Friday, April 26, 2013

Terbongkar Rahsia Kenapa Program Tun Mahathir Mendapat Sambutan...


 


Jasamu dikenang. Segunung harapan masih diharapkan daripada beliau sebagai penyelamat orang Melayu, seluruh rakyat dan negara ini. Walaupun sudah lama meninggalkan persada politik tanah air, aura Tun Dr Mahathir nampaknya masih belum surut. Jikapun ada waktunya di mana beliau seolah-olah dilupakan ialah antara 2004 sehingga 2007.
 
Mulai 2008 beliau kembali mewarnai gelanggang politik negara dan terlibat secara aktif dalam pelbagai peristiwa melalui pelbagai cara. Janji beliau ialah untuk membantu jentera kempen UMNO/BN dalam PRU13 ini bagi memastikan kelangsungan kuasa yang dimiliki oleh BN hari ini.
 
Masih teringat akan kata-katanya iaitu "saya akan bekerja kuat" tidak lama dahulu, apabila ditanya apakah beliau akan turun berkempen pada kali ini.
 
Terdengar juga kepada kita alasan beliau untuk turut serta dalam PRU13 ini ialah untuk membalas jasa dan budi UMNO yang telah memungkinkan dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
 
Kebelakangan ini kemana sahaja beliau menghadirkan diri majlis atau program beliau nampaknya tetap mendapat sambutan luar biasa. Ribuan 'peminat' beliau akan sanggup bersusah payah datang untuk mendengar ucapan beliau.
 
Kehadiran di majlis beliau jauh mengatasi kehadiran di majlis sesetengah tokoh popular pakatan. Impak yang beliau bawa tidak dapat dinafikan masih mampu memberikan markah tinggi kepada UMNO/BN. keadaan ini sememangnya menggusarkan pakatan dan beliau tidak lepas daripada cacian serta kejian para penceramah pakatan.
 
Tidak pernah berubah, sejak dahulu kemana sahaja beliau pergi penyokong setia beliau tetap berada di samping beliau iaitu Tun Dr Siti Hasmah. Pasangan ini nampaknya sehati sejiwa dan menjadi teladan kepada pasangan lain.
 
Tanpa jemu, tanpa merasa penat dan masih memikirkan tentang masalah negara, maka kehadiran orang ramai di majlis beliau ialah untuk mendengar sendiri amanat beliau dalam mengharungi PRU13 ini.
 
Jika dahulu ramai rakyat yang masih belum berpeluang untuk melihat beliau dari dekat, maka kini peluang itu terbuka luas. Agaknya ini merupakan antara sebab kenapa majlis beliau sentiasa mendapat sambutan hangat kerana rakyat masih ramai yang ingin melihat beliau dari dekat. 
 
Pendapat dan buah fikiran beliau masih diberikan perhatian oleh semua pihak tidak kira dari kawan ataupun lawan. Sumbangan beliau amat besar dalam membantu calon-calon BN. Malah ada yang berkata kembalinya sokongan rakyat kepada UMNO/BN antara penyebabnya ialah Tun Dr Mahathir yang telah tampil tanpa berbelah bahagi memberikan sokongan padu kepada DS Mohd Najib dan BN.

Bukan sedikit pemimpin pakatan yang merasa tercabar dengan penglibatan Tun Mahathir dalam kempen PRU13 ini. Impak yang besar ini membuatkan mereka meroyan. Salahuddin mengutuk beliau, Lim Kit Siang memaki beliau, Mat Sapu dan ramai lagi.

Malah Nuar Ibrahim paling teruk sehingga sanggup mendoakan Tun Mahathir supaya mati. Memang tidak ada karektor pemimpin langsung dalam diri Nuar ni. Karektor sebagai samseng adalah.

“Sudah mau mati, dah 83 tahun. Berapa la lama lagi? Kalau dah nak mati, mati saja lah (It’s almost time for him to die, at 83 years old. How long more? If you are going to die, just die),” he said at a ceramah in Kampung Abdullah here.

Itu kata Nuar semasa menyampaikan ceramahnya di Segamat dua hari lalu. Selepas ini ramai yang bakal kena demam panas ni akibat kesungguhan Tun Mahathir berkempen.   
 
Terima Kasih Tun.
 
 
 
  
Semalam di Kuala Kedah..
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

3 comments:

  1. TDM....... Jasamu tetap dikenang sepanjang hayat. Entah bila Malaysia akan ada TDM II. Rakyat Malaysia amat bertuah kerana pernah dipimpin oleh TDM KECUALI PUAK PUAK PR yang nak sangat berkuasa.

    ReplyDelete
  2. Semoga ayahanda Tun dan isteri sentiasa di dalam perlindungan Allah swt. Amin....

    ReplyDelete
  3. Mahathir dulu OKAY .. sekarang die dah jadi orang tua nyanyuk .. merepek x abis2 .. ko dah bersara .. diam jer lah.. jadi mcm dollah tuh .. enjoy duit yg ko dah curi dari rakyat,jawatan top2 yg ko dah kasi kat sedara mara ko .. ni tak ...x abis2 membebel .. takutkan orang melayu dgn kaum lain .. sedang kan Najib seru orang bersatu dlm 1Malaysia .. Mahathir memekak suruh orang takut dgn cina supaya die dgn kroni die bleh teruskan merompak hasil negara ni ..Mahathir merupakan dalang perkauman no.1 dlm Malaysia ni .. RACIST!

    ReplyDelete