Thursday, November 15, 2012

Mampussssssssss!!!!



Azizan kata masih ramai ulamak dalam kepimpinan PAS, mana??
 

 

Teruk betul kepimpinan PAS di belasah kiri kanan oleh para perwakilan yang menghadiri Muktamar PAS kali ini. Daripada ketua pemudanya, dewan muslimah sehinggalah ke Ketua Dewan Ulamak, semuanya kena sesah.
 
Pelbagai isu kelemahan PAS yang mereka utarakan kerana tidak berpuas hati dengan situasi sekarang ini. Apakah maknanya semua itu?? Well PAS sekali lagi telah ditimpa musibah. Mampus PAS selepas ini.
 
Lidah rasmi PAS iaitu Harakah pun turut dikecam hebat dan digambarkan lebih memutar belitkan fakta daripada Utusan Melayu dan TV3. Amik kau wahai PAS.
 
Semua itu mungkin disebabkan oleh persekongkolan PAS bersama DAP dan PKR untuk menjahanamkan masa depan Orang Melayu. Ucapan Nasrudin pula disifatkan sebagai tiada Ummpphh!!! oleh para perwakilan.
 
"Tidak ada satu teguran pun diberikan kepada negeri-negeri pakatan pembangkang. Adakah negeri yang kita perintah menjadi negeri maksum, negeri yang tidak ada silap," Itu antara kata-kata perwakilan pemuda PAS.

Resolusi 11 perkara Wacana ahli akar umbi PAS dianjing kurapkan oleh pemimpin PAS. Pemuda PAS juga menolak sebulat suara Bersih 4. Hahaha..

Pemimpin PAS biasalah, cuba memperlekehkan suara akar umbi mereka dengan mengatakan semua itu tidak penting, yang penting kini ialah matalamat untuk ke Putra Jaya. Segala-galanya yang penting kini ialah kuasa dunia ini. Pedulilah dengan segala kemungkaran yang PAS lakukan bersama rakan sekutunya asalkan mereka berjaya memenangi PRU13 dan berjaya merampas Putra Jaya daripada UMNO/BN.
 
Apa nak berlaku kepada agama bangsa selepas mereka merampas Putra Jaya kelak mereka tidak peduli. Putra Jaya juga mungkin mereka lelong seperti hasrat mereka selama ini.
 
Mereka sanggup menjadi khadam DAP dan PKR asalkan cita-cita untuk ke Putra Jaya tercapai. Jika mereka gagal kelak mereka akan meroyan dan menyalahkan semua pihak kecuali diri mereka sendiri. Mereka juga akan menyalahkan takdir, Kadak dan Qadar kelak. Tengoklah nanti.
 
Sebenarnya kritikan ahli-ahli akar umbi PAS ini adalah antara musibah yang PAS terpaksa hadapi akibat terlalu menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik sempit mereka. Benci kepada UMNO tetapi sanggup pula bersekongkol dengan DAP, maknanya PAS sentiasa berada dalam jemaah yang terang nyata sesat. Terimalah balasan seperti yang dihamburkan oleh para perwakilan.
 
Balasan yang lebih besar bakal menyusul iaitu rakyat atas pagar yang beragama Islam akan menolak PAS dalam PRU13 kelak kerana hilang keyakinan terhadap kesungguhan PAS untuk membela Islam.
 
Nak membela Islam macam mana jika segala kemungkaran yang dilakukan oleh rakan sekutu PAS mereka pekakan telinga sahaja. Ada pula kemungkaran yang mereka bela dan pertahankan tanpa segan silu dan untuk menutup segala kecelaruan tersebut mereka halakan pula kecaman mereka kepada pihak ketiga seperti Utusan Malaysia dan TV3. Namun hendak mengutuk atau menyanggah rakan kongsi tidak sekali-kali. Begitulah kerdilnya jiwa pemimpin PAS bila berhadapan dengan DAP dan PKR.
 
Jika dengan UMNO bukan main lagi hiruk pikuk mereka. Daripada pemimpin kecil sehingga pemimpin besar semuanya melalak dan ingin menjadi hero. Ingat rakyat tidak boleh menilai ke semua itu. Habislah PAS selepas ini, balik ke asallah nampaknya. Perjuangan PAS sebenarnya tidak direstui.
 
 
 
AGAK-AGAKNYA BERAPA PENDAPATAN BULANAN KETUA PEMUDA UMNO DAN BEREPA BANYAK HARTA YANG DIA ADA PULA...?

#TumbangBN
KETUA PEMUDA PAS ISTIHAR PENDAPATAN, SIMPANAN

Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengejutkan seluruh perwakilan apabila mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat di sini, malam ini.

"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut.

"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya.

Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap.

Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru.

"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.

"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya.

"Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia," tambah beliau disambut laungan takbir oleh seluruh perwakilan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu malam tadi turut memberikan komitmen beliau dan pemimpin Pas untuk mengisytiharkan harta masing-masing menjelang pilihan raya umum.

P/S : Terbaik nak dengar pulak KETUA PEMUDA UMNO ISTIHARKAN PULAK....ada telur tak???

@[100000511243798:2048:Muhammad Amir],
@[100001330551021:2048:Ir Art],
@[100000091568164:2048:Bumi Putra Berjaya II],
@[1293639613:2048:Mahani Bte Masban],
@[820759878:2048:Shamsul Anuar],
@[100000227643194:2048:Mohd Fadil],
@[100000721773791:2048:Ila Comel],
@[1069494088:2048:Jilbab Putih],
@[100001810841757:2048:Kasturi Putih],
@[100000086916630:2048:Pak Tam],
 

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment