Mungkin ini calun PRU13 paling tua.. Mungkin siapa tau kecuali Tok Mun juga betanding lagi.
Suatu masa dahulu PM DS Mohd Najib pernah secara sini bertanya "boleh percaya ke dia ni..sekejap ini sekejap itu.." Itu respon dia apabila ditanya oleh wartawan tentang hasrat Nik Aziz nak bermuzakarah dengan UMNO.
Sedangkan beberapa hari sebelum itu Nik Aziz mengatakan hingga kiamatpun dia tak akan melayan tuntutan untuk bermuzakarah dengan UMNO. Tetiba je ribut tidak, taufanpun tidak dia mengutarakan perkara tersebut dan sambil tersenyum PM menjawabnya. Maksud PM apa sahaja yang dikatakan oleh Nik Aziz akan boleh berubah-ubah dalam sekelip mata.
Perubahan pulak bukannya sikit atau sipi-sipi. Perubahan kenyataan atau pemikiran atau keputusan jauh berbeza dengan yang terdahulu. Perubahan pendirian Nik Aziz selalunya bukan sahaja memeningkan kepala wartawan, ahli dan pemimpin UMNO/BN tetapi juga memeningkan kepala pengikut tegarnya dan kepimpinan PAS sendiri. Pening..pening..
Terkini ialah tentang Kalimah Allah. Nik Aziz dah pusing 360 darjah. Dia sudah tidak menyokong lagi keputusan Presiden PAS Hj Hadi yang membenarkan penganut agama lain menggunakan Kalimah tersebut.
Minggu lepas dia begitu tegar menyokong Hj Hadi dan Mat Sapu dengan mengatakan bahawa penganut agama lain boleh menggunakan Kalimah tersebut. Pendirian tersebut ternyata bertentangan dengan pendirian Haroun Din, Harun Taib dan Tuan Man.
Kini Majlis Syura telah membuat ketetapan bahawa penganut agama asing tidak mempunyai hak untuk menggunakan Kalimah suci tersebut dalam apa urusan sekalipun. Maka pening lagi pengikut tegar, pemimpin dan wartawan. Pening..pening..
Yang paling pening sekarang ialah Nuar dan Lim Guan Eng. Mat Sapu dan Hj Hadi merasakan Nik Aziz telah menikam mereka dari belakang. Pedih dan sakit. Pening pulak nak mencari kata-kata yang sesuai selepas ini nanti untuk menghadapi rakyat, menghadapi pengundi Kristian dan menghadapi penyokong DAP.
Namun mereka ini tetap pakar dalam memainkan kata-kata. Silat lidah tak bertulang mereka adalah hebat dan berkesan. Kalau mereka tak jumpa dengan kata-kata yang masuk akal besuk, mereka akan kata itu semua putar belit UMNO/BN. Putar dan belit media milik UMNO/BN. Apabila itu sudah dikatakan maka tenteramlah semuanya. Senyap sunyilah penyokong dan telunjuk semuanya menghala ke arah UMNO/BN dan media arus perdana. Ayat tersebut merupakan ubat penawar paling berkesan ibarat penadol untuk orang sakit kepala, yang digunakan oleh puak pembangkang ni sejak dulu, kini dan selamanya.
Pada Sabtu lepas rakyat tertunggu-tunggu juga apakah HJ Hadi akan mengambil kesempatan berjam-jam tersebut untuk menerangkan kepada peserta perhimpunan tentang Amanat atau ucapan beliau yang amat menyesatkan rakyat yang dibuatnya 30 tahun dahulu.
Kalaulah kesempatan tersebut digunakan oleh Hj Hadi kan bagus. Semua TV boleh siarkan termasuk TV Al Jazira dan CNN, TV1 dan TV3. Kompem tak ada tokoh tambah dan putar belit. Malah kalau dia nak menarik amanat tersebut di situlah tempat yang sesuai, di hadapan ribuan penyokong dan dipantau pula oleh media dari seluruh dunia. Sudah pasti tidak akan ada putar belit.
Terkini di Kota Bahru Mat Sapu pulak tikam Hj Hadi dari depan dan belakang. Dia dah juga bersetuju dengan keputusan Majlis Syura. Kesian Hj Hadi keseorangan.. kempunan telur temaku..
Terkini di Kota Bahru Mat Sapu pulak tikam Hj Hadi dari depan dan belakang. Dia dah juga bersetuju dengan keputusan Majlis Syura. Kesian Hj Hadi keseorangan.. kempunan telur temaku..
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment