Wednesday, January 9, 2013

Pakatan Dilanda Musibah Dan Musibah Lagi..


Wajah-wajah kusam..
 

Sehari dua ini seolah-olah kelihatan Parti dalam Pakatan nampaknya terus ditimpa masalah. Pas terusan sahaja ditimpa musibah walaupun penafian dilakukan oleh semua peringkat kepimpinan.
 
Tiba-tiba sahaja setelah taufan pemilihan dalam DAP reda datang pula taufan Sunamo melanda parti tersebut dan terkial-kial lah pemimpin mereka untuk memperjelaskan kisah 'kesilapan' pengiraan undi dalam pemilihan CEC DAP.
 
Berilah seribu alasan yang munasabah, human error atau komputer error ke, yang sohihnya ialah DAP cuba untuk mengajak rakyat terutamanya orang Melayu supaya berfikiran bodoh. Mereka mendatangkan sebegitu banyak undi hantu untuk memenangkan seorang calon Melayu. Itupun ditempat terakhir.
 
Keseluruhan proses pemilihan tersebut akhirnya tidak sah disebabkan oleh pemilihan awal tidak sah dan orang yang tidak sah memilih pula CEC. Gimik yang dilakukan oleh DAP sesungguhnya mudah dibaca oleh rakyat. Memalukan DAP, memalukan PAP, memalukan Pakatan Haram dan memalukan negara kerana sebuah parti yang mendakwa sebagai begitu hebat melakukan penipuan dalam pemilihan kepimpinan mereka.
 
Jika benar undi tersebut tersilap kira maka bermakna ada usaha dari peringkat awal lagi untuk 'menghilangkan'  undi-undi yang diperolehi oleh Khairil Johari supaya dia yang kononnya mewakili kelompok Melayu dalam DAP tidak terpilih sebagai anggota CEC.
 
PAS jangan mendabik dada dengan mengatakan DAP tidak tahu mengira undi walaupun jumlahnya tidak sampai 2000 orang. Dua tahun lalu PAS juga dalam situasi yang sama apabila undi untuk calon-calon Timbalan Presiden terpaksa dikira berulang kali sehingga melewati waktu dinihari untuk mendapat keputusan mudah yang memenangkan Mat Sapu sebagai Timbalan Presiden PAS mengalahkan Nasharuddin dan Tuan Man.
 
Kemelut Pakatan tidak berhenti di situ. Tetiba sahaja Lim Guan Eng ingin menjadi hero Kristian dan dalam ucapan sempena tahun barunya beria-ia pulak dia mendesak Kerajaan Persekutuan supaya membenarkan penggunaan Kalimah Allah dalam penulisan orang Kristian.
 
Perbuatan atau permintaan atau desakan LGE ini walaupun dia kata media arus perdana tersalah tafsir, tersalah petik dan sebagainya, sudah pasti mengundang reaksi masyarakat. Sudah pasti kenyataan atau saran tersebut menambahkan lagi kesemputan nadi yang sedia dialami oleh PAS dan PKR.
 
Belumpun reda isu Amanat Hj Hadi yang tetiba kini timbul kembali maka datang pula isu Kalimah Allah. Walaupun mereka semua serentak menuding jari kepada UMNO dan media UMNO/BN, namun hakikatnya timbulnya isu-isu sensitif tersebut adalah hasil daripada mereka sendiri bukan dari pihak lain.
 
Bukan UMNO/BN yang menimbulkan isu undi hantu dalam DAP, tetapi LGE sendiri yang kononnya
ingin kelihatan sebagai kucing 'CAT'
 
Bukan UMNO/BN yang menimbulkan isu Kalimah Allah sehingga membuatkan muka Nuar Brahim kelihatan lebam, tetapi LGE sendiri yang menjolok sarang tebuan.
 
Bukan UMNO/BN yang menimbulkan isu Mamali, tetapi ahli seumur hidup PAS yang menimbulkannya.
 
Bukan juga UMNO/BN yang kembali memanaskan isu Amanat Hj Hadi, sebaliknya ia ditimbulkan kembali oleh ahli seumur hidup PAS yang suatu ketika dahulu dia ini amat disayangi oleh Hj Hadi.

Kesemua isu-isu ini membuatkan Pakatan pembangkang kelihatan seperti sebuah gabungan yang hampir pasti tenggelam. Tidak mudah para pemimpim mereka hendak menangani isu-isu tersebut dan ia diperhatikan dengan penuh minat oleh rakyat.

Datang pula 12 Januari, isu Himpunan Shamshidar, hujahlah dari sudut mana sekalipun dan ciptalah alasan munasabah, rakyat negara ini dan juga rakyat negara asing tetap akan melihatnya sebagai isu peribadi yang tidak ada kena mengena dengan kepentingan rakyat, tetapi rakyat hendak dilibatkan sama bagi mengwujudkan suasana yang tidak tenang dan tenteram. Mulalah kembali selepas ini mahkamah dan polis akan dimomokkan semula setelah reda selama setahun sejak 9 Januari 2012 yang lalu.

Melihat kepada wajah-wajah kusam, hambar, lebam dan tidak bermaya pemimpim pembangkang dalam sidang media untuk memperjelaskan pendirian mereka tentang penggunaan Kalimah Allah oleh orang Kristian, menyakinkan kita betapa tidak selesanya mereka. Hj Hadi ternyata gelisah dan tertoleh-toleh dia ke arah Nuar setiap kali nak bercakap.

Dikalangan pemimpin PAS sendiri, mereka tidak sekata dalam isu tersebut. Serba tak kena. Ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Harun Taib dan Haroun Din tidak sekali-kali bersetuju dengan penggunaan Kalimah Allah oleh ugama lain. Hj Hadi, Mat Sapu dan Nik Aziz, selamba je mengatakan ia boleh digunakan oleh ugama lain. Mereka bebas. Hj Hadi pesan jangan dikelirukan lagi perkara tersebut. Sebenarnya dialah yang mengelirukan pengikutnya demi untuk politik.

Besar sangatkah keuntungan politik yang mereka dapat dengan membenarkan penganut agama lain menggunakan Kalimah Allah dalam urusan mereka. Tidak terfikirkah mereka betapa kesucian nama Allah tersebut akan  tercemar sekiranya tersalah letak, tersalah cetak dan tersalah guna.

Benarlah seperti kata rakan blogger Jokiden, KNKB bahawa Pas selalu tersilap letak keutamaan dalam usaha mereka untuk mempertabatkan Islam di bumi bertuah ini. PAS diibaratkannya sebagai meletakkan katil di ruang tamu dalam rumah, macam mana suami isteri nak pin..pin..

Atau besar sangat kah kerugian politik sekiranya PAS mempertahankan kesucian Kalimah Allah tidak boleh dikompromi dan digunakan sewenang-wenangnya oleh penganut agama lain. Ramai sangatkah pengundi Kristian dalam Malaysia ni sehinggakan keutamaan mereka harus dilayan sedemikian rupa.

Di Kelantan dan Terengganu di tepi-tepi jalan banyak kelihatan papan-papan tanda Kalimah Allah, Subhanallah dan Allahuakbar. Begitukah caranya PAS hendak mempertabatkan Islam. Selagi papan-papan tersebut berada di kawasan-kawasan yang sedemikian rupa, selagi itulah kepimpinan dan pentadbiran PAS dimurkai oleh Allah.

Tidak ada yang paling tinggi selain daripada zat Allah. Kenapa tulisan dan papan tanda 'Allah' diletak disegala tempat yang tidak sepatutnya dengan dibiarkan berhabuk, berkulat, dipercik air najis dan segala debu kekotoran.??? Sesungguhnya kepimpinan PAS akan dipersoalkan dalam urusan tersebut kelak.

Allah tidak boleh dijadikan perbandingan dengan makhluk dalam apa bentuk sekalipun. Namun itulah yang dilakukan oleh pemimpin PAS dulu, kini dan selamanya. Hati mereka tidak pernah gentar dan takut kepada Allah. Jika Allah mencarut, apakah makhluk juga boleh mencarut dan meniru sifat Allah. Jika Allah boleh takbur dan sombong, apakah makhlukNya layak berbuat demikian. TIDAK!!!

Tetapi untuk menunjukkan bahawa mereka alim, mereka berilmu, mereka hebat dalam soal-soal agama, maka ramai pemimpin PAS yang lupa daratan dan sewenang-wenangnya menyamakan diri mereka dengan Allah. Itu antara kemungkaran yang PAS lakukan selain daripada membaca  dan mentafsir ayat-ayat suci secara hanya separuh-separuh untuk kepentingan politik mereka. Mampus Pas selepas ini.

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

6 comments:

  1. Hadi Awang guna ayat Ali'Imran:64 sebagai perisai beliau utk mempertahankan sokongan PAS untuk penggunaan kalimah Allah untuk kafir laknatullah. Ayat ini berkenaan seruan Nabi Ibrahim kepada Ahli Kitab untuk berpegang kepada satu kalimah iaitu "ALLAH"... tetapi di ayat seterusnya Ali'Imran:65, Allah berfirman "Wahai Ahli Kitab! kenapa kamu berbantah-bantah tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berfikir?"... maksudnya seruan berpegang kepada kalimah Allah kepada Ahli Kitab umat Nabi Ibrahim ini tidak boleh digunapakai sesudah Taurat dan Injil diturunkan... Allah Maha Mengetahui...

    ReplyDelete
  2. Jelas, jika nak guna Kalimah Allah seseorang itu mesti beriman. Pas ni baca sekerat-sekerat sahaja untuk kepentingan politik mereka.

    ReplyDelete
  3. Maksud Ali Imran ayat ke 67,

    "Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yg taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah) dan dia pula bukan dari orang-orang musyrik"

    Maksud Ali Imran ayat ke 69,

    "Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu< padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu)

    Maksud Ali Imran ayat 71,

    "Wahai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya"

    ReplyDelete
  4. Pemimpin-pemimpin Pakatan berlumba-lumba himpun harta ketika hayat masih ada, pengikut pula yang kelabu mata.

    Sampai masanya baru mereka berkata apa nak buat kita telah dijanjikan syoga, bersabarlah sahaja.

    Sebagai ingatan cuba semak bila Tarikh Lupus Tiket ke Syorga. Adakah
    pada 2012. Jika ia, sila renew sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  5. PAs setuju ke kalau nama Allah diberikan kepada berhala lembu dan anjing? Baca ni bro..

    http://www.satuhala.blogspot.com/2013/01/bila-lembu-dan-anjing-diberikan-nama.html

    ReplyDelete
  6. Pencacai PR ( PAS dan PKR ) ada OTAK tak?

    Lu orang bagi orang kafir masuk masjid dan guna mimbar untuk ceramah kat korang....kalau korang nak islamkan puak2 kafir ni sepatutnya puak2 Pas masuk gereja bagi ceramah kat diorg...bukan sebaliknya.....ada OTAK ke TAKDE ??? Bodoh macam LEMBU

    ReplyDelete