Sunday, April 21, 2013

Satu Lagi Kerusi Untuk BN..(3)


Bukanlah Jokiden hendak mendabik dada atau riak takabur. Apabila Aishah dengan baju 'kepak kelawar' ini mengemukakan borang pencalunannya untuk menentang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, rasanya dia, penyokongnya dan penyokong UMNO/BN sudah menjangkakan di dalam hati masing-masing, bahawa Tan Sri Isa akan menghadiahkan satu kerusi Parlimen untuk BN.
 
Masyarakat FELDA tidak akan membiarkan bos mereka ditewaskan oleh penyanyi janji manismu ini. Pengundi di FELDA Raja Alias dan Palong serta kawasan kampung tradisi di Serting serta pengundi Cina di Bahau dan pengundi India di Jeram Padang sudah pasti akan berdiri teguh di belakang pemimpin yang popular dan mesra rakyat ini.
 
Jokiden meramalkan Tan Sri Mohd Isa akan memperolehi majoriti melebihi 18,000 orang dengan izin Allah swt kelak.
 
Malah jika Pengerusi FELDA ini hendak keluar berkempen ke tempat lain, ke Lembah Bilut ke, ke FELDA Sahabat ke, rasanya dia boleh pergi dan jangan bimbangkan sangat dengan kempen-kempen Aishah ni.
 
PAS sesungguhnya membuat kesilapan besar dengan menamakan penyanyi ini untuk berhadapan dengan Tan Sri Mohd Isa. Penyokong Ketua Pemuda PAS Kawasan yang kecewa kerana tidak dicalonkan juga akan menyebabkan jentera kempen Aishah akan tempang.
 
 

PRU-13: Mohd. Isa lawan Aishah di Parlimen Jempol

MOHD. ISA Abdul Samad (kiri) dan penyanyi Aishah yang menjadi calon Pas memasuki Pusat Penamaan Calon di Dewan Pejabat Daerah Jempol hari ini. - UTUSAN/SAJIDA ASARULAH KHAN
 
JEMPOL 20 April - Bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad akan mewakili Barisan Nasional untuk menentang Wan Aishah Wan Ariffin pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk merebut kerusi Parlimen Jempol.
 
Nama mereka diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wan Razali Wan Awang di Dewan Pejabat Daerah Jempol, di sini hari ini.
 
Mohd. Isa yang tiba di dewan berkenaan pada pukul, 8.45 pagi disambut lebih 4,000 penyokong BN yang terdiri daripada warga Felda, manakala Aishah tiba lebih awal pada pukl 8.30 pagi bersama lebih 500 penyokongnya.
 
"Saya gembira dengan sokongan warga Felda dan percaya semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya akan dimenangi oleh BN pada PRU-13 ini," kata Mohd. Isa.
 
Sementara itu, Aishah yang pernah popular dengan lagu Janji Manismu ketika ditemui berkata, dia akan membawa perubahan di kawasan Parlimen itu dengan bersandarkan latar belakangnya sebagai artis.
 
"Kalau orang lain boleh terima sebagai pemimpin, kenapa masyarakat tidak boleh terima artis sebagai pemimpin," kata Aishah.
 
Dalam pada itu, kerusi DUN Jeram Padang adalah antara yang panas pagi ini apabila calon BN, L. Manickam akan ditentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), T. Kumar serta dua calon Bebas, Zailani Zakaria yang menggunakan logo bunga raya dan R. Mazavan dengan logo ikan.
 
Sementara di DUN Serting, calon BN yang juga penyandang kerusi berkenaan, Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli akan ditentang calon Pas, Abd. Rahman Ramli, manakala DUN Palong menyaksikan bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin mewakili BN akan ditentang calon PKR, Rebin Birham.
 
Bagi DUN Bahau, doktor yang mewakili BN, Dr. Yee Mee Faa akan ditentang calon DAP, Chew Seh Yong. - UTUSAN ONLINE

BN 3 PAKATAN 0



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment