Saturday, January 19, 2013

Selepas Assmin, OKU Pulak Meroyan..


 

Nampaknya PAS khususnya Hj Hadi terus tertekan dan nampaknya isu Kalimah Allah yang telah dianggap selesai, rupanya semakin meruap-ruap pula.
 
Jangan tuduh UMNO/BN yang memanjangkan isu ini. Ianya diperpanjangkan oleh pakatan sendiri. Selepas Timbalan Presiden PKR Assmin Ali mempertikaikan keputusan Majlis Syura tentang penggunaan Kalimah Allah, kini muncul pula Karpal Singki OKU untuk turut menekan PAS khususnya Hj Hadi. Beliau siap mendesak Hj Hadi supaya membatalkan keputusan Majlis Syura tersebut.
 
Eh wah, cantik muka nampak... Dalam bab-bab agama Islam ini nampaknya Karpal Singki ini masih tegar seperti dulu. Masih baiadap seperti dulu. Dalam menunjukkan kebiadapan dia itu, dia tidak pernah rasa bersalah dan dia tidak pernah merasa gentar dengan pemimpin PAS. Dia tidak pedulipun dengan sensitiviti umat Islam Khasnya dan Orang Melayu amnya.
 
Masih angkuh dia seperti dulu. Betapa dia membenci Islam, jelas terbukti apabila mengatakan PAS kena langkah mayat dia dulu sebelum boleh berangan-angan untuk melaksanakan hukum Islam di negara ini. Puaslah PAS nak menyejukkan dan menyabarkan ahli-ahlinya dengan mengatakan
 
Segala-galanya tentang Islam Karpal Singki akan tentang. Dia juga turut menempelak kerajaan PAS Kedah yang ingin memperkenalkan etika berpakaian kepada sesiapa artis yang ingin membuat persembahan pada perayaan tahun baru Cina kelak. Baginya peraturan berpakaian itu bertentangan dengan hak asasi individu.
 
Ini semua salah dan silap PAS dan PKR, Nik Aziz, Hj Hadi dan Nuar Brahim kerana memberi muka sangat dengan puak-puak rasis ini.Jika Pas berhenti daripada menggunkan agama untuk kepentingan politik mereka, perkara seperti ini tidak akan berlaku.
 
PAS dan PKR memberi muka kepada rakan sekongkolan mereka dalam banyak perkara. Bila saja UMNO menunjukkan tentangan dan reaksi dalam isu-isu tertentu, maka PAS dengan segera mempertahankan geng dia dengan pelbagai alasan.
 
Dulu mana berani Kafir Harbi ni nak menghina Raja, menghina Islam dan menghina Orang Melayu. Sekarang ini apa yang tidak mereka lakukan???? Mereka berani kerana mereka tahu akan ada orang Melayu dan pemimpin Melayu yang akan membela mereka bila disergah oleh UMNO.
 
Siang malam PAS dan PKR mengatakan negara ini rosak binasa dan rakyat porak peranda akibat daripada dasar-dasar UMNO. Realitinya ialah semuanya menjadi tidak tentu arah disebabkan oleh PKR dan PAS.
 
Pasca PRU12, yang menyaksikan UMNO/BN kehilangan majoriti dua pertiga membuatkan suasana politik tanah air tidak tentu arah. Semua pihak ingin mengambil kesempatan di atas 'kelemahan' UMNO/BN. Biasalah tu, bila pokok pisang condong atau rebah, kura-kurapun ingin mencuba memanjatnya.
 
Akibat terlalu memberi muka kepada geng ini akhirnya menyusahkan PKR dan PAS sendiri. Mereka menjadi serba salah. Hendak ditelan mati bapa, hendak diluah mati emak. Mereka terpaksa akur dan tunduk kepada desakan DAP yang mereka harapkan akan memberi sedikit undi kepada mereka kelak.   
 
Sekali fikir kesian juga kita melihat dan menengok PAS yang terus diperkotak katikan oleh DAP. Walaupun mereka cuba berselindung, cuba menafikan dan cuba menyakinkan penyokong tegar mereka bahawa DAP dan PKR lebih baik daripada UMNO, namun rakyat sebenarnya tahu bahawa UMNO tetap lebih baik. Semakin tak kobahlah nampaknya domam Presiden PAS..
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment