Saturday, April 27, 2013

Nik Aziz Kempen Di Kelantan Cukuplah.. Tak Perlu Pergi Jauh-jauh.

 
  
Kenapa sampai jadi begini ni...????
 
 
Badan tu uzur, tak berapa nak sihat, namun demi seorang 'budak cerdik' digagahi juga untuk turun berkempen di Putrajya dan Lembah Pantai..
 
Punyalah sayangnya Nik Aziz kepada Nuar Brahim, sanggup dia datang ke Lembah Pantai untuk membantu kempen Nurul Izah anak kesayangan 'budak cerdik' tersebut. Menyedari kedudukan calon PKR Lembah Pantai ini berada di dalam keadaan kritikal dalam PRU13 ini maka Nuar mungkin meminta bantuan Nik Aziz sebagai crowd puller untuk meramaikan penyokong tegar PAS supaya datang menghadiri ceramah pakatan di sana.
 
Nik Aziz juga mungkin menyedari bahawa anak budak cerdik ini telah gagal sebagai seorang wakil rakyat dan gagal membela rakyat sepanjang 1,825 dia menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai. Kawasan Lembah Pantai sebenarnya merupakan kawasan semi elit di pinggir Bandar Raya. Penduduknya bukan terdiri daripada orang yang buta huruf.
 
Pengundi Lembah Pantai telah melihat 'jasa dan sumbangan' ahli Parlimen mereka untuk tempoh 5 tahun yang lalu dan rasanya markah yang sesuai diberikan kepada wakil rakyat mereka hanyalah sekadar E-. Mengikut TPM jika itu gradenya maka jelaslah dia telah gagal.
 
Pengundi Lembah Pantai tidak mudah lagi dibuai dengan mimpi harapan dan janji kosong yang ditaburkan oleh pakatan. Mereka tidak mudah menerima bulat-bulat retorik pembangkang yang dihamburkan dalam setiap ceramah mereka.
 
Semakin dekat hari penentuan, maka semakin menipis pula sokongan terhadap pakatan dan di Lembah Pantai ianya tidak terkecuali. Sebelum hari penamaan calon, pemimpin pakatan masih boleh berarak ke mana sahaja untuk meramaikan kehadiran di ceramah mereka. Namun setelah calon-calon dinamakan setiap orang kelihatan sibuk untuk meraih sokongan daripada pengundi di kawasan yang mereka tandingi.
 
Masa sudah tidak ada lagi untuk berarak ke sana ke mari bagi memenuhkan majlis ceramah yang diadakan oleh pemimpin pakatan. Masing-masing terpaksa memberikan perhatian di kawasan sendiri dan tidak lagi boleh bergerak dengan bebas, nanti yang di kejar tidak dapat, yang dikendung pula berciciran.
 
Fenomena ini menyebabkan semua ceramah atau kempen puak pakatan menjadi hambar, lesu, tidak bertenaga dan kurang sambutan. Keriuhan suara dari kaset juga sudah tidak mampu lagi untuk menarik pendengar. Air batu atau buku-buku yang dijual  pada setiap kali ceramah diadakan sudah menjadi satu pembaziran kerana sudah tiada sesiapa yang ingin membelinya. Malah peniaga gerai segera yang sinonim dengan ceramah PAS juga dan pembangkang juga sudah begitu berkurangan.
 
Di depan Jokiden petang tadi di luar pagar Pusat Rekreasi Air Panas Pedas, seorang peniaga yang mengibarkan jentera PAS berhenti membeli 5 paket ais ketul untuk dijual pada sesi ceramah malam ini berhampiran rumah Jokiden. Jokiden tidak pasti kerana tidak menghadiri ceramah tersebut kerana terpaksa berada di Kuala Pilah, namun ketika melalui melalui kawasan ceramah untuk kembali ke rumah hampir jam 2.30 pagi, tiada langsung kesan-kesan yang menunjukkan ramai pengunjung yang datang. Yang banyak hanyalah bendera yang telah siap di pasang di depan bilik gerakan tersebut.
 
Dilaporkan oleh media di sana sini, kehadiran di ceramah pembangkang hanyalah setakat puluhan orang sahaja, tidak seperti sebelum hari penamaan calon tempoh hari. Malah di ceramah tokoh hebat atau 'tokoh besar' pakatanpun kehadiran amat merunsingkan para petugas yang ingin membuat kutipan 'derma jihad' 
 
Pasti dan sohih, kutipan derma jihad turut merudum dan PAS kenalah menggunakan derma Tabung Lahad Datu atau derma jihad Lebuhraya Rakyat untuk membiayai majlis kempen mereka sekiranya DAP dan PKR tidak mahu menyumbangkan derma dari dana Yahudi kepada PAS..
 
Jika Nuar dan Kit Siang atau Mat Sapu sudah tidak dapat lagi menarik minat pengunjung ceramah, maka Nik Aziz terpaksalah digunakan sebagai senjata terakhir untuk menjemput orang PAS supaya datang ke ceramah pakatan. Inilah yang dilakukan oleh Nuar dan Nurul Izah yang turut memberikan slot ceramah kepada Nik Aziz di Lembah Pantai.
 
Nik Aziz masih boleh meninggalkan songkoknya di DUN Cempaka sebagai alat berkempen dan dia akan mendapat undi. Nik Aziz masih boleh meninggalkan kubunya dan membantu calon-calon yang bermasalah. Nik Aziz masih yakin dia akan menang walaupun tidak berkempen di kawasannya. Nik Aziz tahu lawannya tidak akan mampu mengalahkan dia kecuali UMNO meletakkan Tok Mon sebagai calon untuk menentang dia di DUN Cempaka tempoh hari.
 
Di saat gelombang merah sedang mengganas di seluruh Kelantan dan Kelantan sudah hampir pasti akan tumbang, amatlah menghairankan kenapa Nik Aziz sanggup meninggalkan negerinya semata-mata untuk berkempen bagi pihak anak emas dia di Putrajaya dan anak budak cerdik di Lembah Pantai.
 
Puak Pakatan telah mengambil kesempatan daripada sedikit kelebihan yang diberikan oleh pihak SPR yang akur dengan desakan pembangkang supaya tempoh berkempen dipanjangkan dari 7 hari ke 11 hari dan mereka mendapat 15 hari. Ini memberikan ruang kepada Nuar Brahim untuk meninggalkan Permatang Pauh dan memberi ruang kepada Nik Aziz untuk meninggalkan Kota Bahru. Mereka merasakan masih mempunyai masa untuk memperbetulkan keadaan di tempat sendiri pada saat-saat akhir kelak.       

Tidak ada mana gahnya perkara yang disampaikan oleh Nik Aziz kepada pengundi Lembah Pantai selain daripada kata-kata berikut:

"Kalau BN bagi duit, kain atau gula kita ambil tetapi apabila mengundi nanti pilih calon dari Pakatan Rakyat.

"Kita kena lebih cerdik dari BN baru mereka tidak boleh mempermainkan kita," kata beliau.


Nik Aziz terlupa dia sedang berkempen di kawasan Lembah ilmu dan bukannya di Hulu Kelantan. Nik Aziz terlupa ayat puaka Nuar Brahim yang telah kerapa memakan dirinya sendiri iaitu "rakyat bukan lagi mudah diperbodohkan. Rakyat tidak lagi bodoh, rakyat sudah cerdik dan rakyat sudah mampu menilai."

Nik Aziz mesti bijak membezakan cara berkempen di Kelantan dengan cara berkempen di Lembah Klang. Isu di Kelantan tidak sama dengan isu di Lembah Klang dan di Lembah Pantai. Ayat dia di atas mampu membuatkan pengundi di Lembah Pantai ketawa terbahak-bahak.

Calon UMNO/BN di Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik sendiri tidak berani mengeluarkan kata-kata seperti yang diungkapkan oleh Nik Aziz di atas. Calon BN tersebut ternyata tidak berani untuk meletakkan IQ pengundi di Lembah Pantai serendah andaian Nik Aziz tersebut. Malanglah Nurul Izah mendapat bantuan kempen daripada Tok Guru. Apapun mungkin dari segi kutipan derma jihad Calon PKR itu boleh menarik nafas lega, kerana pasti bertambah sedikit.

Kepada Nik Aziz diingatkan, jangan sekali-kali cuba merendahkan daya fikir dan daya nilai pengundi di Lembah Pantai. Sesungguhnya pengundi di Lembah Pantai tidak memerlukan kain atau gula, sebaliknya mereka memerlukan seorang wakil yang tahu bekerja, kuat bekerja dan sentiasa bekerja. Mereka tidak memerlukan seorang wakil yang hanya bijak menghamburkan kata-kata tetapi mensia-siakan amanah yang diberi.

UMNO/BN juga tidak pernah cuba mempermain-mainkan pengundi seperti sangkaan Nik Aziz. BN adalah pengamal Janji ditepati. Nik Aziz tidak perlu menyindir pengundi Lembah Pantai.


   putrajayareal
Cerita di Mykmu.. 10,000 orang hadir.

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

4 comments:

  1. Kelmarin kutbah jumaat kat tempat aku bertajuk
    "Pilih Pemimpin" antara hendaklah memilih pemimpin yang kuat mental dan fizikalnya kalu kita perhatikan beberapa dari pr ada yang menggunakan kerusi roda, berjalan pun dah kena pimpin bagaimana nak pimpin orang lain.

    ReplyDelete
  2. Mereka sebenarnya menghina sistem demokrasi di negara ini. Mereka sudah tidak mampu menguruskan diri sendiri, tetapi nafsu mereka tetap mahukan imbuhan duniawi. Jokiden dalam next posting akan membicarakan tentang para pemimpin PAS dan pengikutnya yang tidak mendapat restu Allah swt dalam perjuangan mereka kerana niat perbuatan mereka tidak ikhlas sebaliknya hanya demi politik.

    Contohnya, PAS menyebut tentang hudud, bukan kerana hendak menegakkan hukum Allah, tetapi untuk meraih undi, sebab itu hudud hanya timbul lima tahun sekali.

    Tunggu postng selanjutnya, Insya Allah.

    ReplyDelete
  3. Aku ingat haprak haprak PGay R, DAPigs dan pencacai PASial je yg teruja nak ke putrajaya tapi nampaknya Pok Nik Wali Selipar ni pun tak nak ketinggalan...dasar politik HANCING juak-juak PAS ni. Penah aku terdengar totok PAS ni bercakap katanya Najib ni bukan maksum mcm NIk Ajis....aduhhh...yang aku tau Nabi saja yang maksum...tapi apa nak di herankan parti ajaran sesat ni...jangan terlalu mengejar Putrajaya akhirnya Kelantan bungkus...nak mempin Kelantan sampai mati ke pok nik....

    ReplyDelete
  4. Ini kalilah Tukar... TUnggu Ape lagi

    ReplyDelete