Kutipan KL112, Tukang kira ni ada habuan tak??
Di dalam posting di fb sejak dua tiga hari ini banyak kisah tentang kutipan derma semasa perhimpunan di Stadium Merdeka tempoh hari.
Sekali fikir memang pakatan haram ini bangsat sangat kerana menipu rakyat, menipu penyokong dan menipu pengsimpati dengan kata-kata derma jihad, demi perjuangan dan sebagainya sehinggakan pemberi derma tersebut tanpa sedar telah menghulurkan sumbangan.
Tidak kira dalam ceramah kecil yang dihadiri puluhan orang sehinggalah ceramah atau perhimpunan perdana mereka, kutipan 'amal jariah' ini tidak pernah dilupakan. Kemudian mereka akan berkumpul dan mengira serta mengambil gambar.
Sebelum sumpit kecil, plastik bag atau karung berlegar biasalah juru acara akan cuba sedaya upaya untuk menyakinkan penyokong mereka untuk bersimpati dan menghulurkan sumbangan. Biasalah juga ayat mereka yang selalu diulang-ulang ialah " perjuangan kita suci, kita kekurangan dana, UMNO/BN banyak dana, mereka merompak harta rakyat..bla..bla.."
Terdengar rayuan tersebut memudahkan karung mereka berisi, tanpa mereka bersusah payah mencari duit. Kemana duit kutipan itu dibelanjakan jangan disoal kerana jika disoal seolah-olah derma tersebut menjadi tidak ikhlas dan tidak dapat pahala..
Mudah sangat penyokong mereka terpedaya dan mereka dapat laba. Dalam perhimpuan di Stadium Merdeka 12 Januari lalu, jika seorang menyumbang RM2 x 1 juta yang hadir, mak oiii banyak tu. Jika 40% pergi kepada penceramah, 40% pergi kepada kos penganjuran dan baki 20% lagi ke mana dibawa???
Dalam posting di fb nampaknya semua berbangga dengan kutipan yang banyak tersebut. PAS dan PKR selalunya tanpa merasa malu akan mendakwa bahawa mereka parti miskin, tidak ada dana walaupun dibantu oleh yahudi. Mereka berkata begitu semata-mata untuk melalaikan penyokong supaya mesti bersimpati dengan mereka.
Hakikatnya pemimpin mereka datang dengan kereta mewah, datang seperti selibriti, duduk di hotel lima bintang, makan minum secara mewah dan mereka sampai hati memperdayakan pengikut mereka supaya memberi mereka duit atas alasan derma jihad atau nama perjuangan.
Dalam salah satu ceramah pembangkang yang dihadiri oleh Nuar Brahim, Jokiden terdengar rayuan bercampur lawak juruacara seperti ini .."UMNO sudah busuk..." sedangkan dia tidak sedar sudah lebih separuh abad dia mencari makan dengan UMNO. Dia sambung lagi.. "Jangan susah-susah nak buka dompet, masukkan terus dompet tu dalam karung tu, ese akan amik duit yo.. lain-lain dokumen ese akan pulangkan esok, kan IC tuan-tuan ada dalam dompet tu.."
Malangnya sejak dulu penyokong pakatan ini tidak pulak mempersoalkan secara serius kemana duit derma mereka dibelanjakan. Jika parti membelanjakannya ke jalan yang tidak baik, kan ke tak pasal-pasal mereka juga turut bersubahat tu.
Tetapi jika duit lain yang melibatkan UMNO/BN tahu pulak mereka melalak menuduh UMNO/BN songlap duit rakyat. Ish..ish.. tak faham Jokiden dengan mentaliti penyokong tegar pakatan ni.
Mari kita hayati hadis di bawah, dan mulai ssat ini berhentilah memberi derma kepada parti yang tidak membawa kebaikan ini. Sebaliknya setiap kali ceramah, mintalah pemimpin kalian supaya lebih membantu rakyat, samada memberi RM10 setiap yang hadir, menyediakan air sirap sebagai upah membasah tekak ataupun menyediakan sekampit beras..
Listen..listen..listen.. Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, maksudnya "Antara wang yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya, wang yang engkau sedekahkan kepada orang-orang miskin dan wang yang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu, maka pahala yang paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara keluargamu" Hadis Riwayat Muslim.
Nah, listen..listen..listen, jika nak pahala yang besar dermakan sahaja duit itu untuk keluarga. Pedulikan desakkan pemimpin pakatan yang mahukan kalian menderma tersebut. Derma kalian belum tentu mendatangkan pahala, silap-silap mendapat dosa kerana bersubahat.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment