Saturday, June 16, 2012

Sudah Nasib Badan.. DS Najib.. Terima Je Lah..

   

"Jika saya tidak sanggup dikritik maka bermakna saya telah tersalah pilih kerjaya.." Itu antara kata-kata DSN yang membuatkan pembangkang terlopong, termanggu dan rasa mahu pitam. Maksudnya beliau bersedia menghadapi itu semua. hebat PM kita ini. Ada yang membencinya dan ramai pula yang menyayangi beliau.

Mungkin pengalaman bekerja dengan bekas PM Tun Mahathir Mohamad sejak sekian lama telah mematangkan PM kita ini dalam setiap tindak tanduknya. Beliau benar-benar bermula dari bawah, meniti setiap anak tangga hingga berada di puncak kuasa tanpa sebarang kontroversi. Pernah menjadi Timbalan Menteri, Menteri Besar, Menteri Penuh, Timbalan Perdana Menteri dan kini Perdana menteri.

Dalam hairaki kepimpinan UMNO beliau bermula sebagai ahli biasa, Ketua Bahagian, Naib Ketua Pemuda, Ketua Pemuda, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan kini Presiden UMNO. Tidak ada ahli UMNO yang mempertikaikan pencapaian beliau yang bertatih kemudian berjalan, berlunjur kemudian duduk.

Di saat ahli UMNO dan rakyat kebanyakannya memerlukan sokongan serta tindakan tegas daripada beliau, kita melihat dia seolah-olah tidak ambil pusing sangat dan seolah-olah mengambil sikap mengalah semuanya kepada pembangkang.

Disaat pembangkang seolah-olah ingin merayakan sedikit kejayaan kerana 'berjaya memaksa' kerajaan berlembut dengan segala tindak tanduk mereka, tetiba DSN mengambil pula tindakan yang sebaliknya yang membuatkan pembangkang berensot kembali ke belakang. Yang jelas dalam kebanyakan isu, beliau berjaya menyepikan pembangkang dengan tindakan yang tidak dapat dipertikaikan.


Pihak luar dan dalam negara mengakui bahawa pencapaian beliau sejak menerajui negara 3 tahun lepas adalah cemerlang. Barack Obama dilihat gagal membawa perubahan di Amerika Syarikat. Tetapi DSN dalam tempoh yang singkat rakyat telah melihat segala macam transformasi yang beliau lakukan.


Rakyat di dahulukan, rakyat mendapat faedah, rakyat mendapat nikmat atas semua dasar-dasar belaiu dan pembangkang semakin terkedu. Gagasan 1Malaysia rupa-rupanya mempunyai pengisian yang amat besar dan meliputi pelbagai bidang yang di luar jangkaan banyak pihak.


Di Sarawak minggu lepas beliau menyatakan baru tiga tahun beliau memerintah, Sarawak telah mendapat nikmat pembangunan yang besar apa lagi jika di beri lagi lima tahun. Sepanjang 3 tahun beliau telah mengunjungi Sarawak sebanyk 40 kali, bayangkan dalam tempoh lima tahun pula.

Yang meresahkan pembangkang ialah silent majoriti kini ternyata tidak berpihak kepada pembangkang. Satu persatu fitnah jahat pembangkang akhirnya memakan diri kembali. Serangan ke atas peribadi PM, isteri dan keluarga berterusan sehinggakan sehari dua ini bakal menantu dan bakal besan beliau turut di heret sama oleh pembangkang.


Tujuan pembunuhan karakter ini ialah untuk menaikan kebencian rakyat kepada batang tubuh PM dan disamping itu untuk menutup segala kepincangan dan kelemahan yang terdapat dalam diri pemimpin pembangkang sendiri dan kecacatan dalam pentadbiran mereka.


Pembangkang cuba menegakkan benang yang basah dengan mengwar-warkan bahawa negeri yang mereka tadbir lebih baik daripada negeri yang BN perintah dari semua segi. Namun penceramah pembangkang selalunya malu-malu sikit dalam menyebut kejayaan mereka tersebut.


Pelbagai janji manis yang ditabur semasa kempen PRU12 hingga kini gagal dilunaskan oleh pembangkang. PRU13 hampir tiba tetapi janji masih banyak yang belum tertunai. Ada juga yang cuba dilakukan di saat akhir sekadar hendak melepaskan batu di tangga.


Tanda-tanda orang munafik.. apabila berjanji mereka memungkiri, apabila diberi amanah mereka mengkhianati, apabila bercakap mereka berbohong dan apabila berhujah mereka sahaja yang hendak menang. Semua ciri-ciri orang munafik tersebut ada di dalam parti pembangkang. Rakyat perlu menjauhi mereka seberapa segera yang boleh sebelum terlambat.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

1 comment:

  1. Apa punya website bodoh lah ko buat ni ..Buta2 sokong BN .. yg memang terbukti takberkesan sejak merdeka lagi .. Korup ,, Penipu .. Tak de modal lansung .. tak abis2 nak takutkan orang melayu konon nyer cina nak rampas negara ni .. Kalau cina kafir tu boleh perintah negara ni lagi adil,apa salah nyer .. daripada melayu islam yg penipu besar mcm umno ni .. Pakai otak lah sikit bro .. Think objectively .. Hmmm

    ReplyDelete