Friday, April 26, 2013

(15) Ini Yang Saya Tidak Suka Ni... Nik Aziz





  
Lain macam ni...
 
 
Tuan Guru Nik Aziz pernah melarang kaum muslimah PAS menjadi calon dalam mana-mana PRU atau PRK. Keselamatan calon wanita katanya belum tentu selamat jika berkempen ke sana ke mari.
 
Gambar di atas yang diambil pada beberapa hari lalu 20 April 2013, mengesahkan kebenaran kata-kata Nik Aziz tersebut. Tidak pasti siapa dalam gambar di atas. Ada yang kata Wan Jijah, ada yang kata Abby Abady, ada yang kata Nurul Ijah. Malah ada yang kata itu Zuraidah. Pedulilah siapa dia.
 
Yang pastinya tanggung-jawab pengawal peribadi amatlah berat untuk mempastikan keselamatan tokoh yang mereka lindungi. Peristiwa begini bukannya kali pertama berlaku, malah biasa terjadi di mana-mana perhimpunan yang melibatkan ramai orang.
 
Memang nyata pelukan 'padat' si pengawal peribadi berjaya menyelamatkan tokoh wanita tersebut daripada menerima rempuhan oleh penyokong. Jika begitu caranya mengawal calon atau tokoh wanita tentulah ramai pengawal peribadi yang sanggup menawarkan diri untuk tugas tersebut walaupun tanpa bayaran.
 
Jika Abby Abadi atau Nurul Ijah memerlukan pengawal yang tegap-tegap untuk menjaga keselamatan beliau semasa berkempen ini pastilah ramai yang menawarkan diri kerana mereka akan memperolehi peluang untuk memeluknya dengan  padat atas alasan tidak mahu sesiapa merempuhnya. Hahaha...
 
Untuk kali inilah dan untuk perkara sebeginilah, Jokiden bersetuju dengan Nik Aziz supaya calon wanita tidak menyertai mana-mana rapat umum. Boleh jadi calon, namun tidak perlulah pengawal peribadi memeluk padat sangat. Sepatutnya pengawal peribadi berpegangan tangan untuk mengawal calon wanita mereka sama seperti polis-polis Arab Saudi yang membuat rantai tangan semasa mengiringi Perdana Menteri untuk bertawaf di Masjidil Haram. Cerita asal dan komen banyak  di sini. 

 
 
PARLIMEN BUKIT KATIL BN.

BN 15, PAKATAN 2.



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

2 comments: