Nuar mengeluarkan kata-kata di atas pada 7 februari 1995 di Universiti Malaya.
Benarlah seperti yang selalu orang cakap iaitu dunia politik ini adalah dunia yang serba kemungkinan. Bagus juga Utusan Malaysia ini menyiarkan kembali apa-apa yang pernah diucapkan oleh Nuar suatu ketika dahulu sebagai ingatan kepada rakyat.
Adakah ini juga putar belit Utusan atau fitnah berniat jahatttttttttttttttt!!!! arahan UMNO?? Jika ini fitnah, apa lagi Nuar, samanlah Utusan Malaysia, tuntutlah billion-billion, boleh buat belanja PRU13.
Kata-kata di atas sudah tentu ditujukan kepada Mat Sabu, yang kini Timbalan Presiden Pas yang tidak bertaraf Ulama'. Patutlah Mat Sapu juga ketika itu juga sibuk menggelarkan Nuar ni sebagai Al-Juburi. Marah sangat antara satu sama lain.
Lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang. Kini mereka berdua demi mengejar kuasa politik sanggup melupakan segala luka lama, krisis lama, gelaran lama, kutukan lama dan sanggup duduk bersekongkol dengan DAP untuk melenyapkan parti keramat Orang Melayu iaitu UMNO.
Jasa UMNO sangat besar kepada Nuar dan Mat Sapu, tetapi apa mereka kisah, apa mereka peduli, yang penting kerjasama mereka bakal meletakkan mereka di Putra Jaya.. jauh panggang dari api.
Apapun kata-kata Nuar seperti di atas sebenarnya menjadi amalan keseluruhan pemimpin pakatan pembangkang hari ini tidak kiralah mereka berfahaman sekular, pluralisme atau ulamak. Sama sahaja.
Nuar sudah mengingatkan jangan beri peluang kepada pemimpin seperti ini kerana jika mereka memerintah kelak mereka bebas buat salah dan ada orang lain yang pertahankan mereka.
Ish..ish..ish.. kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Hari ini pemimpin pembangkang tidak takut dan tidak rasa segan silu untuk melakukan segala kemungkaran termasuk kemungkaran akidah kerana mereka tahu pasti ada pemimpin pembangkang yang bakal mempertahankan mereka kelak.
Hj Hadi buat silap, Nuar akan pertahankan. Nik Aziz terlanjur cakap, lagi ramai yang akan bersuara untuk mempertahankan hujah dangkal beliau. Nuar Brahim terlanjur kata dan perbuatan, maka berduyun2lah pemimpin pembangkang mempertahankan dia. Tidak cukup hujah maka mereka akan menghalakan segala kesalahan kepada TV3 atau Utusan Malaysia. Cakap sahaja surat khabar putar belit, cakap sahaja TV3 sibar fitnah, habis cerita. Lepas tu tohmahkan sikit DS Najib dan DS Rosmah Mansur, lenyaplah cerita mereka.
DAP menghina Islam berbuih mulut pemimpin pembangkang untuk menghalalkan perbuatan mereka, sambil mengatakan tidak mengapa kerana DAP tidak faham Islam. MCA menghina Islam berbuih juga mulut mereka melalak menuntut itu ini.
Pemimpin UMNO dituduh merogol amah, tak cukup kertas mereka menulis. Tidak cukup pentas ceramah mereka mencaci. Tidak perlu bukti 4 orang saksi melihat anu keluar masuk, terus sahaja hukuman dijatuhkan. Besi boleh jadi bahan bukti. Terkena kepada pemimpinm mereka siang malam mereka mintak bukti 4 saksi. Osah dungu ea puak-puak pembangkang ni.. tak dapek nak nolong ea doh.
Nurul Izzah terlanjur kata, bermulut celupar, Pas pulak yang sibuk memperthankan beliau. Nuar sudah kata, bahaya macam tu, tetapi dia orang pertahankan juga. Orang lain yang bermulut celupar orang lain pula yang pemimpin pembangkang suruh bertaubat.
Itu nasib pemimpin pembangkang. Bagaimana pula dengan nasib pengikut mereka????
Itu nasib pemimpin pembangkang. Bagaimana pula dengan nasib pengikut mereka????
Jika pengikut marhean mereka melakukan kesilapan atau terlanjur, maka seboleh mungkin mereka akan cuba menafikannya dengan mengatakan yang melakukan itu bukan ahli mereka sebaliknya ahli UMNO yang menyamar sebagai ahli mereka. Mereka akan cuba menegakkan benang yang basah walaupun sukar.
Kesian ahli Pas, yang berbaring atas jalan dihadapan kereta Pemangku Sultan Perak suatu ketika dahulu tidak diakui sebagai ahli Pas, Muslimat Pas yang menjerit-jerit dan melolong di perkarangan Mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari tidak diakui sebagai ahli Pas.
Kesian ahli Pas, unit amal yang menjaga pesta LGBT di Dataran Merdeka tidak diiktiraf sebagai ahli Pas sebaliknya dikatakan pemuda UMNO yang menyamar. Kesian Ahli Unit Amal Pas, walaupun beruniform dan berjasa dalam merempuh pagar polis di dataran Merdeka dikatkan pula ahli UMNO yang menyamar untuk merosakkan nama baik Pas yang memang telah rosak tersebut.
Banyak lagi contoh jika hendak disebutkan di sini, dimana sekiranya tindakan ahli marhean tersebut tidak menguntungkan mereka, jangan haraplah mereka akan mendapat pembelaan, malah mereka akan dianjing kurapkan oleh pemimpin mereka. Inilah perangai pemimpin pembangkang dulu, kini dan selamanya. Terimalah hukuman rakyat dalam PRU13 kelak..
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment