Sunday, November 11, 2012

Mat Sabu Harus Terima Hakikat.. Eloklah Ubah Diri..


Nak kena Zizan ni...
  

Hari ini Timbalan Presiden PAS iaitu Mat Sabu (Mat Sapu) harus bermuhasabah diri. Menjadi pemimpin dalam sebuah parti yang berlatar belakangkan 'Islam' tetapi dia sendiri tidak mempunyai pendidikan yang berteraskan Islam, merupakan satu kekurangan bagi beliau.
 
Mat Sabu harus juga menerima hakikat bahawa dia menang secara tidak sengaja. Jika pertandingan satu lawan satu sudah tentu Timbalan Presiden PAS masih dipegang oleh seseorang yang berlatar belakangkan pendidikan Islam atau ulamak.
 
Melalui siaran berita sebentar tadi jelas Menteri Besar Kedah mengatakan "Dalam PAS masih ramai Ulamak, Presiden PAS ulamak, Mursyidul AM ulamak, yang tidak ulamak hanyalah Timbalan Presiden PAS..."
 
Itu kata-kata Menteri Besar Kedah yang mungkin seolah-olah batu besar menghempap kepala Mat Sabu. Adoiiii!!! Pening!!!!
 
Walaupun Mat Sabu mendapat sokongan Nuar Brahim dan yang sealiran dengan dia, namun kebanyakan ahli PAS akar umbi ramai yang tidak berpuas hati dengan pemilihan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Namun seperti kata-kata lunak Azizan Razak, kalau semua Ulamak, tetapi tidak berfungsi, tak guna juga.
 
Sebenarnya ramai lagi di dalam PAS yang bukan merupakan ulamak, namun Azizan memilih Mat Sabu untuk dijadikan contoh. Mungkin ada sesuatu yang tersirat yang ingin beliau sampaikan. Mungkin jika PAS mengalami nasib malang dalam PRU13 kelak, salah satu sebab mungkin akan diletakkan ke atas bahu Timbalan Presidennya.
 
Azizan tidak harus lupa bahawa Timbalan Presiden mereka adalah orang kesayangan DAP sehinggakan diberi tanggung-jawab penting dan dibayar elaun di Pulau Pinang. Lim Guan Eng banyak terhutang budi dengan Mat Sabu. Siapakah pemimpin PAS yang berada di Plaza Tol Air Keroh menyambut pembebasan Guan Eng daripada penjara suatu waktu dulu kalau bukan Mat Sabu.
 
Azizan harus berhati-hati dalam memberikan komen terhadap Mat Sabu jika tidak mahu terus-terusan di serang oleh kelompok Nuar dan Guan Eng. Bercakap jangan sesedap mulut sahaja.
 
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

5 comments:

  1. Islam mmg nak muka & perangai timbalan yg x bole blah agaknye.. Puii..

    ReplyDelete
  2. korang pon kena terima hakikat yg mat sabu telah menang sbg timbalan presiden kerna ahli yg undi beliau.kerna itu lah namanya demokrasi.sikap dengki org2 melayu sejak zaman hang tuah lagi.lebih2 lgi umno xdpat duit xdpt undi.melayu umno kena berubah....

    ReplyDelete
  3. UMNo berubah dah tetapi PAS pulak makin teruk, dalam pemilihan yang lalu Husam Musa dan Nizar Jamaluddin banyak betul gunakan wang..

    ReplyDelete
  4. Kemungkaran dan kemunafikan PAS terserlah dengan sendirinya akibat berdusta selama lebih 60 tahun.Hudud dan qisas jadi bahan meraih undi.Ayat-ayat Allah dan hadith-hadith Nabi SAW jadi penutup kemaksiatan dan kekufuran kepada Allah serta menunjuk-nunjuk kewarakan sesama manusia.PAS sehebat dan semungkar Abdullah Ibnu Saba.

    ReplyDelete
  5. Saranan Anselmo adalah tepat dan tidak dapat disangkal lagi, ramai pengikutnya tertipu. PAS akan menerima musibah.

    ReplyDelete