Tuesday, April 23, 2013

(1) (8) Yahoo!!!! Kerusi Pertama Untuk Pakatan..


  
Berdasarkan gambar ini BN akan menang..

Pada awalnya Jokiden mengatakan kerusi Parlimen ini akan dengan mudah menjadi milik BN dengan majoriti yang meningkat tinggi. Namun setelah selesai penamaan calon pada Sabtu lepas, andaian Jokiden terpaksa di ubah dan kerusi ini adalah milik pakatan haram.
 
Jumlah pengundi berdaftar di sini ialah sebanyak 102,507. Banyak tu. Terdiri daripada 43.67% pengundi Melayu, (44,765) 41.08% Cina (42,109), 13.69% India (14,033) dan Lain-lain 1.56% (1,600).
 
Parlimen ini ditandingi oleh tiga orang calon iaitu satu Melayu dan dua Cina. Secara tradisi kawasan ini ditandingi oleh MCA dan DAP dan kedua-dua parti tersebut secara bergilir-gilir memenangi kawasan ini.
 
Pada tahun 2008, kerusi ini di menangi oleh calon DAP dari keturunan India dan majoritinya amat kecil iaitu 3,000 lebih sikit.
 
Pada kali ini selain daripada  daripada calon BN dan DAP kawasan ini turut ditandingi oleh calon ISMA atas tiket Berjasa dan dua calon BEBAS. Alasan ISMA bertanding ialah kawasan ini majoritinya Melayu tetapi ditandingi oleh calon Cina. Isma juga mengatakan mereka bertanding kerana hendak 'menyelamatkan' undi Melayu, hendak menyelamatkan kuasa Melayu dan undi orang Islam.
 
Apabila ahli-ahli PAS mempertikaikan tindakan mereka bertanding di 19 kawasan dan mereka hanya memecahkan undi, maka mereka mempunyai hujah sebaliknya. Mereka marah dengan ahli-ahli PAS ini. Isma hendak memperjuangkan Islam, namun dengan jumlah kerusi yang mereka tandingi, suara mereka tidak akan didengar pun.
 
Sekali imbas percaturan Isma mungkin begini. Orang Melayu yang tidak mahu mengundi BN kerana bekerja sama dengan bangsa asing akan memberikan undi kepada mereka. Pengundi yang bersimpati dengan PAS pula yang tidak ingin memberikan undi kepada sekutu PAS akan juga memberikan undi kepada mereka. Kononnya mereka penyelamatlah. Namun hakikatnya mereka akan menafikan kemenangan calon lain. Dalam realiti politik Malaysia jika ingin berkuasa setiap parti mestilah berkerjasama antara semua kaum. Sebab itu PAS walaupun musuh DAP, namun sanggup melupakan soal maruah dan bekerjasama dengan DAP.
 
Berbalik kepada kawasan di atas, kita ambil kira jumlah pengundi yang akan keluar mengundi pada 5 bagi semua kaum puratanya ialah 80%. Ini bermakna sebanyak 35,812 orang pengundi Melayu akan membuang undi. 33,687 orang pengundi Cina, 11,226 orang pengundi India dan 1,280 lain-lain pengundi.
 
Apakah pengundi Cina dan India juga yang lain-lain tadi akan memberikan undi kepada calon Isma. Rasanya sukar. Kalau adapun sekadar 1 peratus. Lalu Isma akan mengharapkan calonnya mendapat undi daripada pengundi Melayu dan 'terselamatlah' undi orang Islam. Jika undi Melayu akhirnya terbahagi tiga, maka nyatalah calon BN amat sukar untuk memenangi kerusi ini. Sementara calon Isma yang hanya mendapatkan sokongan 1 % daripada undi kaum lain tentulah akan kalah dan yang menang tentulah DAP. Kesimpulannya Isma membantu DAP kafir Harbi yang memusuhi Islam untuk mendapat satu kerusi. Isma nampaknya tidak rela kafir Zimmi yang mewakili MCA untuk menang.
 
Jumlah undi ada di atas, peratusan undi juga ada di atas, jika pembaca ingin mengetahui siapa pemenang kerusi ini silalah buat pengiraan sendiri. Jika Isma berjaya melarikan 5,000 undi kaum Melayu, maknanya DAP akan menang.

Namun sekiranya bekas MP DAP dari kaum India, John Fernandez  yang dipecat yang bertanding atas tiket bebas berjaya melarikan banyak undi daripada DAP, maka peluang kawasan ini untuk dimenangi oleh BN masih ada. 
 
  
 
 
 
Eden dulupun adalah Kogho, goma pisang...(Kera..)
 
 
 
Kedudukan kerusi terkini:
 
Parlimen Seremban DAP.

Parlimen Johor Bahru BN
 
BN 8, Pakatan 1.
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment