Thursday, April 25, 2013

(13) (14) (2) Akibat Kuat Sangat Menipu, Inilah Jadinya, Nuar Lupa Siapa Dirinya..

 
"Eden glamour balik..tq PAS"

Jokiden nak komen pasal artikel Utusan ini. Nuar ini seolah-olah sudah tidak dapat lagi mengawal dirinya dalam menghadapi kegetiran PRU13. Situasi langsung tidak menyebelahi beliau. Apa sahaja yang beliau cuba lakukan akhirnya akan memakan diri sendiri.
 
Sepatutnya dia berhenti memainkan sentimen kebencian terhadap pemimpin kerajaan, pemimpin UMNO/BN kerana kaedah ini sudah tidak dapat lagi menyakinkan rakyat.
 
Dia sepatutnya menerima hakikat bahawa UMNO/BN terpaksa bertindak balas bagi menjelaskan kepada pengundi terhadap segala tuduhan serta fitnah yang beliau hamburkan kepada lawannya sepanjang karier politik beliau.
 
Cara beliau, kaedah beliau dan pendekatan beliau telah membuatkan UMNO/BN juga terpaksa mengikut rentak beliau dan tentulah kesannya lebih besar lagi.
 
Sementara PAS dan DAP jika ingin kembali kepada strategi merayu dan memohon simpati dari rakyat dikhuatiri pula akan diketawakan kerana selama ini mereka terlalu angkuh kononnya mendapat sokongan majoriti rakyat.
 
Nuar telah terlalu mengwar-warkan bahawa mereka akan menang besar, mereka akan menawan Putrajaya, mereka kuat dan bakal menubuhkan kerajaan tentulah sekarang ini tidak sesuai lagi untuk merendah diri, merayu dan merintih dan hendak pula mengaku kalah sebelum hari pengundian. 
 
Kusut masai, berserabut dan kelihatan tidak bermaya, Nuar ternyata sudah tidak mampu lagi menanggung segala beban yang beliau sendiri timbulkan. Rakan-rakan juga nampaknya sudah tidak dapat membantu lagi. 
 
Dan UMNO/BN pula kelihatan semakin bertenaga, mantap dan terus ceria meniti hari sehingga ke 5 Mei nanti. Sementara pertelagahan pastinya akan berterusan dikalangan pakatan. Rakyat terus melihatnya dan rakyat semakin mempercayai bahawa pakatan akan roboh juga akhirnya.
 
Jumlah pembahagian kerusi juga nampaknya amat menyakitkan hati walaupun PAS mendapat apa yang dimintanya. Mengikut Hj Hadi PAS bertanding 73 kerusi, DAP 51 dan PKR 99 (lebih satu iaitu 223 sedangkan kerusi Parlimen 222) merupakan pembahagian yang tidak praktikal seperti kata Abdul Wahud "ini tidak adil"
 
Adakah patut parti yang paling lemah pula mendapat kerusi yang paling banyak. Parti yang paling tidak tersusun pula mendapat lebih. Pakatan selepas PRU13 nanti pastinya melonggokkan segala kesilapan dan kesalahan kepada bahu Nuar. Tengoklah nanti dalam post mortem mereka. Pakatan akan mengutuk Nuar kerana berkempen menggunakan video lucah untuk meraih undi.

Nuar mesti faham dalam politik hari ini, jika dia baling batu, orang akan baling semula. Jika dia fitnah, orang akan fitnah balik. Jika dia mencaci dan maki hamun, orang juga akan mencaci dan maki hamun dia. Jika dia menghina semua orang, orang akan hina dia balik.

Siapa sebenarnya yang memulakan semua budaya yang tidak sihat dalam politik negara Malaysia ini??? tidak lain dan tidak bukan ialah pembangkang. Dulu PAS dan DAP sahaja yang melakukan budaya buruk ini, kini ditambah lagi dengan wujudnya PKR, maka suasana politik Malaysia sudah menjadi haru biru.

Malangnya Nuar selalu terlupa ayat yang dia suka sebut iaitu rakyat bukan lagi bodoh. Rakyat sudah cerdik. Jadi dengan adanya pendedahan media massa dan media sosial, rakyat semakin dapat menilai. Betul UMNO/BN ada kelemahannya namun keburukan yang dibawa oleh pakatan adalah lebih besar daripada keburukan yang kononnya ada dikalangan BN.   
 
Ikhtiar terakhir rasanya hanyalah penggunaan wang yang tiada hadnya menjelang hari pengundian. Namun jika itupun dilakukan oleh pakatan haram, rakyat telahpun membuat pilihan di hati. Duit yang bakal ditabur oleh pakatan mungkin akan diambil oleh pengundi, namun mereka telah menetapkan undi mereka hanya untuk BN demi masa depan yang lebih cerah.

Di Johor Nuar sudah mula memainkan nada mohon simpati, iaitu dia mengatakan jika dia kalah dia akan ke luar negara untuk mengajar. Dia suka mengajar. Disini. Kah..kah..kah..kah..Habis kau Nuar.  
 
  

PRU-13: Anwar 'kata dulang paku serpih' dalam ceramah

BATU PAHAT 25 April - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim umpama 'kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih' apabila mempersoalkan akidah pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika berceramah di Parit Raja, di sini malam tadi.
 
Beliau yang terpalit dengan isu moral termasuk dua kali dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan meliwat itu menuduh pemimpin BN mempunyai masalah akidah kerana terlibat dengan rasuah.
 
Malahan, beliau tanpa rasa bersalah mendakwa pemimpin BN mengamalkan kronisme walaupun kepimpinan partinya sendiri dibarisi oleh kaum keluarganya iaitu isterinya selaku presiden parti dan anaknya pula sebagai naib presiden.
"Pilihan raya kali ini (adalah) pertembungan akidah dan nilai, bukan seperti BN yang ambil semua dan mengambil rasuah serta membebankan rakyat. Akidah Islam bukan hina dan cerca orang merata tempat," katanya dalam ceramah yang hanya dihadiri kira-kira 600 daripada lebih 40,000 pengundi bagi Parlimen Sri Gading.
 
Anwar turut menuduh BN menjadi dalang sehingga menyebabkan DAP tidak mendapat pengiktirafan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sedangkan kenyataannya ia disebabkan oleh berlakunya "salah kira" ketika pemilihan Jawatankuasa Eksekutif (CEC) parti sekutunya itu.
 
Mengenai pertindihan calon PKR dan Pas di beberapa kerusi, calon PKR bagi Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa ia telah berjaya diselesaikan dalam tempoh 10 minit.
 
"Begitu juga pertindihan calon yang telah diselesaikan dalam masa 10 minit... cuma hari itu tidak dapat diselesaikan kerana saya dan Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Badul Hadi Awang) juga perlu serah borang pada hari penamaan calon," katanya walaupun kenyataannya isu tersebut masih lagi menjadi kemelut di peringkat akar umbi.
 
Anwar ketika meninggalkan lokasi ceramah itu sempat "mengejutkan" penduduk apabila mengerahkan pengawal peribadinya berlari sejauh lebih 200 meter semata-mata untuk mengawal kereta yang beliau naiki. - UTUSAN ONLINE

      
 
 
 
 

Bertambah lagi kerusi BN.

PARLIMEN KUALA PILAH BN.

BN 13, PAKATAN 2.

PARLIMEN BALIK PULAU BN.

BN 14, PAKATAN 2.


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

1 comment:

  1. Asan kepiting tu berapolah umur dio tu ..meriahlah kopilah nanti kalau ado pilihanrays kecil. Asan tu dah bau tanah raso eh ...

    ReplyDelete