Tuesday, April 23, 2013

(6) (7) Lagi Kerusi Untuk BN....


Untuk kesekian kalinya, calon di Gua Musang adalah merupakan tokoh lama dan otai. YBM Tengku Razaliegh Hamzah dicalonkan bagi mengibarkan panji-panji kemenangan untuk UMNO/BN dalam PRU13 ini.
 
Kedudukan beliau di sana samalah dengan kedudukan Nik Aziz di DUN Cempaka. Cuma pada kali ini dijangkakan majoriti yang bakal diraih oleh Tengku Razaliegh akan bertambah jika dibandingkan dengan majoriti pada tahun 2008 dahulu.
 
Dengan semangat Gelombang Merah rasanya tidak ada masalah bagi beliau untuk mempertahankan kerusi tersebut dan janganlah puak-puak pakatan ini hendak memasukkan dalam senarai cai mereka bahawa Parlimen Gua Musang akan dapat mereka tawan.

  


Hari ini ditunjukkan potret bekas MB Selangor yang sedang menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAS. Terasa sayu juga melihat pejuang UMNO ini mengambil langkah yang sedemikian rupa. Hanya beliau yang tahu sebab musabab kenapa beliau mengambil tindakan itu.
 
Mungkin rasa tersisih, tidak dipedulikan, tidak dihargai, menantu tidak dapat menjadi calon dan pelbagai lagi andaian. Namun ini tidak mengwajarkan beliau meninggalkan UMNO dan menyertai PAS di saat UMNO tengah bertarung ini. Beliau tersisih mungkin disebabkan beliau ingin menjauhkan diri secara bersendirian daripada semua kegiatan UMNO. Sudah tentulah puak PAS akan menjadikannya sebagai bahan kempen yang berguna.
 
Di saat kredibiliti PAS tersangat teruk ini, dengan pelbagai penyelewengan dan kemungkaran yang mereka lakukan, kemasukan Tan Sri Muhammad Taib pastinyalah dapat sedikit sebanyak memperbaiki calar balar yang terdapat di badan PAS ketika ini.  Pastinya akan ada yang berkata bahawa 'perjuangan' adalah 'benar' dan 'betul' sebab itu orang sehebat Tan Sri MT sanggup menyertai PAS.
 
Walaupun suatu waktu dulu beliau ini lunyai dimaki hamun oleh puak-puak PAS dan PKR ini, maka setelah menyertai PAS tentulah dia tiba-tiba sahaja akan menjadi wangi dan segala tuduhan PAS terhadap beliau dulu akan terpadam dengan sendirinya. Menikam DS Mohd Najib dengan cara begini adalah sesuatu yang sukar diterima oleh ahli UMNO.

 
 
 


Bertambah lagi kerusi BN.

GUA MUSANG BN 6, PAKATAN 0.

KENINGAU BN 7, PAKATAN 0


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment