Tuesday, June 19, 2012

Tabiat Nik Aziz Yang Sukar Diubah...

 

Sebagai seorang 'tokoh' apa sahaja yang dilakukan atau dituturkan oleh Nik Aziz akan menjadi perhatian oleh masyarakat umum, pengikut tegar atau sekurang-kurangnya oleh ahli parti. Dia tidak boleh mengelakkan diri daripada menjadi perhatian samada oleh kawan mahupun lawan politik beliau.

Samada orang suka ataupun tidak suka kenyataan-kenyataan yang melibatkan beliau sentiasa menjadi perhatian. Dalam kebanyakan perkara beliau seolah-olah tidak peduli dengan reaksi orang lain terutamanya apabila diasak dengan soalan.

Menjadi kontroversi mungkin salah satu sifat unik beliau yang tidak ada pada pemimpin lain. Mengeluarkan kenyataan yang dianggap sensitif kepada orang lain tetapi tidak kepada beliau merupakan satu pendekatan yang selama ini menwarnai perjalanan politik beliau. Bertahan selama lebih 40 tahun dalam dunia politik juga merupakan satu pencapaian yang istimewa.

Antara kegemaran beliau ialah membuat perbandingan dalam satu-satu perkara yang berlaku hari ini dengan apa yang berlaku di zaman Rasulullah. Lihat contoh beriikut:

'Ini kerana menurut Nik Abdul Aziz, Rasulullah sendiri pernah menangguhkan ibadah haji selama empat tahun apabila hanya menunaikan ibadah tersebut pada tahun kesepuluh hijrah, sedangkan ayat mewajibkan ibadah haji diturunkan pada tahun keenam hijrah.'

Lihat pula contoh berikut:

"Kekeliruan tak boleh tinggal, zaman Nabi pun keliru, Nabi Muhammad turun dari langit, Israk Mikraj, banyak orang murtad, tu zaman Nabi wajah Nabi orang perhati (lihat), ucapan Nabi orang dengar, tapi murtad juga. Itu zaman Nabi, zaman saya pelik apa kalau orang Melayu tolak Islam."

Itu perbandingan dengan Nabi. Dia juga pernah membuat perbandingan dengan Allah semata-mata untuk menghalalkan perbuatan 'mencarut' oleh Shahnoon Ahmad dalam buku 'Shit' Patutkah dia nak membuat perbandingan antara makhluk yang dicipta dengan Yang Maha Pencipta. Hanya dia sahaja yang boleh memahaminya.

Kadang-kadang perbandingan beliau dilihat sukar diterima oleh akal seperti menyamakan kelahiran Rasullullah dengan mamat yang lahir di Hulu Kelantan.
Ada waktunya orang ramai melihat dia sebagai keliru dalam soal parti, soal Islam, soal undi dan soal akidah. Mungkin dia tidak keliru sebenarnya cuma dilihat tidak mahu membezakan soal politik dengan soal agama. 'Tidak mahu' dengan 'tidak dapat' membezakan adalah dua perkara yang berlainan.

"Ya, orang undi Islam boleh pahala, kalau tak undi Islam ini nak boleh pahala apa? Mana nak (dapat) pahala undi kebangsaan, pahala mari daripada Allah, Allah tidak anjur kebangsaan, Allah anjur Islam, saya ulang sekali lagi orang undi Islam dapat pahala," katanya

Apakah dia bermaksud parti politik dengan Islam itu adalah sama??? Apakah Islam itu hanya milik PAS sahaja??. Kadang-kadang dia bercakap lain dan yang dia maksudkan lain.

Kita juga hendak bertanya jika yang bertanding tersebut satu lawan satu antara calon BN yang beragama Islam calon DAP, katalah di Menggatal Sabah, Nik Aziz nak suruh undi siapa??. Jika undi calon DAP yang sah kafir apakah masih dapat pahala. Ini akan jadi isu besar nanti. Lainlah kalau calon DAP itu beragama Islam dan calon BN tidak Islam, senanglah dia nak buat fatwa. Macam yang berlaku dulu-dulu, nak masjid atau nak kuil??

Kegemaran atau tabii beliau yang seterunya ialah perkatan 'itu dia punya pasallah..' Apakah perkataan tersebut selayaknya dituturkan oleh seseorang yang dianggap ulamak?? Ini sering diungkapkan oleh beliau apabila terus didesak dan diasak dengan soalan. Perkataan tersebut melambangkan rasa marah di dalam hati atau di dalam dada. Soalnya bolehkah ulamak selalu marah-marah2??. Lihat contoh di bawah iaitu dalam soal sokongan beliau terhadap menangguhkan menunaikan ibadah haji walaupun perkara tersebut tidak dipersetujui oleh para ulamak yang lain.

"Ya saya mempertahankan, dia tak setuju dia punya fasal, tapi kita ada hujah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 20 Tahun Ar-Rahn di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.  

Pengikut beliau dan ahli PAS tentu ada yang tidak bersetuju dengan beliau dalam hal-hal tertentu tetapi mereka tidak berani untuk menyuarakan bantahan ataupun tidak tergamak untuk mengguris hati beliau kerana kedudukan beliau yang tinggi dalam parti. Soalnya sampai bila??

Tidak lama dulu dia beria-ia hendak bermuzakarah dengan UMNO, apabila Hj Hadi membantah dan tidak bersetuju dengan hasrat dia, maka apabila wartawan mengingatkan beliau bahawa Presiden parti tidak bersetuju diapun berkata:

"ITU DIA PUNYA PASALLAH" Hahaha..


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

1 comment: