Friday, November 23, 2012

Pembangkang Ni Faham Tak Bahasa Kiasan..


Tun Karpal pun layak jadi PM ni..
 

"The devil you know is better than the angel you didn't know" Bila Tun Mahathir mengutarakan bahasa kiasan yang telah diguna pakai sejak beribu tahun dahulu, tergolek tertlentanglah pencacai pakatan hendak spin perkara tersebut. Mereka nak mengesahkan UMNO syaitan, MCA syaitan, MIC setan, PAS malikat, PKR malaikat, DAP malikat.
 
Memusing atau spin ini memang kerja pembangkang tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa malu. Mereka cuba menterbalikkan sesuatu isu tersebut dengan harapan pengikut mereka mempercayainya.
 
Suatu ketika dahulu nada sindiran Tun M yang mengatakan memang dia sengaja memecat dan memenjarakan Nuar Brahim, maka video tersebut di pusing, dispin dan diolah dengan begitu bangang oleh pencacai pakatan. Malangnya di kedai kopi adalah pengikut totok yang mempercayainya.
 
Posting yang Jokiden buat mengenai Polis meletakkan jawatan beramai-ramai juga suatu masa dulu diolah dan dipusing oleh bloggers pakatan haram ini.
 
Sikit hari lagi mungkin sindiran Tun M tentang OKU juga boleh menjadi Perdana Menteri pasti akan dispin dan dipusing oleh mereka sesuka hati mengikut cara yang boleh memberikan keuntungan politik kepada puak mereka.
 
Sempena melayan isu perebutan jawatan Perdana Menteri dikalangan pemimpin pembangkang ini, mari kita hayati peninggalan lama nenek moyang kita sejak berkurun dulu yang masih relevan sehingga ke hari ini. Ini bukan versi Karam Singh Vallia. Ini yang ori punya, khas untuk pakatan pembangkang. Sedikit ulasan dimana perlu kerana pencacai pakatan ni bukannya semua faham peribahasa ini.
 
Ukur baju ke badan sendiri,(Hadi, Nuar dan Karpal Singki kena fikir2lah)
Mendukung biawak hidup,(Banyak masalah yang bakal timbul)
 
Burung terbang dipipiskan lada, (Belum tentu dapat.. sama dgn kisah Hj hadi memancing ikan)
 
Anjing menyalak bukit, (Untuk penyokong tegar pakatan yang mahukan Hj Hadi jadi PM)
 
Tak tahu menari katakan lantai jungkang jungkit,( Kalah sok katalah sebab pengundi hantu, atau SPR menipu)
 
Sudah terang lagi bersuluh, (Tak yah nak tipu doh, memang Pas menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik sempit mereka)
 
Dengar guruh di langit air di tempayan jangan dicurahkan,(Jangan buat kerja ini nanti menyesal)
 
Hidung tak mancung pipi tersorong-sorang,(PKR dan DAP sah tak mahukan Hadi jadi PM, penyokong pulak yang lebih-lebih.
 
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar dengar,
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, (Jangan ikut sedap mulut je)
 
Masakan burung tempua bersarang rendah jika tidak ada apa-apa,(Kenapa DAP beria-ia sangat sokong Nuar??)
 
Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya,
 
Kalau kaya hendakkan hartanya, kalau alim hendakkan ilmunya,
Kail panjang sejengkal, jangan nak cuba lautan dalam,
 
Melepaskan anjing tersepit,
Seperti beruk mendapat bunga, (Dua-dua ni teruk ni.. "siapa suruh lepaskan saya..?? tidak mengenag budi langsung)
 
Kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih, (Ini semua pakatan terlibat)
 
Antan berlaga antan, itik dan ayam yang kekenyangan,
 
Lempar batu kemudian sembunyikan tangan, (Ini perangai PAS dan PKR)
 
Telunjuk lurus, kelingkeng berkait, (DAP ni)
 
Seperti menggunting dalam lipatan,
 
Jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepipantai,
 
Kuman di seberang lautan nampak, gajah dibibir mata tidak nampak,
 
Rumah siap pahatpun berbunyi,
 
Menang sorak tergadai kampung halaman,
 
Belum duduk sudah berlunjur,(Payah!!!)
 
Bapa borek anak rintik,
Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi jua, (Keluarga Nuar, keluarga Karpal, keluarga Kit Siang, keluarga Nik Aziz)
 
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna,(Sok Pas jangan menyesal bila dipijak2 dek DAP)
 
Tersalah menaja tersalah melarai,
 
Yang dikejar tak dapat yang (dikendung) dijinjing pula berciciran,
 
Beri betis, nak peha, beri peha nak dada, (Ini DAP ni)
 
Bersaksi ke lutut,

Nota:

Peribahasa Karam Sing... "Ibarat gagak yang hitam tidak ada siapa yang mencurahkan cat" Kah..kah..kah..

Nama pelik pemimpin luar yang jadi kawan Nuar , George Semak bekas Presiden Amerika, Bob Kereta Menteri luar Australia dan Condelezza Padi bekas Setiausaha Amerika. Hahaha.. 
 
 

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment