Thursday, January 10, 2013

Pemimpin Mesti Bertanggung Jawab..


 

Menjadi pemimpin tidak kira dalam apa juga organisasi, kita mestilah bertanggung-jawab. Tanggung-jawab meliputi segalanya samada yang kita tuturkan, lenggokkan, katakan, amanatkan, hujahkan, ungkapkan, sarankan termasuklah apa yang kita pakai.
 
Pengikut akan mengikuti apa yang dikehendaki oleh pemimpin. Samada seseorang itu menjadi pemimpin dalam pembangkang mahupun dalam kerajaan, mereka mestilah bertanggung-jawab dengan segala tindakan mereka. Mereka tidak boleh berlepas tangan. Sebab itu tanggung-jawab pemimpin adalah berat dan akan dipersoalkan di kemudian hari kelak. Itu semua orang faham. 
 
Pemimpin tidak sepatutnya betindak untuk tujuan yang tidak baik. Pemimpin mestilah bertindak supaya sesuatu itu menjadi lebih baik. Lempar batu sembunyikan tangan bukanlah sifat seseorang pemimpin yang bertanggung jawab.
 
Menuturkan sesuatu, mengeluarkan arahan atau saranan kemudian menuding jari ke arah orang lain, menuduh pihak lain apabila kenyataan mendapat reaksi negatif, merupakan amalan atau cara berpolitik pemimpin pembangkang di Malaysia sejak dulu, kini dan mungkin akan datang.
 
Sepatutnya pemimpin berfikir dahulu akan kesan buruk baiknya sebelum membuat kenyataan atau tuduhan walaupun ada kemungkinan tuduhan atau kenyataan tersebut mungkin membawa sedikit keuntungan politik kepada mereka.
 
Apa kebaikan yang mungkin terjadi dengan kenyataan Nizar Lilin tentang wang pampasan RM207 billion yang dibayar oleh kerajaan Jepun bagi ganti rugi kepada pembinaan jalan keretapi maut 60 tahun dahulu. Apa pula keburukannya dengan menimbulkan kembali kisah tersebut hari ini. Perlukah ia diperbesar-besarkan.
 
Apa keperluan untuk membenarkan penganut agama lain menggunakan Kalimah suci Allah sehinggakan Mat Sapu, Hj Hadi, Nuar Brahim dan lim Kit Siang berada dalam sidang media yang sama untuk membuat kenyataan.
 
Rakyat di negara ini sudah biasa menghindarkan perkara sensitif daripada diperbincangkan di khalayak umum dan secara terbuka. Tidak ada mana-mana pihak yang akan untung dengan membenarkan isu sensitif diperdebatkan.
 
Apa perlunya puak-puak pembangkang ini beria-ia sangat untuk mempertahankan hujah mereka yang membenarkan penganut agama lain menggunakan Kalimah Alllah dalam urusan mereka. Banyak kebaikan ke atau banyak keburukaan? Pemimpin pembangkang pasti dipertanggung-jawabkan sekiranya akibat daripada saranan mereka tadi rakyat menjadi resah gelisah, suasana tidak tenteram dan kemungkinan huru hara akan terjadi akibat daripada sokongan mereka tersebut.
 
Hujahlah ikut mana sekalipun, gunalah ayat Al-Quran atau Hadis,  Kalimah Allah adalah untuk orang Islam yang beriman. Kalimah suci tersebut tidak terpakai kepada penganut agama lain. Usahlah kita hendak bertegang leher dalam perkara ini.
 
Apa sebenarnya tujuan pemimpin pembangkang dalam isu ini. Baik kah untuk rakyat dan negara. jika tidak baik kesannya nanti, apa perlunya memperbesarkan isu tersebut. Kenapa melayan tuntutan Guan Eng dalam hal ini. Lim Guan Eng nipun bukan peduli sangat dengan penganut Kristian ni, kenapa kini tiba-tiba sahaja ingin menjadi hero Kristian. Dia bukan pedulipun dengan nasib umat Islam. Dia bukan pedulipun dengan nasib penganut Budha atau hindu. Yang dia kisahkan ialah hendakkan kuasa politik yang lebih luas.
 
  Ini yg akan terjadi... CILAKO hamPAS, CILAKO hamPAS, CILAKO hamPAS
 
Apa keperluan pemimpin pembangkang hendak mengatakan orang yang tidak selairan dengan jalan politik mereka sebagai Kafir, murtad, fasik dan sebagainya. Banyak kebaikkan ke atau banyak keburukannya daripada kenyataan tersebut. Tidak bolehkah Nik Aziz dan Hj Hadi cuba menggunakan kaedah lain untuk cuba menarik sokongan kepada parti mereka.
 
Apa perlunya isu Scorpene dan Altantunya dimainkan secara berlebihan dengan mengwujudkan persepsi bahawa PM turut terlibat dalam kematian model tersebut. Apa keperluan atau apa kebaikan untuk rakyat apabila Himpunan Samsidar hendak diadakan, bertujuan untuk menghalang dia untuk memberi keterangan di mahkamah. Kenapa rakyat turut di seret dalam mempertahankan isu peribadi pemimpin pembangkang.
 
Sudah bertahun isu ini ditangani secara telus oleh kerajaan. Penjelasan sudah diberi, yang bersalah telah didakwa. Sumpah juga sudah dilakukan. Mengapa harus berterusan pembangkang memainkanya sehinggakan ingin mengheret orang luar negara pula. Tidak inginkah pembangkang turut memelihara maruah negara ini. Bangga sangat ke menjadi pemimpin pembangkang yang mencemarkan nama baik negara di mata orang luar?

Di mana kedudukan Malaysia setelah seluruh pakar di dunia ini mengesahkan bahawa Lynas adalah selamat dan boleh menjana ekonomi dan mendatangkan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan namun tetap dibantah oleh pembangkang dengan mengatakan ianya tidak selamat.
 
 Isu agama, isu perkauaman, isu bahasa dan adat resam tidak sepatutnya dijadikan bahan politik untuk meraih sokongan. Segala yang baik yang kerajaan lakukan dan menguntungkan rakyat dan memakmurkan negara hendaklah disokong walaupun dari segi politik tidak menguntungkan pembangkang.
 
Jadilah pembangkang yang berwibawa, bukannya semua hendak dipolitikkan kerana akhirnya rakyat yang akan menerima kesan jangka panjangnya.
 
PRU telah berjalan sebanyak 12 kali dan rakyat telah matang memilih. Menghasut rakyat secara berlebihan dengan menabur fitnah amatlah dikesali. Rebutlah pengundi dan tawanlah hati mereka dengan agenda yang sihat, bukannya dengan cara yang boleh memporak-perandakan kesejahteraan.

Mempertikaikan sistem yang telah terbukti adil dan berjaya memberikan kemenangan kepada puak pembangkang merupakan tindakan tidak mensyukuri nikmat berpolitik di negara ini. Meniru yang buruk yang diamalkan oleh negara asing dalam usaha untuk mendapatkan kuasa dan cuba menglaksanakannya di sini seolah-olah mengundang mala petaka dan negara boleh hancur kelak.

Sekarang terdapat lebih dua juta pengundi baru yang bakal mengundi untuk pertama kalinya dalam PRU13. Rebutlah mereka secara sihat dan bukannya dengan cara di luar batas undang-undang. Jika mereka tertarik dengan agenda pembangkang, tidak ada pihak lain yang mampu menghalang mereka daripada memberikan undi kepada pembangkang kelak.

Menuduh SPR tidak berlaku adil, menuduh SPR memanipulasi suasana, menuduh SPR memihak kepada kerajaan hanya mengundang persepsi untuk merendahkan daya fikir rakyat semata-mata.

Mempertikaikan hak istimewa orang Melayu secara keterlaluan hanya memberi ruang kepada bangsa asing untuk membuat tuntutan yang melampau dan tidak masuk akal untuk kaum mereka pula. Hargailah semangat toleransi kaum Melayu selama ini dan inilah antara faktor yang membuatkan Malaysia terus aman walaupun mempunyai penduduk yang berbilang kaum.
 
PKR, DAP dan PAS berpolitiklah secara sihat dan membina. Jauhkan diri dan penyokong daripada mengamal budaya politik murahan dan budaya politik rimba yang tidak bertamadun. Sesungguhnya ke amanan, kesejahteraan, kemakmuran dan kestabilan dalam negara ini juga menjadi tanggung-jawab pembangkang dan bukannya terletak di bahu pemerintah semata-mata.
 
Pemimpin seperti Karpal Singki, Hj Hadi, Mat Sapu, Nik Aziz, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Nuar Brahim mempunyai peranan suci murni dalam sistem politik negara ini. Apa perlunya bertindak dengan cara-cara yang tidak harmonis.
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment