Friday, November 16, 2012

Retorik Terkini PAS


Tak habis lagi rupanya retorik dan putar belit Dewan Ulama Pas ini. Terbaru dalam ucapannya Harun Taib sebagai Chief Ulama telah menyarankan 'AKAN' melaksanakan hudud 'SEKIRANYA' pakatan mendapat majoriti dan rakan pakatan menyokong mereka di Parlimen.
 
Mimpi disiang harilah mereka sekiranya DAP dan PKR hendak menyebelahi mereka. Namun si Harun Taib ni cakap beralas juga, hudud dilaksanakan sekiranya rakan mereka bersetuju, jika tidak bersetuju tak adalah, ikutlah apa yang ada sekarang ini.
 
Hahaha.. pakatan kan ada falsafah baru untuk menipu rakyat iaitu "Bersetuju untuk tidak bersetuju" Sebenarnya ahli Pas yang waras telah sedikit demi sedikit pergi meninggalkan Pas kerana tidak tahan melihat Pas dihina oleh rakan mereka sendiri iaitu DAP dan PKR.
 
Yang tinggal di dalam Pas hanyalah pemimpin mereka yang berkepentingan. Datang menyertai Pas ialah mereka yang inginkan gelaran sebagai 'ustaz' mee segera. Tidak perlu bersusah payah menuntut ilmu berpuluh tahun, masuk sahaja Pas, pergi ceramah sekali dua, kutuk UMNO, tukar pakaian dengan yang lebih longgar atau lusuh, jangan cukur janggut, sah akan dipanggil ustaz selepas itu. bagitu juga dengan panggilan 'ustazah' pra syarat mestilah berani mengutuk UMNO.
 
UMNO lama dah melaksanakan syariat Islam dalam negara ini mengikut lunas-lunas demokrasi seperti yang Harun Taib inginkan ini. Seluruh dunia mengakuinya kecuali Karpal Sinki dan Pas.

Hukum Hudud Akan Dilaksanakan

Harun Taib ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Pusat Kali Ke-51 di Perdana Resort, Kota Bharu, semalam. Turut kelihatan timbalannya, Datuk Ahmad Yacob (kiri).
 
 
KOTA BHARU 15 Nov. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menjelaskan, pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum nanti.
 
Beliau berkata, sekiranya Pas mendapat majoriti dalam Parlimen, undang-undang berkaitan hukum hudud akan dibentangkan dan sekiranya mendapat sokongan serta diluluskan ia akan menjadi undang-undang negara.
 
"Dalam pakatan kita sudah bersetuju secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud, tetapi syariat Islam itu akan dilaksanakan bila kita berjaya untuk mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia, tapi syariat Islam itu akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi.(Utusan Hari Ini)

Di bawah ini pula adalah arahan dan keputusan Pas yang paling dungu dalam dunia ini. Nuar Brahim semasa dalam UMNO dulu pernah berkali-kali menemplak Pas yang bekerjasama dengan DAP demi untuk mendapatkan kuasa dan menghancurkan kuasa UMNO. Tetapi biasalah, lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang.

Biasalah juga Pas akan mencari nas-nas dan hadis yang boleh menghalalkan perbuatan mereka. Sebab itu dulu UMNO mengatakan Pas membaca ayat-ayat Quran tidak habis apabila mengkritik kerjasama UMNO MCA. Mereka membaca separuh dan menyembunyikan separuh. Perbuatan mereka tersebut amatlah mungkar.

Baru-baru ini Hj Hadi pula mengatakan dia baru habis mengaji dan baru mengetahui bahawa kerjasama dengan DAP itu dibolehkan. Mampussssss Pas selepas ini.

 

Ahli Pas diarah undi calon DAP, PKR

 
KOTA BHARU 15 Nov. - Pas yang memilih bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencapai matlamat politiknya, mengarahkan ahli-ahli parti itu supaya mengundi calon-calon bukan Islam dalam kalangan pakatan pembangkang.
 
Keputusan itu dibuat hasil ijtihat ulama Pas yang mendakwa merujuk kepada al-Quran dan hadis, membenarkan tahaluf siyasi dengan parti-parti lain dengan syarat-syaratnya sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihan raya.
 
Serentak itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, tugas ulama dalam Pas adalah untuk memberi penjelasan perkara tersebut kepada ahli-ahli parti menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis.
 
"Dalam masa yang sama juga ulama perlu sentiasa prihatin dengan syarat-syarat tahaluf siyasi yang digariskan.(Utusan Malaysia hari ini)

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

1 comment:

  1. Jang,
    Geng lalat hijau ni tak tahu hala tuju dan matlamat perjuangan masing-masing dah tapi yg pasti sekarang ni mereka dah jadi keldai tunggangan DAP dan PKR.Menarik juga perkembangan la ni akar umbi telah berani bersuara tetapi den raso sampai setakat tu je,lopeh tu kono gam.

    ReplyDelete