Pertamanya Jokiden mohon maaf kepada pengikut blog ini kerana agak lama tidak update blog. Memang ada sebab seperti demam, badan kurang sihat, mood kurang enak, majlis terlampau banyak dan sejak Jumaat pula Jokiden berada di Pulau Lagenda Langkawi selama 4 hari atas urusan parti. Jadual ketat sehingga lewat pagi.
Satu lagi sebab ialah line internet tidak beberapa baik menambahkan lagi kurangnya mood untuk menulis.
Walaubagaimanapun menjelang seratus hari menuju ke PRU13 ini seboleh-bolehnya blog ini akan selalu dikemas kinikan. Insya-Allah.
Dalam posting terakhir di Blog ini Jokiden mengatakan 'Jangan salahkan rakyat, jika rakyat tidak juga mahu bangkit-bangkit.. nampaknya sedikit tersasar. Pada perhimpuna HKR112 di Stadium Merdeka tempoh hari ramai yang hadir.
Ada yang kata 2 juta hadir, ada yang kata 750,000 orang hadir. Ada juga yang kata 500,000 orang, 200,000 orang, 100,000 orang, 80,000 orang atau 60,000 orang. Jumlah paling sedikit ialah antara 35,000 orang sehingga 45,000 orang. Tempat nyata tidak cukup sehingga ada yang duduk atas bumbung. Jika ada yang terjatuh dari bumbung, itu bukan salah puak pakatan atau penganjur, sebaliknya itu mungkin salah UMNO.
Terpulanglah angka mana yang ingin kita percayai. Jika jumlah 2,000,000 orang yang hadir ingin kita percayai maknanya target puak pakatan telah tercapai kerana sasaran mereka ialah 1 juta orang. Jika angka 750,000 orang hendak kita percayai maka sasaran mereka juga hampir tercapai dan sekalung tahniah harus diberikan kepada pihak penganjur.
Apapun jumlah mereka yang hadir pastilah melebih 35,000 orang kerana jumlah itu membuatkan polis hendak menyaman penganjur kerana mereka yang dibenarkan dalam permit seperti yang mereka pohon ialah sebanyak 30,000 orang. Bila polis hendak menyaman maknanya jumlah kehadiran telah melebihi 30,000.
Puak pakatan terima jelah saman polis tersebut dengan senyuman kerana itu melambangkan kejayaan pakatan mengumpulkan orang yang 'sukarela' datang menunjukkan sokongan tanpa habuan buah limau, air meniral, wang saku dan paksaan. Bayar jelah saman tu nanti.
Polis pun satu hal, macam mana nak menghadkan jumlah mereka yang hadir tersebut. Macam mana nak menghitungnya? Bolehkah ditutup pintu Stadium Merdeka? Dan bolehkah mereka yang berada di luar itu di suruh balik kerana jumlah kehadiran telah mengatasi permit..? Susah nak jangka.
Dalam nada yang gembira bercampur angkuh Nuar Brahim di Fbnya telah berkata "Mereka yang hadir ini membuktikan bahawa UMNO tidak lagi dapat memperbodohkan rakyat"
Maknanya di sini rakyat telah cerdik dan tidak termakan dengan hasutan UMNO supaya jangan menghadiri perhimpunan tersebut.
Jokiden segera respon kepada posting tersebut begini.. "Betul, UMNO tidak selamanya dapat memperbodohkan rakyat, yang selalu dan selamanya berjaya memperbodohkan rakyat ini hanyalah Nuar Brahim"
Sebentar tadi terdengar Tun Dr Mahathir berkata bahawa tindakan pakatan berhimpun atas isu Shamsidar adalah tidak demokratik sama sekali. Beliau menambah bahawa banyak kes sedang berjalan di mahkamah sekarang ini dan sesiapa sahaja boleh mengadakan demontrasi bagi menghalang proses undang-undang.
Mengambil kira jumlah penduduk Malaysia yang melebihi 28 juta jumlah kehadiran tersebut tidak langsung mencerminkan apa-apa kepada puak pakatan ini. Jika jumlah pengundi pula hendak diambil kira, puak pakatan jangan sekali-kali cepat sangat hendak merumuskan bahawa jumlah tersebut melambangkan sokongan rakyat.
Tidak.. tidak dan tidak sama sekali. Puak pakatan jangan cepat berpuas hati dan leka. 35,000 orang atau 100,000 orang tidak menjamin kemengan dalam PRU13 kelak. Reaksi rakyat, mood rakyat dan mood pengundi atas pagar kini nyata memihak kepada UMNO/BN dan kerajaan.
Walaupun rating Perdana Menteri merosot sebanyak 2 peratus mengikut kajian, namun itu hanya sementara kerana tidak lama lagi rating tersebut akan naik semula. Akhirnya menjelang PRU13 kelak rating Perdana Menteri pastinya melebih angka 79 peratus dan itu sudah cukup memberi petanda bahawa pakatan akan lingkup, Pas dan PKR akan berkubur. DAP mungkin masih boleh bertahan dan terpaksa berpuas hati dengan jawatan lama mereka sebagai 'Ketua Pembangkang' di Parlimen.
Walaupun Nuar Brahim mengatakan UMNO tidak lagi berjaya memperbodohkan rakyat dan secara tidak langsung dalam hatinya berkata bahawa dia masih boleh mempermainkan minda rakyat dan dia masih boleh memperbodohkan rakyat supaya datang menunjukkan sokongan dalam isu peribadi yang tidak kena mengena dengan isu kepentingan rakyat dan kesejahteraan rakyat, namun masih ramai rakyat yang cerdik dan tidak terpengaruh dengan dia.
HKR112 sebenarnya adalah untuk mengwujudkan suasana yang tidak tenteram, mengwujudkan suasana untuk membakar emosi rakyat dan sebolehnya supaya pihak polis hilang kawalan terhadap ketenteraman negara dan ianya dilakukan dengan berselindung di sebalik isu untuk menghalang Shamsidar daripada menjadi saksi di mahkamah.
Shamsidar tidak boleh dikurung dan disekat daripada menjadi saksi kerana itu bertentangan dengan proses keadilan undang-undang yang sering dilaungkan oleh puak pakatan ini. Jika mereka menghayati keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang mereka sepatutnya bersungguh-sungguh membawa Shamsidar ke mahkamah.
Biar Shamsidar bersuara. Biar Shamsidar bercakap demi sebuah kebenaran. Biar Shamsidar membuktikan di mahkamah bahawa dia tidak pernah mengenali Nuar Brahim, biar dia mengesahkan bahawa dia tiada apa-apa hubungan dengan mantan Timbalan Perdana Menteri tersebut.
Puak pakatan harus membiarkan dan memberi ruang kepada Shamsidar untuk membersihkan namanya, nama suaminya, nama baik keluarganya dan yang paling penting membersihkan nama baik Nuar Brahim 'bakal pemimpin nombor satu negara'. Membersihkan nama Nuar bermakna Nuar akan menang dalam kes saman dia terhadap Nallakaruppan dan memperolehi RM100 juta. Penting ni!!!
Jadi kenapa perlu dia dihalang?? kenapa perlu disekat? Kenapa berselindung di sebalik isu ini?? Kenapa asyik-asyik isu lama dimainkan, isu zalim, zalim dan zalim?? Kenapa pemimpin pembangkang dan penyokong tegar mereka tidak dapat membezakan antara kerajaan yang zalim dengan kerajaan yang perihatin terhadap nasib rakyat.
Kenapa pengertian tentang istilah 'kezaliman' begitu lain antara puak pakatan pembangkang dengan pengertian kebanyakan rakyat yang lain. Jumlah rakyat yang tidak dapat 'diperbodohkan' oleh UMNO dan dapat pula diperbodohkan oleh Nuar sesungguhnya tidak ramai dan tidak mampu untuk menggugat kemenagan besar UMNO/BN dalam PRU13 kelak.
Sabah, samada DUN atau Parlimen akan dimenangi oleh BN, jika tidakpun 100 peratus, pasti 99%. Apa macam puak pakatan???
Di NSDK, UMNO/BN akan memenangi sekurang-kurang 7 daripada 8 kerusi Parlimen, atau silap hari bulan 100 peratus. Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Teluk Kemang, Jempol, Rembau dan Tampin, tinggal hanya Parlimen Rasah yang kekal bersama DAP. Apa macam puak pakatan???
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment