Tuesday, November 13, 2012

Siapa Lagi Yang Belum Mendapat Perhatian PM?


12.11.12
 

 
 
 
Sejak mengambil alih teraju pemerintahan negara dan memperkenalkan kongsep 1Malaysia, dengan pelbagai agenda transformasi, rasanya dalam tempoh tiga tahun ini Perdana Menteri telah berjaya mendekati golongan sasaran tanpa mengira latar belakang fahaman politik. 
 
Jelas, beliau amat bertungkus lumus tanpa mengira waktu dalam melaksanakan tanggung-jawab berat yang terpikul ke atas bahu beliau. Bukan sedikit cabaran yang beliau tempuhi.  Ada waktunya kita sendiri merasa lemas dengan pelbagai serangan peribadi oleh puak pembangkang, namun PM masih kelihatan tenang menghadapi itu semua.
 
Dalam tempoh yang singkat ini, dengan serba kekurangan dan kelemahan parti dan negara beliau sedaya mungkin telah berusaha untuk memulihkan keadaan.
 
Kegawatan politik tanah air dan kegawatan ekonomi dunia merupakan dua elemen yang tidak memihak kepada beliau. Syukurlah beliau dapat mendepaninya dengan penuh berhemah dan kebijaksanaan.
 
Tuntutan-tuntutan kaum-kaum minoriti di Malaysia saaat ini terpaksa beliau layani walaupun ada kalanya tidak masuk akal. Tindakan beliau seperti menarik rambut di dalam tepung. Rambut jangan sampai putus dan tepung pula jangan sampai berserakan.
 
Golongan cerdik pandai yang agak skeptikal dengan perlantikan beliau dulu kini telah menerima seadanya beliau sebagai Perdana Menteri yang mempunyai visi dan misi yang jelas ke mana negara ini henda dipandunya.

Golongan agama yang suatu waktu dulu terpengaruh dengan dakyah pembangkang kini telah semakin menghormati beliau.

Peneroka Felda dulu kini dan selamanya berpihak kepada beliau biarpun seribu tohmahan dihamburkan kepada beliau. Keluarga Felda terus mendapat pembelaan beliau dari semasa ke semasa.

Golongan Nelayan, Petani dan Penternak mendapat habuan masing-masing, bukan sahaja menerusi bantuan berupa peralatan, dana tetapi juga jaminan masa depan menerusi insuran berkelompok.

Golongan pelajar samada seawal usia 3 tahun sehinggalah ke peringkat tertinggi untuk menjadi doktor falsafah, semuanya tidak terlepas daripada perhatian beliau.

Menerusi pakej rangsangan ekonomi semua golongan peniaga daripada penjual goreng pisang sehingga ke perniagaan perkapalan yang bernilai berbillion ringgit telah merasai nikmat. Komplek membeli belah yang menjual barang berjenama terus segar dan dikunjungi oleh orang ramai saban hari tanpa merasai kesan kegawatan ekonomi dunia.

Penjual petai dan pucuk pegaga masih mampu menjual hasil tani mereka dengan harga yang mahal walaupun melalui ekpo di Pasar Tani.

Penjual air oren atau karipap di bawah tangga di komplek beli belah di Kuala Lumpur mampu meraih ribuan ringgit setiap hari.

Sogo 13.11.12
 

Harga komoditi seperti sawit dan getah yang agak tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini membolehkan penduduk desa membanjiri pusat-pusat peranginan setiap hujung minggu. Pahang  kini telah jauh mengatasi negeri-negeri yang suatu waktu dulu mendominasi pendaftaran kenderaan bermotor kerana kemampuan rakyat Pahang dari segi kuasa beli telah meningkat dengan ketara.

Jualan kenderaan di sebalik pelbagai sekatan oleh pihak institusi kewangan masih mampu meningkatkan jualan.

Penjawat awam daripada yang beruniform dan berpakaian biasa semuanya kelihatan selesa dengan PM. PGA, Polis, Tentera, Wataniah, Bomba dan Penjara menerima pengiktirafan yang sewajarnya.

Warga pendidik berkali-kali menerima durian runtuh menerusi semakan kenaikan pangkat dan gred perkhidmatan.

Pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM3.000 menerima saguhati BR1M 1 dan 2. Ini melibatkan jumlah yang besar iaitu hampir 5 juta orang termasuk yang mendakwa pemberian itu sebagai haram dan rasuah tetapi mereka tetap mengambil dan menggunakannya. Jelaslah mereka tidak takut makan duit rasuah.

Pemandu teksi dan golongan karyawan tidak dilupakan dengan geran bantuan atau dana yang disediakan untuk kemudahan mereka.

Tidak berlaku di mana-mana dalam dunia ini kaum Cina dan India mendapat pembelaan sepert yang mereka nikmati di Malaysia ini. Bahasa ibunda juga masih boleh dikekalkan di sekolah rendah.

Lalu golongan mana lagi yang masih tidak berpuas hari dengan kerajaan yang diterajui oleh UMNO/BN ini? Golongan agama? golongan sekular? golongan orpotunis? golongan yang kemaruk kuasa? golongan bankrap politik? golongan koperat? golongan bangsawan? golongan muda, pertengahan atau veteran?

Mungkin setiap golongan itu ada wakilnya yang sentiasa tidak berpuas hati dengan kerajaan. Jumlah mereka tidak sebesar mana, namun hiruk pikuk mereka kelihatan gah sepanjang masa. Golongan inilah yang sentiasa mencari salah silap kerajaan walau sekecil mana sekalipun akan cuba diputar belitkan sebagai alat penghasut yang berkesan.

Mereka tidak mempunyai kekuatan dari sudut mana sekalipun untuk menandingi kejayaan UMNO/BN selama ini lalu mereka mengguna pakai kaedah hasut dan semai budaya kebencian yang keterlaluan serta mengujudkan persepsi negatif sepanjang masa.

"Malaysia tidak selamat, undilah pakatan, ubahlah untuk selamatkan Malaysia" Itu antara slogan pembangkang terutamanya PAS. Di mana tidak selamatnya Malaysia ini hanya orang PAS yang tahu.

Orang PAS tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada di negara ini. Mereka termasuk ke dalam golongan orang2 yang dimurkai. Mereka kaya raya, senanng lenang, bergaya, bebas berbicara, bebas berniaga, bebas melakukan ibadat dari subuh hingga ke subuh dan bebas berkahwin dua tiga, namun mereka sudah tertulis agaknya bahawa mereka adalah contoh umat yang tidak tahu bersyukur.. 
 
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment