Sunday, November 18, 2012

Perangai Sahabat Nuar Brahim..



Gambar semalam
 

Gambar semalam
 
 
"I support all effort to protect the security of the state of Israel said Mr Anwar ibrahim altgough he stop....."
 
Jokiden ulang kenyataan yang pernah dibuat oleh Nuar Brahim suatu waktu dulu yang kemudian dia nafikan dan mengatakan itu semua adalah putar belit Utusan dan TV3. Kenyataan yang seluruh dunia mengetahuinya dan seluruh dunia jua dia cuba tipu. Kenyataan yang dipertahankan oleh kebanyakan pemimpin pembangkang di negara ini. Kenapa ulang sekarang.???
 
Berita di TV menunjukan Perdana Menteri Israel Netanyahu dengan angkuhnya mengatakan selepas ini serangan darat mungkin dilakukan ke atas penduduk Gaza kerana dia berpendapat keselamatan Israel kini terancam.
 
Serangan ganas ini perlu demi untuk menjaga keselamatan negara Israel. Kenyataan dia sebiji macam yang Nuar sarankan. Seronoklah Nuar sekarang melihat penduduk Gaza yang tidak berdosa dan berupaya menjadi mangsa keganasan Israel yang tidak berhati perut.
 
Nuar menyokong segala tindakan untuk keselamatan Israel. Benjamin Netanyahu menyokong segala langkah drastik demi untuk keselamatan Israel. Maknanya mereka sama fahaman. Hj Hadi bersekongkol dengan Nuar dalam pakatan haram, maknanya Hj Hadi juga secara bersubahatnya menyokong Israel.
 
Nik Aziz juga bersekongkol dengan Nuar dalam pakatan, maka dia juga bersetuju dengan sokongan dan tindakan Nuar dalam menjaga keselamatan Israel.
 
Sepatutnya pemimpin Islam yang membela rakyat Palestine, Hamas dan Fatah menjauhkan diri daripada Nuar kerana sekiranya Nuar mendapat kuasa atas bantuan mereka kelak, maka Nuar akan lebih lagi hebatnya menjaga keselamatan Israel.  
 
Tidak adakah wartawan yang pergi bertanya kepada Nuar apakah reaksi beliau apabila mengetahui keazaban penduduk Gaza akibat keganasan Israel sejak beberapa hari yang lalu?? Sepatutnya mereka cepat-cepat mendapatkan reaksi balas Nuar.
 
Atau Nuar sekarang ini tengah pening dan rungsing memikirkan tentang ucapan  perwakilan dalam Muktamar yang mengatakan Hj Hadi lebih sesuai menjadi Perdana Menteri dan bukannya Nuar Brahim. Itu suara akar umbi ahli Pas. Renungkan kata-kata Hairun Nizam yang mewakili Dewan Ulamak Pas dalam ucapannya.
 
"Bukan sebaliknya berkempen untuk pemimpin lain yang tidak diyakini akan melaksanakan kepimpinan Islam di Malaysia," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada muktamar tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini hari ini.

Ini bermaksud bukan semua ahli Pas merestui kerjasama antara Pas dengan PKR dan lebih-lebih lagi dengan DAP. Ramai ahli Pas yang menyedari kemana negara ini hendak di bawa oleh Nuar dan LGE sekiranya mereka beroleh kejayaan. Maksudnya lagi ramai ahli Pas yang tidak sanggup menerima Nuar Brahim sebagai Perdana Menteri. Nik Aziz faham tak tu??
 
"Apalah gunanya Putra Jaya, jika air mata berjurai-jurai, Islamnya entah kemana, Raja-rajanya entah kemana..." Ish..ish teringat kembali kata-kata tersebut yang amat popular suatu waktu dulu.
 
Atau pemimpin Pas hanya akan membakul sampahkan segala pandangan dan saranan ahli akar umbi mereka tersebut. Atau pemimpin tertinggi Pas akan menganjing-kurapkan semua ahli yang mempunyai pemikiran yang berlawanan dengan kehendak mereka??
 
Inilah golongan yang Jokiden andaikan dalam PRU13 kelak masih kekal sebagai ahli parti tetapi memberikan undi kepada UMNO/BN kerana mereka lebih memikirkan tentang survival Melayu dan keselamatan Islam di negara ini. 
 
  Anwar Ibrahim berkata : "I support all efforts to protect the security of the state of Israel.." dan inilah hasilnya bila Israel dilindungi..rakyat Palestine yang tak terlindung..marilah kita sesama Islam (tanpa mengira perbezaan fahaman politik) agar dapat sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara2 kita di sana yang telah terkorban..semoga roh2 mereka dirahmati Allah S.W.T..amin!

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment