Sunday, November 18, 2012

Kemuncak Sokongan Nik Aziz Kepada DAP Dan PKR..

 

 
 
Hari ini semua penonton TV dapat menyaksikan betapa Nik Aziz telah terlebih lampau, maknanya kata-katanya hari ini mengatasi istilah melampau.
 
Jika ada pengikut Pas yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz tanpa beristigfar maka mereka juga bersubahat dengan Nik Aziz.
 
Tidak ada langsung rasa gementar dalam hatinya apabila dia mengatakan Ahli UMNO tidak ada agama. Dia ulang pulak kenyataan dia itu. Kita tunggu sahajalah apa nak jadi dengan beliau selepas ini. Berani, memang dia berani dan tanpa berselindung mengzahirkan betapa bencinya beliau kepada UMNO yang telah memberikan kesejahteraan kepada beliau selama ini, kepada keluarga beliau dan kepada agama bangsa dan negara.
 
Memanglah dia akan berkata kesejahteraan yang dia nikmati adalah kurniaan Allah. Semua dalam dunia ini atas ihsan Allah. Namun kesejateraan yang Allah berikan tersebut adalah atas usaha UMNO. Jika beliau berada di Gaza, taulah beliau betapa langit tinggi rendahnya. Jika beliau tinggal di Tebing Barat, mengertilah beliau betapa umat Islam di Malaysia ini amat bertuah. Kenapa Allah tidak kurniakan kesejahteraan kepada umat Palestine???
 
Hujahlah dari sudut mana sekalipun, kesejahteraan umat Islam di negara ini adalah hasil usaha UMNO. Tergamak Nik Aziz mengatakan UMNO tidak ada agama.
 
Hari ini merupakan sokongan total Nik aziz kepada DAP dan PKR apabila beliau sanggup mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa. Ada lagikah orang yang akan mengikuti beliau selepas ini.
 
Keberanian Nik Aziz ini juga memungkin Nuar Brahim dapat ilham baru dan semangat baru serta keberanian baru. Mungkin beberapa hari menjelang PRU13 kelak Nuar akan tampil di depan media massa dan bersumpah dengan beraninya bahawa semua musibah yang beliau alami adalah hasil perbuatan keji UMNO/BN.
 
Jangan terperanjat nanti sekiranya Nuar berani bersumpah untuk talian hayat terakhir untuk memusingkan undi umat Melayu di negara ini. Jokiden juga sudah membuat iltizam, jikapun Nuar berani bersumpah seratus kali, undi Jokiden dan keluarga pastinya kepada UMNO/BN juga Insyaallah.   
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

1 comment: