Thursday, May 16, 2013

Apabila Nuar Bertanya Lagi...

 

Nuar ni mudah lupa, sudah lupa atau sudah nyanyok. Dalam perhimpunan haram di Ulu Tiram Johor, dia dengan muka tidak malunya bertanya mana ada dalam dunia ini pemimpin yang mendapat undi popular sebanyak 47% boleh menjadi Ketua Negara.

Rakan sekongkolan dan peminat tegar dia dari Amerika yang bernama Algore pernah juga mendapat undi popular melebihi Bush dalam pemilihan Presiden Amerika namun yang ditabalkan menjadi Presiden Amerika ialah G.W. Bush bukannya dia. Itu sistem yang mereka guna pakai.
 
Sebab itu dia sepatutnya jangan meroyan dan mematuhi undang-undang. Perbuatan menghasut yang beliau lakukan sekarang ini adalah tidak baik untuk keamanan dan kestabilan negara.
 
Tambahan sekarang ini kelihatan orang Melayu sudah berkurangan menyertai perhimpunan beliau terutamanya penyokong-penyokong PAS sudah amat berkurangan. Membakar semangat penyokong terutamanya yang berketurunan Cina dan muda-muda pula boleh mengundang mala petaka dalam negara ini.
 
Nuar ingin mengguna pakai kaedah negara luar iaitu mengwujudkan suasana tidak tenteram, kerajaan seolah-olah hilang kawalan serta segala sistem perundangan dan pentadbiran menjadi tidak menentu, maka ketika itu sekutunya dari luar negara akan memainkan peranan yang lebih untuk menjatuhkan kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat ini.
 
Satu persatu negara Arab jatuh dan tumbang serta pertukaran regim berlaku namun keamanan sebenar tidak juga wujud di negara-negara tersebut walaupun kerajaan berjaya digulingkan melalui protes jalanan. Agenda barat ini amat mudah difahami. Bezanya di negara Arab itu, pemimpin pembangkangnya berada di luar negara dan menggerakkan rusuhan atau bantahan melalui NGO.
 
Segala bantuan akan disalurkan oleh negara luar tadi dan  Amerika hanya menjemput pemimpin pembangkang ini pulang untuk mengambil alih kerajaan apabila kelihatan suasana sudah memihak kepada perusuh tadi.
 
Di Malaysia ini pemimpin pembangkang masih berada di sini dengan segala kebebasan yang dia dakwa sudah tidak wujud lagi, sebaliknya dia menyalah-gunakan kebebasan tersebut untuk tujuan yang salah.
 
Nuar jangan bermain dengan api. Dia jangan ingat hati masyarakat Melayu tidak sensitif melihat bangsa asing dengan pakaian yang menjolok mata turut serta memaki hamun pemimpin negara ini dengan alasan PRU13 tidak bersih, tidak telus dan tidak adil.
 
 
 
 
 
 
Nuar tidak akan mendapat keadilan seperti yang dia nikmati di negara ini sekiranya dia berada di Pakistan, Indonesia, Bangladesh atau Nigeria. Wan Azizah juga jangan tersengeh setiap malam di sisi Nuar apabila mengadakan perhimpunan kerana dia juga bersubahat dalam memporak- perandakan kestabilan negara ini.
 
  
 
 
Nuar jangan hendak mengalihkan isu sebenar tentang masalah yang dia hadapi dan sepatutnya berhenti menghasut rakyat untuk menyebelahi dia. Dia tidak sepopular mana jika diambil kira sebagai seorang pemimpin yang boleh diharapkan untuk menerajui negara ini. Dia mungkin popular dalam dunianya yang tersendiri.
 
Dengan 63,000 pengundi Permatang Pauh yang keluar membuat pilihan, dia hanya mendapat majoriti sebanyak 11,000 orang sahaja lebih kurang. Jumlah undi yang dia terima jika dibandingkan dengan jumlah undi yang Perdana Menteri terima adalah jauh lebih kecil.
 
Dengan sejumlah 66,000 orang pengundi yang membuat pilihan di Pekan Pahang, Perdana Menteri telah mendapat majoriti sebanyak lebih 35,000 undi. Ini dengan sendirinya mengesahkan bahawa Perdana Menteri lebih disukai oleh pemilih di tempatnya berbanding dengan pemilih di tempat Nuar sendiri. Dari segi peratusan pun Perdana Menteri jauh mengatasi Nuar.
 
Kenapa pula Nuar secara tiba-tiba sahaja tidak bersetuju dengan sistem yang telah diguna pakai sejak merdeka ini, semata-mata kerana niatnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian. Dia memang amat sedar bahawa pengundi Cina telah bersama pakatan dan memberikan kelebihan dari segi undi popular di negeri-negeri yang mempunyai majoriti pengundi Cina.
 
Sikap pengundi Cina ini sudah nyata tidak rasional lagi. Mereka hanya hendak menukar kerajaan dan kepimpinan negara walau dalam apa cara sekalipun. Sebab itu Karpal Singki yang ternyata tidak akan mampu memberikan khidmat bakti kepada rakyat di kawasan yang diwkilinya akibat kekurangan dari segi fisikalnya tetap juga menang.
 
Sekiranya DAP meletakkan pokok pisang sebagai calon di Jelutong atau Bukit Bendera, maka pengundi Cina di sana akan tetap memilih pokok pisang dari DAP, kerana bagi mereka bukan calon yang mesti dimenangkan tetapi sebaliknya parti.
 
Pengundi Cina amat memahami bahawa calon atau individu sudah pasti tidak akan mampu memberikan mereka kuasa, sebaliknya yang memberikan mereka kuasa ialah parti. Sebab itu mereka bertekad untuk memenangkan parti mereka dengan majoriti yang tinggi.
 
Kenapa Nuar masih dengan cara atau pendekatan lamanya menabur fitnah dan mengajak rakyat menjatuhkan kerajaan ini dengan cara yang salah dan tidak bertamadun. Dan kenapa masih ramai rakyat yang percaya dengan sandiwara serta lakonan Nuar sekiranya tidak ada udang di sebalik batu.
 
Kaum Cina nampak ada cara untuk mereka mendapat kuasa dengan melayan segala tindak tanduk Nuar Brahim ini walaupun mereka sebenarnya sedar bahawa PRU Malaysia adalah paling bersih dan teratur. Nuar hanya bercakap melalui corong pembesar suara tanpa perlu mengemukakan bukti-bukti yang kukuh tentang berlakunya lampu padam, beg undi datang dari langit, dakwat boleh hilang sekelip mata dan pelbagai lagi penipuan yang kononnya dilakukan oleh SPR.
 
Nuar tidak perlukan bukti, yang dia perlu hanyalah mengwujudkan persepsi buruk ke atas SPR kerana hanya itulah satu-satunya cara yang beliau ada dan beliau mahir. Dia terlupa satu perkara iaitu dia juga turut kehilangan harga diri apabila memilih jalan yang salah ini. Rakyat akan meghukum beliau satu hari kelak.
 
 

12 comments:

  1. nak buek camno kan nuar dah tukar nama lim nuar siang..nama baru nuar..tu pasal dio pun sama mcm bapak kominis tu..

    ReplyDelete
  2. KALAU DAH BODOH TU BODOH JUGA SAMPAI TUA BANGKA...LULUS B.A. BUKAN DENGAN KEPUJIAN PUN. TAPI MASA TU LULUS TAHAP KELAS TIGA PUN DAH RASA HEBAT DAH. HARI INI KALAU TAHAP KELAS TIGA LAYAK TOLAK PINTU PAGAR SEKOLAH SAJA.

    ReplyDelete
  3. Nuar org hebat. kita mesti tiru cara dia supaya kita boleh bercakap didepan khalayak puluhan ribu tanpa diupah.

    dulu melayu ikut tapi sekarang semua bangda dan aku tengok melayu bertambah ramai lagi bukan berkurang.

    ReplyDelete
  4. Kuatkan diri sendiri kalau boleh lagi hebat dari nuar.

    ReplyDelete
  5. Bukannya pendengar tidak tahu yang Nuar ni kelentong dan merekacipta cerita mengikut suka hati dia je, namun orang datang juga untuk mendengar kelentong dia itu. Mungkin sudah wujud satu trend iaitu orang lebih suka mendengar cerita palsu daripada cerita yang benar.

    Cina sudah berani ikut sekarang kerana mereka mungkin merasakan tindakan mereka tidak akan menghadapi apa-apa masalah, dan mereka mungkin menaruh sedikit harapan bahawa dengan sokongan mereka itu Nuar akan berjaya menggulingkan kerajaan ini. Rasanya lambat lagi orang Melayu hendak menyerahkan kekuasaan Bangsa Melayu ini kepada orang lain dengan cara rusuhan jalanan ini. Adakah Jokiden boleh dikatakan rasis???

    ReplyDelete
  6. dulu main chinadoll, sekarang mainkan cinadap..hahaha nak menipu tak perlu sijil yang tinggi.. dulu melayu ramai yang hadir...sekarang giliran cina pula.. namun yang tak pergi lagi ramai..

    ReplyDelete
  7. Yg tak pergi lagi ramai bukti undi rakyat lebih ramai kpd pr banding bn.

    ReplyDelete
  8. Cina tolak mca . india tolak mic dan melayu tolak umno. itu yg berbaki bawah 47%bn dan lebih dari 54% sokong pr(silent majotiti).

    ReplyDelete
  9. Politik 50% menipu 50% ada fakta. politik ilmu persepsi, umno penuh dgn persepsi rasuah. Nuar dua2 pandai . umno mesti dua2 pandai baru boleh bersaing kalau tak pandai tunggu masa umno berkubur macam mca, mic dan gerakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS pulak persepsi alim, zuhud, bersih. Betul katan Anon ni ni, jika kita bijak menguruskan persepsi maka menanglah kita.

      Delete
  10. Jokiden rasis juga sikit2 . tapi perlu rasis kalau tak tak de keja nanti pejuang2 umno. Balun je jokoiden melayu ni bukan ada kitab pun. lslam ada kitab. kitab melayu teks sejarah melayu karangan tun sri lanang.

    ReplyDelete
  11. Apa pun situasinya Nuar memang hebat. cara dan gaya tersendiri. aku dulu tak minat dia ni tapi bila aku ikut dua tiga kali ceramah dia aku terpengaruh. aku tak kesah dia tu ada kes atau tidak tapi yg penting gaya politik dia tu memawa aku minat dgn politik kalau dulu aku tak kesah politik. Dia telah buka minda aku. kalau nak kira kes najib tu banyak kes juga.

    ReplyDelete