Saturday, January 19, 2013

Inilah Sebabnya Nuar Tidak Mahu Bersumpah..

 
 
 
 
 
 

Setelah semua punca gagal untuk membersihkan nama baik kita maka Islam memberi jalan keluar iaitu dengan cara melakukan sumpah lahanat. Bersumpah kena 4 kali.
 
Suatu ketika Nuar Brahim beria-ia sangat mahukan kesnya meliwat Saiful dibicarakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. dia mungkin lupa bahawa jika Saiful bersumpah di sana, maka sumpah tersebut adalah valid dan mesti diterima pakai oleh mahkamah.
 
Mengikut cerdik pandai agama, seseorang yang melakukan sumpah, jika sumpah dia tidak benar maka dalam tempoh tertentu, umpamanya dalam tempoh setahun dia akan 'dimakan' sumpah.
 
Jokiden pernah mencabar seorang teman supaya berani bersumpah dan Jokiden akan bayar dia RM2 juta. Walaupun nampak hebat, berani dan angkuh, akhirnya dia tidak berani bersumpah. Isunya timbul kerana dia mengatakan bahawa Saiful Bukhari dibayar berjuta-juta supaya melakukan sumpah.
 
Di dalam media sosial sekarang ini sedang sibuk membicarakan tentang sumpah DS Rosmah Mansor beberapa hari yang lalu. Beliau bersumpah mengatakan yang beliau tidak memiliki cincin berharga RM24 juta yang sering dihebohkan dalam ceramah pembangkang dan menjadi isu besar sehingga kini.
 
Setakat yang ditemui semua komen puak pakatan ialah memperlekehkan sumpah beliau. Ayat yang beliau tuturkan, cara mengangkat tangan dan maksud setiap patah perkataan turut dipertikai dan diperbahaskan.
 
Mungkin DS Rosmah sudah tidak tahan lagi dengan serangan peribadi puak-puak pakatan ini, lalu beliau mengambil keputusan untuk bersumpah dengan bersaksikan nama Allah. Apa hasilnya???
 
Bolehkah isu cincin RM24 juta ini akan menjadi reda kelak?? Bolehkah puak pembangkang menerima seadanya sumpah tersebut atau mereka semakin hebat memperbincangkan kisah ini nanti.
 
Keberanian DS Rosmah bersumpah satu perkara. Namun sepatutnya beliau mengikut cara Nuar Brahim, persetankan dengan segala fitnah tersebut. Sepatutnya DS Rosmah memperlajari daripada kisah Altantunya di mana suami beliau difitnah.
 
DS Mohd Najib  telah beberapa kali bersumpah mengatakan yang dia tidak mengenali model Monggolia bernama Altantunya tersebut. Sepatutnya umat Islam yang membuat posting di Fb menerima sumpah tersebut seadanya. Ini tidak, semalam dan hari ini masih ada posting yang menuduh anak yang dikandung oleh Altantunya itu adalah anak beliau.
 
Sumpah beliau tidak meredakan keadaan. Sumpah beliau masih terus diperlekehkan. Dalam ceramah pembangkang semalam dan hari ini masih memainkan isu berkenaan sambil penceramah tersenyum-senyum malu dan sinis dikala menyebut nama Altantunya.
 
 
 
Ramai juga yang telah melakukan sumpah seperti Saiful dan Eskay, namun itu tidak langsung memberi keyakinan kepada puak pembangkang tentang kebenaran. Harus dingatkan bahawa tidak ada yang lebih hebat dan besar daripada sumpah ini. Tidak ada insan Muslim yang berani semberono bersumpah palsu menggunakan nama Allah. Tak tahulah jika saat hari mengundi menjelang tiba kelak Nuar Brahim tiba-tiba berani bersumpah lahanat.
 
Selepas PM berkali-kali bersumpah, puak pakatan masih tidak mempercayainya, Pemimpin masih memainkan isu tersebut dalam ceramah mereka kerana mereka tahu itulah yang penyokong mereka ingin dengar. Penyokong pembangkang bukan mahu mendengar sesuatu yang benar, sebaliknya mahu mendengar fitnah yang dianggap benar.
 
Lihatlah dalam apa isu sekalipun, jika itu berupa fitnah maka itulah yang penyokong suka dengar dan itulah pula yang penceramah suka sampaikan. Pembawa fitnah dan pendengar fitnah jika bersetuju dengan fitnah tersebut kedua-duanya mungkin ahli neraka. Eh wah.. siapa Jokiden hendak meletakkan hukum ini??  Minta maaf ok.
 
Jadi penyokong tegar UMNO/BN janganlah mengharapkan puak-puak pakatan ini akan slow down selepas DS Rosmah bersumpah. Mereka akan terus memainkan isu ini, mereka akan terus menanamkan rasa kebencian dikalangan penyokong mereka agar mereka tetap berdiri teguh di belakang mereka.
 
Diulang semula catatan Nuar Brahim " UMNO tidak lagi mampu memperbodohkan rakyat, kerana rakyat telah cerdik.." Betul kerana yang masih kekal berjaya memperbodohkan rakyat ialah Nuar Brahim kerana penyokongnya masih ramai yang belum cerdik.
 
Mungkin menyedari bahawa soal sumpah ini tidak akan kemana, tidak membawa kesan mendalam, atau mampu meredakan keadaan, maka sebab itulah agaknya Nuar tidak pernah mahu bersumpah untuk membersihkan namanya. 
 
Dia kalau nak bersumpahpun akan guna Nama Angin, Nama Lautan, Nama Gunung... kah..kah..kah.. kih..kih...kih..kih... Mari kita layan video ni..
 
 
 
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment