Hairan juga apabila Pas membenarkan Utusan Malaysia membuat liputan di Muktamar Pas yang ke 58 ini. Selalunya Pas dan DAP asyik 'menghalau' je jika ternampak wartawan Utusan melilau dalam majlis mereka.
Nampak sangat yang Pas inginkan bantuan Utusan Malaysia untuk memberikan publisiti kepada muktamar mereka kali ini.
Sejak dua tiga hari ini akhbar Utusan Malaysia nampaknya macam goreng pisang panas. Lakuuu!!! dan laris. Rakyat yang inginkan lapuran sebenar mengenai sesuatu berita pastinya beralih atau mencari akhbar Utusan Malaysia.
Di kala akhbar lain masih bertimbun di galeri kedai buku atau kedai runcit, akhbar Utusan Malaysia telah kehabisan stok.
Semakin puak pakatan mencaci Utusan semakin popular pulak Utusan Malaysia. Semakin dibuat usaha untuk memboikot Utusan Malaysia, semakin rakyat berlumba-lumba pula untuk mendapatkan akhbar tersebut setiap hari.
Ini semua menjadi bukti bahawa akhbar ini tetap diyakini sebagai sumber berita dan malanglah jika puak pakatan terus-terusan untuk memboikot akhbar ini.
Tambahan dalam Muktamar pemuda Pas kali ini sudah ada perwakilan yang bersuara lantar dengan mengatakan Akhbar Harakah lebih hina dari Utusan Malaysia. Harakah lebih putar belit dari Utusan Malaysia. Harakah lebih penipu dalam lapurannya. Harakah lebih banyak cerita pasal kepimpinan rakan sekongkolan Pas. Harakah lebih pentingkan duittttttttt!!!. Itu kata suara akar umbi Pas sendiri.
Harakah mungkin hanya layak dibaca oleh monyet. Harakah agaknya hanya layak dijadikan alas duduk untuk monyet bersantai. Itu sebab jika nak berbohongpun hanya sekali sekala, jangan sepanjang masa kerana akhirnya tembelang sendiri akan pecah juga.
Akibat Harakah dikutuk hebat maka Presiden Pas terpaksa pula membela Harakah dan barisan pengarangnya. Bagi Hj Hadi apa yang dipaparkan oleh Harakah adalah yang sepatutnya dilakukan oleh sebuah akhbar parti pembangkang. Hahaha..
Sebenarnya usaha untuk memboikot Utusan Malaysia ini sudah dilakukan sejak dulu lagi. Sebabnya mudah sahaja iaitu pembangkang tidak mahu rakyat mendapat cerita atau kisah sebenar. Pembangkang hanya mahu rakyat mendengar cerita atau lapuran sebelah pihak sahaja.
Pembangkang tidak mahu penyokong mereka terpengaruh dan akhir lari meninggalkan 'perjuangan' mereka apabila telak mengetahui duduk sebenar sesuatu perkara tersebut. Itu sahaja. Namun penyokong tegar pembangkang 'berbulu' juga apabila mengetahui bahawa pemimpin mereka semuanya membaca Utusan Malaysia. Tidak kiralah dapat secara percuma atau membelinya. Yang pasti mereka membaca Utusan Malaysia untuk bahan berita dan untuk modal ceramah.
Perbuatan pemimpin pembangkang tersebut samalah macam seorang ayah melarang anaknya membeli nombor ekor tetapi secara senyap atau sembunyi dia sendiri selalu ke kedai nombor ekor.
Sebenarnya lapuran Utusan Malaysia adalah benar dan tepat. Jika ada pihak yang menang dalam saman mereka terhadap Utusan Malaysia itu bukan bermakna lapuran itu tidak tepat, ianya sekadar kesilapan teknikal dalam lapurannya.
Pembangkang cuba sedaya mungkin untuk mengujudkan persepsi bahawa lapuran Utusan semuanya auta, tidak betul. Mereka hanya nak wujudkan sentimen kebencian semata-mata supaya suhu kemarahan rakyat naik.
Tahniah Utusan Malaysia dan warga Utusan kerana dua hari ini akhbar kalian larissssssssss!!!
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment