Ada posting dalam fb mengatakan perhimpunan di Masjid Shah Alam hanya dua tiga kerat je..
Esok Pakatan pembangkang akan berhimpun samada di Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil. Sebab musabab kepada penganjuran perhimpunan rakyat ini sudah sedia diketahui.
Beberapa perhimpunan kebangkitan rakyat yang telah dianjurkan di beberapa negeri sebelum ini ternyata gagal mencapai matalamatnya. Setiap perhimpunan dikatakan dihadiri oleh sebanyak 30,000 orang. Hakikatnya kehadiran amat menyedihkan sekitar antara 3,000 hingga 5,000 orang sahaja.
Puas dah pembangkang menghasut rakyat supaya hadir dengan pelbagai imbuhan namun jelas rakyat tidak juga mahu bangkit, bangkit.
Di pagar masjid di Taman Jokiden hari ini pun terdapat bena yang mengajak rakyat datang beramai-ramai ke perhimpuan tersebut.
Senyap sebentar isu Kalimah Allah yang disokong oleh Hj Hadi dengan adanya isu menyelamatkan Shamsidar ini.
Nampaknya semua yang pakatan cuba lakukan hari ini semuanya tidak menguntungkan mereka dari segi meraih sokongan rakyat. Semakin malang nasib mereka.
Dalam media sosial hari ini kelihatan jelas pertentangan pendapat antara dua puak yang menyokong dan yang membantah. Bahasa yang digunakan oleh kedua-dua pihak nampaknya terkeluar daripada batas-batas kesopanan.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment