Jika benarlah semua gereja akan mula menggunakan Kalimah Allah selepas ini, kita ingin bertanya, apa sebenarnya tujuan tersebut? Hendak menyebarkan dakyah Kristian kah? bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan tu. Baca sini
Hendak menaikan sentimen keagamaan kah? Ini akan mengundang mala petaka. Hendak mencabar kesabaran penganut Islam di negara inikah? Ini akan membenihkan permusuhan agama yang sukar dibendung nanti.
Mengapa penting dan perlunya Kalimah Allah kepada mereka. Tidak cukupkah dengan 'God' tersebut. Samada penganut Kristian ini bahalol, atau pemimpim pembangkang yang bahalol, Kalimah suci ini hanya layak dan boleh digunakan oleh penganut Islam yang merujuk Allah sebagai Tuhan Yang Esa. Bila penganut lain menggunakannya untuk rujukan apa pulak?. Dimana keperluannya.
Jangan sebab Hj Hadi membenarkannya dengan alasan dangkal maka berlumba-lumba pulak pihak gereja nak mempermainkan Kalimah tersebut. Orang Islam walaupun mereka tidak alim, tetapi mereka tidak rela makan babi walaupun dipaksa, kecuali mungkin Mat Sapu.
Orang Islam walaupun tidak warak, namun tetap tidak rela agamanya di hina dalam apa bentuk sekalipun.
Pergeseran dan permusuhan bakal memuncak. Keharmonian kaum akan terjejas. Apakah ini sebenarnya niat dan tujuan pembangkang, agar rakyat bercakaran akibat isu sensitif ini. Apakah pembangkang mahukan kerajaan hilang kawalan seterusnya memudahkan mereka untuk menghasut rakyat supaya memberikan undi kepada mereka.
Pembangkang mesti segera berhenti bermain dengan api nanti kelak terbakar dan tiada siapa yang untung kecuali rugi.
Kenapa degil sangat puak pembangkang ini sehinggakan sanggup hendak membantah kenyataan Sultan sendiri. Untung sangat ke bila menyanggah nasihat Sultan. Apa ruginya jika mematuhi perintah Sultan dan negara kekal aman.
Tidak malukah Hj Hadi apabila Lim Guan Eng berkata bukan masalah dia jika Pas nak bercakaran sesama sendiri mengenai Kalimah Allah ini. Lim Guan Eng dengan bajet deficitnya untuk tahun ketiga berturut-turut. Dulu angkuh sangat mengatakan Pelaburan asing di Pulau Pinang melonjak. Dia mengaku usaha orang sebagai usaha dia. Kini FDI di PP tak sampaipun RM2 billion, apa nak cakap besar lagi ke?. Dia yang cuba menjolok sarang tebuan, minta Kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh penganut Kristian, dia pulak tidak kisah jika Pas nak bercakaran disebabkan isu tersebut.
Apa tujuan dia sebenarnya?? Hendak mencabar Orang Islam ke Guan Eng?? Seronok ke bila Hj Hadi 'TERPAKSA' akur dengan desakkan kamu wahai LGE?
Pas akan berpecah belah selepas ini akibat isu tersebut. Baca di sini . Jika Harun Din berkeras, jika Harun Taib berkeras dan jika Tuan Man berkeras, bukankah Pas akan berpecah belah selepas ini nanti. Atau adakah LGE hendakkan Hj Hadi meletakkan jawatan akibat isu ini dan membolehkan Mat Sapu menjadi pemangku Presiden seterusnya menjadi Presiden Pas yang paling menyokong LGE sejak dulu, kini dan selamanya?? Semua pihak harus berfikir sedalam-dalamnya sebelum bertindak.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment