Wednesday, January 16, 2013

Ini Kojo Lim Guan Eng Dan DAP PP Rupanya..


 Photo
 
Pada 14 Januari, Malay Mail melapurkan bahawa kerajaan DAP pimpinan LGE di Pulau Pinang bercadang membangunkan sebuah pusat Perdagangan bertaraf Antarabangsa di Balik Pulau, Pulau Pinang.
 
Cadangan projek tersebut akan dijalankan secara usahasama dengan sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong atau lebih tepat lagi seorang Pelabur dari Hong Kong. Hebat perancangan DAP ini. Patutlah Guan Eng suka sangat pergi ke Hong Kong, bercuti, sambil makan angin dan sambil mencari pelabur. 
 
Kongsep pembangunannya pula adalah hampir sama dengan apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan di Johore iaitu Iskandar Malaysia. 
 
Keseluruhan projek ini apabila siap kelak menelan belanja sebanyak RM75 billion. Siap dengan jambatan sepanjang satu kilometer.
 
Pembangunan bersepadu ini memang baik, namun ia tidak akan memberi menafaat kepada golongan yang berpendapatan rendah.
 
Projek ini mengundang bantahan daripada banyak pihak termasuk daripada pencinta alam sekitar. Kehidupan laut akan terancam. 
 
Walaupun dikatakan sesiapa yang tidak mampu memiliki harta di sini kelak akan disediakan  peluang kedua di mana harga hartanah bertaraf rendah akan disediakan, namun memahami apa yang tersirat kemungkinan besar perkara tersebut hanyalah bersifat kosmetik semata.mata.
 
Kenapa Balik Pulau menjadi pilihan?? Kenapa kawasan Melayu yang hanya sejemput ini menjadi impian kerajaan DAP Pulau Pinang. Apa agenda jangka panjang DAP sebenarnya?? Nak menghalau atau menyisihkan saki baki kaum Melayu di sana kah??
 
Mengikut lapuran Malay Mail, kawasan Balik Pulau di pilih untuk dibangunkan oleh Pelabur Hong Kong tersebut ialah kerana faktor "feng Shui"
 
Nik Zamri Majid konsultan projek ini mengatakan "He said Balik Pulau was the choice of industrialist from Hong Kong, Taiwan, Korea and Macau.." huhuhu... Lagi katanya "We cannot reveal who the investors are yet but they chose this site due to its 'feng shui' factor" 
 
 
  Photo: Bersama Pengerusi BN PP di KLIA.
Pengerusi BN PP.. domam dia ni..
 
Pasti projek RM75 billion ini akan menerima reaksi pelbagai pihak nanti. Dikatakan beberapa mesyuarat dengan Ketua Menteri LGE dan Timbalannya Mansor Othman telah diadakan sejak tahun lalu lagi.
 
DAP ni nampaknya yakin sangat dapat mengekalkan kuasa di Pulau tersebut, sebab itu mereka berani merancang sesuatu yang besar.
 
Orang Melayu di Balik Pulau akan terus terpinggir selepas ini nanti. Jika ada yang menjualkan tanah kerana harga tawaran yang tinggi kepada pihak pemaju kelak, maka merekapun sebenarnya belum tentu mampu untuk memiliki hartanah yang bernilai jutaan ringgit di sana nanti.
 
Selepas semua tanah Orang Melayu di sana terjual nanti, kemana mereka hendak pergi, bukan lagi merupakan urusan Guan Eng. Dia akan cakap "itu bukan urusan saya, kemana Melayu nak pergi bukan masalah saya, itu masalah mereka sendiri." Apa nak buat kuasa kini di tangan mereka..
 
Samalah dengan kenyataannya tentang isu Kalimah Allah tempoh hari "Pas nak berbalah tentang isu Kalimah Allah sesama mereka, bukan masalah saya, bukan masalah DAP, itu masalah PAS" Hahaha.. betul-betul CAT!!!
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment