Thursday, January 17, 2013

SPR Ni Sebelah Kerajaan Ke Atau Sebelah Pembangkang..


 
 
 
Sehingga ke hari ini SPR masih belum sunyi daripada kritikan banyak pihak terutamanya puak-puak dari pakatan pembangkang. Segala apa penambah baikan yang dilakukan oleh SPR selalunya dipandang serong oleh puak pembangkang.
 
Hampir seratus peratus tuntutan pembangkang terhadap SPR telah dipenuhi, namun pembangkang tidak juga berpuas hati.
 
SPR Malaysia merupakan antara badan bebas di dunia ini yang amat berjaya dan berkesan dalam mengendalikan kesemua Pilihanraya di negara ini. Fakta ini diakui oleh seluruh dunia, namun pembangkang melihatnya sebelah mata sahaja.
 
Jika SPR ini memihak kepada kerajaan, UMNO/BN seperti yang dithomah oleh pembangkang, sudah tentu pada tahun 2004 Kelantan sudah jatuh ke tangan UMNO/BN keran ketika itu terdapat dua DUN yang majoriti keputusannya cuma dua undi sahaja.
 
Jika pegawai SPR tu nak menolong UMNO, mudah sangatlah, telan je dua kertas undi tersebut, bukan membawa mautpun, sudah tentu kerusi itu di menangi oleh UMNO/BN. Jika itu berlaku dulu maka UMNO/BN menguasai DUN Kelantan dengan kelebihan satu kerusi. Ini tidak berlaku.
 
Namun pembangkang dalam menaikkan suhu kebencian rakyat terhadap kerajaan sentiasa mengatakan jika SPR tidak menipu, tidak memihak dan tidak manipulasi keputusan  maka lama dah pembangkang memerintah di Malaysia.
 
Kenyataan di atas hanya dipercayai oleh penyokong tegar yang selalu diperbodohkan oleh Nuar Brahim tersebut. Rakyat yang cerdik sukar untuk mempercayai bahawa SPR ini terlalu memihak.
 
Pelbagai inisiatif dilakukan oleh SPR. Bertemu dengan wakil pembangkang sudah diadakan berpuluh kali. Dalam bilik pertemuan semuanya cantik, semuanya menerima penjelasan SPR. namun keluar sahaja daripada bilik tersebut, wakil-wakil pembangkang mula mencari isu dan mula memutar belitkan kenyataan.
 
Pada tahun lepas SPR mempamirkan daftar pengundi di seluruh negara bertujuan untuk disemak oleh sesiapa sahaja. Malangnya daripada 13 juta pengundi hanya 1000 orang lebih sikit sahaja yang melakukan semakan. Pembangkang langsung tidak memperdulikan pamiran daftar tersebut kerana mereka sebenarnya tahu SPR adalah telus. Mereka sedar bahawa dakwaan mereka terhadap SPR hanyalah gimik untuk memperdayakan penyokong bodh mereka sahaja.
 
Merak katalah ada pengundi berusia 2 tahun didaftarkan. Ini mungkin masalah tersilap keyin. Mungkin juga disengajakan oleh petugas SPR sendiri yang bersimpati dengan pembangkang. Mana kita tahu. Apapun budak berusia dua tahun tidak akan mampu pergi mengundi. Jika dia masukpun dalam kawasan mengundi takkanlah wakil pembangkang yang berada di situ tolol sangat untuk mebiarkan budak itu pergi mengundi.
 
Kini SPR mempamirkan lagi senarai daftar terkini untuk di semak oleh sesiapa dan membuat pembetulan di mana perlu. Puak pembangkang, silakan pergi semak. Semak jangan tak semak.
 
 

SPR minta pengundi semak maklumat pendaftaran

 
KUALA LUMPUR 15 Jan. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua bakal pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 agar membuat semakan maklumat pendaftaran masing-masing bagi memastikan maklumat adalah tepat dan tidak menimbulkan masalah pada hari pengundian nanti.
 
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, sekiranya terdapat sebarang kesilapan berhubung maklumat pemilih, maka perlu terus berhubung dengan pejabat-pejabat pilihan raya negeri atau ibu pejabat SPR di Putrajaya.
 
‘‘Maklumat pemilih seperti ejaan nama, jantina, agama, bangsa, lokaliti, nombor MyKad, tarikh lahir dan nombor rumah boleh dibetulkan oleh SPR dalam tempoh yang singkat tanpa memerlukan proses pameran, pengesahan dan pewartaan.
 
‘‘Namun bagi kes yang melibatkan kemasukan semula nama ke dalam daftar pemilih, perkara itu tidak melibatkan proses-proses tersebut,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata, SPR kini memiliki rekod sebanyak 13,105,407 pemilih berdaftar di seluruh negara untuk tempoh sehingga bulan September lalu (suku ketiga 2012).
 
Berikut adalah kaedah untuk pengundi membuat semakan maklumat pendaftaran :-
 
Telefon Ibu Pejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6565 (pada waktu pejabat)
 
Laman web SPR Layari di www.spr.gov.my dengan memasukkan nombor MyKad dalam ruang semakan yang disediakan dan maklumat pendaftaran pemilih akan dipaparkan.
 
Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)
 
Taip SPR -jarak- SEMAK -jarak- NO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.
Menulis surat atau datang sendiri
 
Ke ibu pejabat SPR di Putrajaya atau mana-mana pejabat pilihan raya negeri.
 

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment