Monday, May 14, 2012

Kah!!! Kah!!! Kah!!! Kah!!!..Tak Lawak Ke Ni..??




Jokiden pernah menulis dalam blog ini bagaimana Khalid Samad dan Dr Rani terguling-guling meraung kerana ceramah mereka tak dapat sambutan, sementara ceramah Dr Hassan Ali terus dihadiri oleh ribuan orang.

Kini giliran Dr Hassan Ali pulak yang terguling-guling tetapi bukan meraung, sebaliknya ketawa terbahak-bahak bila membaca laporan Utusan Malaysia. Dia ingat selama ini hanya Maopoozzz Bean saja yang pandai melawak, rupanya Khalid Samad juga tidak kurang hebatnya. Mari baca laporan akhbar di bawah ni: 

Pas tetap mahu hudud walau DAP bantah


SHAH ALAM 13 Mei - Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud di negara ini meskipun mendapat bantahan daripada rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, walaupun mereka sekutu, tidak bermakna Pas tidak boleh menyatakan prinsipnya untuk melaksanakan hudud tersebut.

"Yang paling penting ialah Pas teruskan usaha untuk mendapatkan sokongan masyarakat termasuk menerangkan isu sebenar mengenai agenda bagi melaksanakan hudud," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. (Berpuluh tahun asyik nak menerangkan sahaja..)

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang membidas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung cadangan Pas yang mahu melaksanakan hudud.

Malah kata Karpal, Pas tidak berhak bercakap bagi pihak pakatan pembangkang bahawa mereka akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah negara. (Berita penuh dlm Utusan malaysia 13/5.) 


 
Khalid ni tak payahlah bercakap pasal hudud PAS itu. Nanti bukan Hassan Ali seorang yang gelak terguling-guling, orang ramai juga akan ikut terguling-guling nanti. Silap hari bulan orang PAS sendiri akan terbahak-bahak... kah..kah..kah..kah. kih..kih..kih..kih..

Kalau dia bercakap pasal gereja DUMC tu ok, pasal arak yang berlambak di Selanor, dirampas dan dipulangkan balik itu ok. Kalau dia bercakap pasal penggunaan kalimah Allah oleh penganut lain pun masih ok. Pasal hudud tak payah cakaplah.. Semua orang dah tau, orang kampungpun dah tau.

Samada dapat kuasa atau tidak dapat kuasa PAS TIDAK akan melaksanakan Hukum Hudud. Soheh. Tak yah nak tipulah, tak yah nak kelentong dan tak yah nak putar belit ayat. Sebabnya mudah iaitu PAS melihat hukum hudud dari sudut kepentingan politik parti BUKAN dari segi kepentingan hukum Allah swt. PAS asyik nak membuat penyesuaian.

Rakyat faham dah..SETIAP kali nak pilihanraya kisah hudud PAS inilah yang diulang-ulang. Akan dicari ruang untuk memasukan agenda hudud ini dalam kempen PAS. Dari Hj Hadi, Nik Aziz hinggalah ke pemimpin bawahan, jika bercakap pasal hudud pasti akan diketawakan orang. Tapi orang PAS suka jugak mendengar versi terbaharu hudud PAS ini setiap kali musim PRU. Macam orang suka tengok cerita P Ramlee lah. Musang Berjanggut ke, Madu Tiga ke atau Hj Bakhil ke, Astro ulang beratus kali, semua generasi tetap meminatinya.  

Keadilan yang diterajui dan dilaksanakan oleh UMNO/BN ini sudah cukup baik dah untuk rakyat dan untuk semua kaum. Kini ditambah lagi dengan transfomasi yang diperkenalkan oleh PM DSN, lagi menyenangkan rakyat. Kongsep 1 Malaysia telah dapat diterima dengan baik dan sebarang kelemahan yang dikenal pasti akan terus diperbaiki.

Sejak berpuluh tahun dahulu pembangkang di Malaysia ini kebanyakannya bercakap merapu. Eloklah berhenti dari merapu. Merasa malulah sikit kepada pengikut, kepada rakyat, kepada keluarga dan kepada negara luar. Akhirnya merasa malulah kepada Allah. Malu adalah sebahagian daripada iman.

Dari usia muda hingga sudah lanjut usia, eloklah berhenti merapu, berhenti membuat fitnah dan berhenti membuat kezaliman. Zalim sebenarnya mencakupi keseluruhan aspek kehidupan. Tidak langsung mengenag budi dan tidak langsung bersyukur atas segala nikmat adalah juga zalim.


Belajarlah untuk menjadi pembangkang yang berintergriti dan berkredibiliti.

No comments:

Post a Comment