"Mana penyokong Pas ni.. boikot akukah??"
Jelajah Merdeka Shah Alam 22/11/12
Jika benar seperti yang dipaparkan dalam gambar ini, maknanya Nuar Brahim dan Khalid Gagap sudah boleh mencongak bahawa Selangor bakal locot dari gemgaman PKR dalam PRU13 kelak.
Nuar bolehlah mengadu siang-siang lagi kepada Israel dan Australia bahawa parti beliau akan kalah teruk dalam PRU13 nanti akibat penipuan UMNO/BN dan SPR.
Jangan salahkan UMNO tetapi salahkanlah Bob Carr Senator dari Australia tu kerana tidak sudi datang untuk memantau segala penipuan UMNO/BN dalam PRU13 kelak.
Kehadiran yang 'begini ramai' boleh menyebabkan Nuar dan Khalid naik sawan ni.. Mano poie oghang, ini program jolajah mordeka rakyat anjuran Nuar. Bukan main-main ni.
Nyata penyokong tegar Pas semakin menjauhi Nuar Brahim dan mereka masih memikirkan ucapan beberapa orang perwakilan dalam Muktamar Pas di KB yang mahukan Hj Hadi menjadi PM. Sebab itu mungkin mereka iaitu penyokong tegar Pas mungkin memboikot majlis atau program jelalah merdeka rakyat ini.
Tambahan Sinaronline membuat undian semalam siapa yang mereka inginkan menjadi PM, Nuar, Hj Hadi atau Nik Aziz. pilihan mereka ialah Hj Hadi, sebab itu mereka ingin membuktikannya dengan cara tidak menghadiri program anjuran Nuar dan Khalid ini.
Teruk ni, masa jelalah yang pertama di Seremban Jaya, NSDK bulan lalu masih boleh tahan, hujan-hujanpun sekitar 2000 orang ada hadir. Ini nak cari 300 orang payah ni..
Jika ini keadaannya Nuar dan Khalid terpaksa mencari kaedah baru untuk menarik simpati pendengar. Dia perlu mencipta sesuatu yang baru yang penyokongnya ingin dengar, barulah mungkin orang akan datang kembali.
Isu rasuah dah tak main dah. Isu NFC dah basi. Isu DSR dan Altanyunya sudah muak orang dengar. Isu pengundi hantu, isu bersih, isu polis semua dah muakkkkkk.. Mungkin kena cipta isu mahkamah balik semula.
Isu kroni sudah lali rakyat dengar. Isu Qardawi rakyat dah tak mahu dengar sebab Qardawi sudah menyebelahi kerajaan Malaysia.
Sebelum terlambat, Rafizi kena fikirkan strategi yang terkini, misalnya isu Mak Lampir yang dapat beli 4 kereta mewah walaupun baru sepenggal menjadi wakil rakyat adalah putar belit UMNO/BN dan Utusan.
Isu IPP juga rakyat dah muak sebab IPP banyak dimiliki oleh kroni Nuar. Isu untuk jadi PM pulak, penyokong Pas sudah membuat kata putus iaitu pilihan mereka ialah Hj Hadi bukan Nuar.
Transform Nuar, inovatif, jika tidak anda akan terus dilupakan oleh rakyat. Cari segera isu sensasi yang rakyat suka dengar supaya ceramah kembali ramai seperti majlis bacaan doa di Stadium KB tempoh hari.
Jika perlu war-warkan isu Nuar akan bersumpah, hah.. mau tak cukup padang rakyat akan berhimpun untuk mendengarnya. Isu ini sudah tentu boleh menaikan semula rating Nuar Brahim.
Gambar2 diambil dari Blog MPP
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment