Monday, April 22, 2013

Wajah Yang Menyebabkan Malaysia Jadi Terkenal Dan Dikagumi Dunia..


     
Tidak ada yang mempertikaikan tindakannya..

Kita sebenarnya tidak pasti apakah ingin bersimpati atau ingin merasa kasihan dengan sikap Tok Mon ini. Namun rasanya tidak ada sesiapa yang berasa marah atau geram. Pada PRU14 akan datang rasanya jika masih ada usia Tok Mon bakal muncul lagi tanpa menghiraukan pendapat orang.
 
Malas pula rasanya hendak menyiasat dalam google apakah ada calon lain dalam dunia ini yang menyertai PRU dalam usia sebegini. Mungkin ada dan mungkin tiada. Jika tiada, dunia wajar mengiktiraf Tok Mon sebagai pemegang rekod dunia menjadi calon tertua bertanding dalam PRU.
 
Sistem PRU di Malaysia tidak melarang Tok Mon untuk menjadi calon asalkan syarat dipenuhi. Itulah cantiknya sistem yang Malaysia amalkan.
 
Malaysia sudah terkenal ke seluruh dunia, namun kisah Tok Mon ini sedikit sebanyak pastinya membuatkan orang lebih mengenali Malaysia.
 
Menerima bantuan Kebajikan Masyarakat RM300 sebulan, menabung dan menyimpan kemudian menggunakan duit simpanan itu untuk menjadi calon PRU. Duit itu pasti akan hilang darinya. Namun siapakah yang hendak melarang Tok Mon daripada memasuki dewan penamaan calon?? Biarkan.
 
Selain daripada itu kita juga mempunyai wajah-wajah lain yang membuatkan orang mengenali Malaysia. Sumbangan tokoh-tokoh ini dalam mempromosikan negara adalah melalui pelbagai cara atau kaedah. Lihat wajah mereka dan simpanlah komen kalian di dalam hati.
 
    
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

3 comments:

  1. Jokiden,, anda sebagai Pro BN di N9 bertanggungjawab untuk mempastikan Zainudin Ismail, Wan Salwati,
    Dato Samad Ibrahim, Dato Razi Kail dan Dato Norhayati Omar (yang ini telah diketahui umum) serta Calon yang lain jika ada mewakili UMNO untuk bersumpah menafikan dan menyatakan mereka tidak pernah berzina serta mempunyai hubungan sulit dan melakukan perbuatan yang salah di sisi Allah SWT iaitu merasuah dan menyalahgunakan peruntukan kerajaan untuk kepentingan diri sendiri sebelum umat Islam di Negeri Sembilan memangkah mereka menjadikan mereka Pemimpin.

    ReplyDelete
  2. Ini mesti anon yang sama yang menulis dalam blog Paneh ni. Ok nanti Jokiden kumpulkan bukti dan Jokiden akan buat report polis ke atas mereka tersebut.

    ReplyDelete
  3. Betul tu Jokiden.

    Dato Samad sei amat pasti kerana isterinya sendiri yang mendedahkan perilakunya. yang lain hanyalah hearsay

    Kita wajib mengundi calon yang terbaik dan diyakini bersih tidak kira dari Parti mana pun. Parti hanyalah Ideologi. Pemimpin yang terbaik tanpa mengira parti pastinya dapat berkerjasama di dalam kerajaan yang dibentuk di antara satu sama lain kerana matlamat mereka adalah rakyat dan negara bukannya diri sendiri.

    ReplyDelete