Dia ni tengah menangis atau tengah ketawa??? Cuba Nuar jawab dulu..
Susah juga kalau orang sudah tidak dapat mengawal diri ni. Berilusi dan bermimpi kemudian menceritakan kepada orang ramai apa yang dia igaukan. Jika wartawan luar negara berada di hadapannya ketika itu, wartawan tersebut juga tidak sanggup melaporkan skrip yang dia reka itu.
"Mereka umum (kemenangan) lewat 2 pagi, jadi tidak boleh angkat sumpah sebab Yang di-Pertuan Agong sudah tidur, kena buat esoknya.
"Lepas (angkat sumpah) itu, TV3 dan RTM datang beratur nak temuramah. Saya kata pi belakang dulu, kasi pengajaran sikit," katanya dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 1,500 penyokong pembangkang di Kampung Teluk Sena, Lambor Kiri di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE
Pernah dahulu ketika skim cepat kaya begitu menguasai kehidupan rakyat Malaysia, maka ramailah yang terperangkap akibat daripada kegagalan mengawal nafsu. Mereka ketika itu tidak peduli langsung dengan nasihat kerajaan dan menyertai skim berkenaan akibat godaan untuk menjadi kaya dalam sekelip mata.
Akhirnya ramai yang tergadai harta benda dan wang simpanan. Ramai yang beracakap seorang diri, ramai yang meroyan. Terdapat mereka yang mempunyai kereta juga akhirnya tergadai danterpaksa menjual kereta tersebut.
Pengusaha pam minyak ada yang menyaksikan betapa seseorang datang mengayuh basikal ke petrol pamnya kemudian menyuruh pembantu pam segera mengisikan minyak ke basikalnya. Itulah akibat apabila diri sudah tidak terkawal.
Kita bimbang juga sekiranya Nuar akan mengalami nasib yang sama selepas PRU13 ini nanti, malah mungkin lebih teruk lagi. Petunjuk mana yang dia guna untuk mengatakan akan diistiharkan menang pada jam dua pagi. Petunjuk sekarang ialah pakatan akan merudum dan kalah teruk.
PRU adalah perkara serius dan Nuar tidak sepatutnya menjadikan ia sebagai bahan lawak jenaka dalam ceramahnya. Juga Nuar tidak sepatutnya menghina Yang Dipertuan Agong dalam ceramahnya dengan mengatakan Yang Dipertuan Agong sedang tidur dan upacara angkat sumpah ditangguhkan kepada keesokan harinya. Bawak mengucap Nuar.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
No comments:
Post a Comment