Monday, November 19, 2012

Berakhirnya Muktamar Pas, Bermakna Berakhirnya Riwayat Pas.. Itu Yang Mereka Pinta..


Nik Razi memimpin majlis doa..
  

Bukti Pas Sudah Terdesakkkkkkkk!!!
 
Selama ini Pas begitu angkuh dan sombong mendabik dada mengatakan bahawa UMNO/BN sudah hancur lebur, sudah punah ranah, Putra Jaya sudah dalam genggaman. namun hakikatnya Muktamar pas ke 58 ini membuktikan betapa kerdilnya jiwa Pas, betapa tidak bermayanya Pas dan betapa terdesaknya Pas untuk menarik sokongan Orang Melayu. 

Siapa sebenarnya yang mengzalimi rakyat di negara ini??  UMNO/BN atau Pas??  Mengumpulkan orang di tengah padang dalam kedinginan malam untuk bersolat hajat, ok, bagus. Namun berdoa menjerit-jerit sambil mengajar Tuhan untuk berbuat itu ini, menyuruh Tuhan memusnahkan sesama umat Islam, apakah tidak zalim???  menggunakan bahasa 'Kamu' kepada zat yang Maha Agung apakah tidak zalim??? Berdoalah dengan bahasa yang lunak. Bagaimana sekiranya doa ini terbalik kepada diri sendiri???
 
Presiden Pas berkata doa tersebut dibolehkan kerana rakyat dizalimi. Doa itu juga akan dibenarkan di ulang-ulang untuk masa akan datang dan untuk tempat lain pulak.
 
Beliau macam dah tahu-tahu bakal kalah dengan calun muda di Marang sebab itu siang-siang lagi dia sudah sanggup jadi khadam atau jadi nelayan. Sebab itu juga mungkin yang membuatkan dia ingin bertanding di Pekan, supaya nampak kalah sebagai hero. Atau dia menyindir Nuar Brahim bahawa dia berani bertanding di Pekan maka dia lebih layak menjadi Perdana Menteri seperti yang perwakilan suarakan.
 
Malas dah sebenarnya nak mengulas tentang anggapan Pas yang kerajaan UMNO/BN ini menzalimi rakyat. Cakap macam manapun tak guna kerana sudah sebati dengan darah daging Hj Hadi  bahawa itu yang dia percaya. Begitu juga dengan pengikut totoknya yang mempercayai setiap butir kata-kata yang terkeluar dari mulut Hj Hadi. Jika kerajaan ini zalim mana mungkin mereka mampu berkumpul begitu ramai semata-mata untuk mendoakan kejahanaman kerajaan ini.
 
Nik Aziz lagi teruk, untuk menghalalkan doa yang dibaca oleh adiknya maka beliau sanggup mengatakan UMNO tidak ada agama...
 
Salahuddin Ayub tidak kurang pening atau meroyannya apabila mendakwa jangan main-main dengan Pas kerana Pas parti jagaan Allah. Dia jelas menyindir bekas Timbalan Presiden iaitu Nasharuddin Mat Isa yang tidak lagi berada di atas pentas sebaris dengan kepimpinan parti. Siapa tahu Allah ingin menyelamatkan Nasharuddin daripada terus bergelumang dan bersekongkol dengan segala kemungkaran Pas.. siapa tahu??
 
Mustafa Ali pula mengatakan bahawa Harakah kini sebenarnya membawa suara pakatan. Tujuannya supaya parti kawan dalam pakatan merasa dihargai. Sebab itu banyak kisah pemimpin pembangkang dari DAP dan PKR disiarkan dalam Harakah.
 
Kecelaruan hujah yang bersimpang siur dalam Muktamar Pas kali ini membuatkan PKR dan DAP tersenyum lebar. Mungkin juga PAP nun jauh di seberang Tambak juga begitu seronok dengan Muktamar Pas kali ini.  
 
 
  
Gambar semalam - Nik Aziz meroyan
 
  
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

1 comment:

  1. Sudah pasti Haprakdaily dapat durian runtuh dari soros.... itu yg pastinya... pasti... pasti... pasti....

    ReplyDelete