Tuesday, January 15, 2013

"Yang Ini Saya Nak Ulang-Ulang.."

 
 
 
Kalau tidak  pembohong bukan pembangkang namanya. Kalau tidak membuat fitnah, bukan pembangkang namanya. Kalau tidak menghasut  bukan pembangkang namanya. Kalau tak berdemo pun bukan pembangkang namanya. Itulah gambaran mentaliti pembangkang di Malaysia yang tidak konstruktif langsung dalam penghujahan dan pemikiran mereka.
 
Semacam telah diterima pakai oleh rakyat bahawa apa sahaja yang keluar daripada mulut pemimpin pembangkang semuanya fitnah, semuanya bohong, semuanya hasutan dan akhirnya terkantoi sendiri.
 
Munurut bekas pemimpin AMK, Nuar Brahim ni masa dia memberi salam dia belum berbohong. Masa dia membetul-betulkan kolar baju dia, masa tu dia belum berbohong, masa dia terjeling-jeling tertoleh-toleh kiri kanan dia masih belum berbohong. Masa dia berdiri memegang mikrophone sambil tersengeh-sengeh masa tu dia belum berbohong.
 
Habis masa bila dia berbohong??? Dia mula berbohong ketika dia membuka mulut dan memulakan ucapannya sehinggalah dia habis berucap.. Kah..kah..kah..kah..
 
Jokiden dapat modal baru dan akan selalu diulang-ulang selepas ini, nak ikut cara Nuar Brahim plak aa. Selepas KL112 hari tu, Nuar Brahim dalam FBnya dengan bongkaknya mengatakan rakyat yang hadir ke Stadium Merdeka membuktikan bahawa "UMNO tidak dapat memperbodohkan rakyat.."
 
Maknanya semua yang hadir tersebut adalah 'cerdik-cerdik' belaka mengikut andaian Nuar anak Brahim. Yang hadir tersebut tidak termakan dengan hasutan UMNO/BN supaya jangan pergi dengar kelentong Nuar. Mereka yang hadir tersebut hebat-hebat dan berani belako..
 
Kita kena bersetuju dengan Nuar anak Brahim ni dalam perkara ini. Terbukti bahawa yang mampu memperbodohkan rakyat dalam negara ini ialah dia seorang sahaja. Dia boleh melakukan segala-galanya dan penyokongnya akan percaya.
 
Jika diteliti apa pentingnya perhimpunan di Stadium tersebut kepada rakyat, kita tidak nampak langsung. Namun Nuar Brahim berjaya 'memperbodohkan' pengikutnya supaya datang dengan penuh semangat untuk mendengar dia mengulang tayang kisah metos lamanya.
 
Dia tuduh kerajaan zalim?, orang yang cerdik dapat berfikir sendiri apa zalimnya kerajaan UMNO?BN ni. Kalau zalim mana mungkin negara begitu makmur, maju, mashyur dan diminati oleh negara asing.
 
Dia tuduh pemimpin UMNO rakus dan merompak harta rakyat? Orang yang cerdik  tak akan bersetuju kerana jikapun pemimpin UMNO/BN rakus, mereka tak rakus ke??? Mereka lebih rakus. Pemimpin UMNO/BN rakus semua kena dakwa dan tak ada rakyat yang merusuh akibatnya. Pemimpin pakatan yang rakus tidak kena dakwa dan kalau kena dakwapun mereka akan heret rakyat ke jalanan untuk menyokong mereka. Rakyat yang 'cerdik' akan golek gelantang di tengah jalan menyokong mereka.
 
Dia tuduh PM Najib bunuh Altantunya?? Rakyat sudah menyaksikan penafian PM dan PM sudah bersumpah sebanyak 4 kali. Rakyat yang cerdik tidak terpengaruh lagi dengan dia. PM mengatakan biarlah Allah menjadi saksi.. Mari tengok video ni...
 
 
 
Dia tuduh PM Najib dapat komisyen bila membeli Scorephene??? Kerajaan dah jelaskan, tiada komisyen RM540 juta tersebut. Rakyat yang cerdik sudah menerimanya. Rakyat yang 'cerdik' di sebelah dia tetap tidak akan percaya.
 
Da tuduh kapal selam tidak boleh menyelam?? Rakyat nampak kapal itu memang boleh menyelam. Dia tuduh suami Shahrizat guna duit rakyat dalam projek NFC?? Rakyat yang cerdik tahu bahawa duit itu adalah duit pinjaman yang perlu dibayar balik setiap sen siap dengan keuntungan dan sesiapa yang ada share akan dapat bahagian dia kelak.
 
Dia tuduh FGVB rugi, menipu peneroka??? Peneroka yang cerdik menyebelahi Felda. Rakyat tahu harga saham di pasaran mestilah ada turun naiknya. Ini membolehkan peniaga lain membeli saham FGVB bila harganya rendah.
 
Dia tuduh kerajaan menghalang kebebasan bersuara?? Rakyat yang cerdik nampak dan tahu bahawa di Malaysia ini telah terlebih bebas dah sehinggakan sesiapa sahaja boleh berbuat apa sahaja dan berkata apa sahaja termasuk menghina Raja dan Agama Islam. Akta-akta yang menghalang dahulu pun sudah tiada lagi. Malah kalau pembangkang nak meletakkan mahasiswa sebagai calun dalam PRU13 kelak dibolehkan saja.
 
Dia tuduh SPR tak telus dan sebagainya??? Rakyat yang cerdik tahu dan nampak bahawa mereka boleh menang banyak kerusi dengan sistem yang ada tersebut.
 
Dia tuduh mahkamah dan polis serta AG bersekongkol??? Rakyat nampak dia dibebaskan dan jika dalam rayuan esok dia kalah, nasib dialah. Mana tau Karpal Singki dah gagal menegakkan hujah dan Dato yussof pulak tidak layak untuk membelanya.
 
 
 
Dia tuduh kerajaan UMNO/BN mengkayakan kroni?? Rakyat yang cerdik nampak apa yang DAP buat di Pulau Pinang dan di Selangor. Pakatan lebih banyak kroni walaupun baru berkuasa 4 tahun. Apa nak jadi jika mereka berkuasa lebih lama.
 
Dia tuduh pemimpin kerajaan rasuah??? Rakyat yang cerdik tahu dan nampak mereka lebih rasuah. Rakyat juga tahu dan nampak sejak PM DS Najib mengambil alih 4 tahun lalu, kisah pemimpin UMNO/BN yang rasuah ini sudah jarang kedengaran. Kes lama memang ada dan dalam proses undang-undang. Rakyat nampak tu. Kes Penguat-kuasa rasuah memang banyak dan masih berlaku. Pemimpin UMNO/BN dah takut dah nak rasuah2 ni..
 
Dia tuduh kerajaan menindas rakyat?? Ini hanya orang yang kurang cerdik atau dungu sahaja yang percaya. Rakyat yang cerdik tak termakan dengan hasutan ini. Rakyat yang cerdik ketawa terbahak-bahak bila dia menyebut perkataan tersebut. Di Malaysia tidak ada yang tertindas, dunia mengakui hakikat tersebut. Kecualilah maksud tertindas pakatan berbeza dengan maksud tertindas orang lain.
 
Pendek kata apa sahaja yang dia tuduh rakyat yang cerdik akan berfikir sebaliknya. Rakyat tidak mudah lagi disogokkan dengan segala persepsi murahan puak pembangkang ni. Kesimpulannya jika rakyat tidak mahu diperbodohkan oleh Nuar, senang sahaja tinggalkan dia, biar dia terjung dengan labu-labunya. Namun jika masih ada yang sudi melayan segala penipuan dia.. ikutlah dia, teruskanlah sokongan kepada dia. Tidak ada masalah. UMNO/BN tidak terjejas langsung.
 
Next.. kalau ada rakyat yang tidak mahu terus-terusan disesatkan oleh pemimpin PAS, maka segera tinggalkan PAS. Pas jika kita hujah dari sudut mana sekalipun ialah parti yang menggunakan agama untuk meraih sokongan. Rakyat yang cerdik nampak tu dan mereka mempunyai pertimbangan sendiri dan tidak mudah terpengaruh.
 
Namun penyokong totok Pas sudah pasti tidak akan meninggalkan Pas walau apapun yang kita cuba lakukan atau terangkan kepada mereka. Pas ni sekejap boleh, sekejap tak boleh. Sekejap hudud, sekejap kebajikan, sekejap royalti minyak, sekejap lagi lebuh raya rakyat.
 
Tinggalkan PAS, orang yang cerdik akan merasa lega kerana tidak lagi bersubahat dengan kemungkaran mereka dalam soal-soal agama ni. Berhenti memberi derma kerana duit derma tersebut tidak pernah dijelaskan ke mana perginya, samada digunakan secara baik atau secara mungkar. Nanti tak pasal-pasal penderma juga terpalit sama.
 
Yang cerdik tidak akan terpedaya dengan slogan PAS, membangun bersama Islam.. sebenarnya dalam dunia ini Paslah yang memundurkan Islam. UMNO sebaliknya berbuat apa sahaja untuk mempertabatkan Islam di bumi bertuah ini sejak dahulu kala lagi. Semakin maju manusia, semakin komplek perjalanan hidupnya, namun UMNO masih mampu untuk menangani keadaan.
 
Jokiden suka ulang, segala-galanya tentang agama Islam di Malaysia ini UMNOlah yang melakukannya. Bukan Pas. Pas hanya menumpang. Tak yahlah citer pasal rumah urut, kilang arak, kilang judi dan sebagainya kerana Pas juga akan berbuat demikian atas alasan itu untuk rakyat yang bukan beragama Islam.
 
UMNO tidak pernah suruh orang makan babi, tidak pernah halang orang nak solat dari subuh hingga subuh. UMNO tidak pernah suruh orang pergi langgan pelacur di rumah urut milik pemimpin DAP. UMNO tak suruh rakyat berpecah belah. UMNO tak suruh orang Melayu pergi ke Genting untuk berjudi. Jika ada yang pergi, jika ada minum arak dan jika ada yang melanggan pelacur jangan salahkan UMNO dan pemimpin UMNO/BN.
 
Malangnya sepatah pemimpin Pas seperti Nik Aziz bersuara bahawa 'UMNO tolak Islam' maka itulah yang tertanak dalam kepala pengikut tegar yang tidak cerdik ni. Itulah yang mereka juga ulang-ulang siang dan malam. Mereka tidak mahu menerima penjelasan lain.
 
UMNO tidak pernah menolak hudud. yang ditolak ialah hudud Pas itupun mereka tidak faham sebab mereka beranggapan hudud Pas itulah yang sempurna. Sedangkan rakyat yang cerdik mudah faham dan tidak bersetuju dengan kezaliman hudud Pas tersebut. Lagipun apalah sangat peraturan yang Pas buat itu, jika keadaan memerlukan Pas sendiri akan ubah dan batalkan seperti kes gunting rambut, walaupun sudah 20 tahun digubal, senang-senang je dibatalkan apabila DAP membantah. jika ada yang buat-buat lupa Jokiden ingatkan di sini bahawa semua yang UMNO lakukan kini Pas juga melakukannya. Semua, dalam semua perkara termasuklah pada tahun ini membenarkan Wanita menyertai Musabaqah.
 
Malah terkini juga atas desakan DAP Azizan dah benarkan semula kaum wanita membuat persembahan pentas. Itulah PAS sorong tarik, sorong tarik. Baca di sini.

 
Dari Blog House PK.. Di Kedah boleh blako ni..
 
Jika rakyat yang cerdik mahukan ekonomi berkembang maju seperti kini, tolak dan tinggalkan DAP. parti ini hidup hanya berdasarkan sentimen perkauman, tidak pernah berubah. DAP tetap DAP. Pemimpinnya dulu dan kini itulah dia belum berubah-ubah.
 
Kononnya DAP ini  tidak rasis, tidak mementingkan kaum Cina semata-mata. Hakikatnya DAP paling kuat menghasut. Apa yang mereka tulis dalam blog, dalam Roket, dalam akhbar berbahasa Cina yang kita tidak faham tentulah tidak sama dengan apa yang mereka sampaikan secara berdepan.
 
Ahli DAP sudah menguasai ekonomi negara sejak begitu lama, mereka kaya raya. kini mereka mahukan pula kuasa politik. Rakyat yang cerdik nampak tu. Malangnya dalam usaha merebut kuasa DAP menggunakan cara yang salah iaitu dengan memainkan sentimen perkauman yang tebal. DAP tidak mempunyai perancangan dan hala tuju mantap untuk rakyat. Apa yang mereka ada ialah cara mengapi-apikan semangat ke cinaan. Rakyat tahu tu.
 
Tinggalkan DAP ikut jejak langkah ADUN Pulau Tikus Koay Teng Hai yang meningalkan DAP, kita rakyat Malaysia akan hidup aman damai melalui gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh PM DS Mohd Najib. Negara akan terus makmur dan rakyat akan terus terbela selagi kuasa pemerintahan ini kekal di tangan pemimpin UMNO/BN. Pastilah kenyataan ini tidak disukai dan dipersetujui oleh puak pakatan.

 
Kisah DUN DAP Pulau Tikus turunkan bendera DAP
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment