini membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar yang juga kubu kuat BN pada pilihan raya umum 5 Mei ini.
 
Beliau yang pada mulanya disangka hadir untuk sama-sama memberi sokongan kepada calon BN, Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, bertindak memasuki pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah di sini kira-kira pukul 9.30 pagi.
 
Keputusan tersebut bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara beliau dan Wan Mohammad Khairil Anuar serta calon Pas, Dr. Khalil Idham Lim Abdullah.
 
Keputusan Kamilia itu mendapat kecaman daripada para pemimpin dan ahli akar umbi Wanita UMNO Kuala Kangsar yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu pengkhianatan kepada parti.
Pada pilihan raya umum lalu, calon BN yang juga bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berjaya mempertahankan kerusi itu selepas menewaskan calon Pas, Khairuddin Abd Malik dengan majoriti 1,458.
 
 
Untuk renungan: "Kita tak mahu janji, kita mahu undi" "Pengundi dah tak suka, kita cabutlah ke tempat lain" Khalid Gagap.
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

4 comments:

  1. Orang luar dah labur beratus juta bagi BN tumbang PRU13, itu belum kira Perang Sulu Lahad Datu lagi. Tetapi Anwar silap-silap haribulan akan tumbang di Cherok Tok Kun sendiri ditangan Dr Mazlan Ismail.

    ReplyDelete
  2. Jokiden berharap sangat dia tumbang, supaya politik negara akan aman sedikit. Jika dia tumbang dengan majoriti yang besar, maka dia akan sedar bahawa cara politik dia tidak disukai di sana. Hanya orang Permatang Pauh yang boleh menyelamatkan politik caca marba ini.

    ReplyDelete
  3. Jokiden

    Nampak sangat yang saudara dah out of touch dengan perubahan politik. Dengan menjelaskan bahawa saudara akan undi songkok, jelas menunjukkan saudara menghina pemikiran anak muda. Tak mungkin generasi baru akan akur sekiranya pemimpin meletakkan calon yang tak diterima akal. Zaman pemikiran kolot dah bodoh yang saudara amalkan tidak akan menjamin survival politik umno. Diharap saudara fikir dulu sebelum menulis.

    ReplyDelete
  4. ramai org yang terlalu taksub pada pemimpin dan hanya sekadar cukup hanya mendengar ceramah untuk membuat keputusan hingga "buta mata" untuk melihat perubahan dan kebaikan kerajaan sedia ada...segala pemberian dan kemajuan bukan sekadar bergantung pada modal wang ringgit tetapi idea dan perancangan yang rapi..bukan semua kerajaan mampu melakukan sedemikian..contohnya kerajaan kelantan 22 tahun memerintah dengan berjuta bantuan kerajaan pusat tidak mampu melaksanakan pembangunan dan mereka hanya mampu menunggu projek2 dari kerajaan pusat...

    ReplyDelete