Tolong bagi tip sikit..tuan, macam mana nak tawan Johor Ni..
Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek beberapa hari yang lalu telah membuat kenyataan seperti yang disiarkan di TV. Dia mengatakan bahawa DAP telah mula menjual minyak senyonyong di Johor dan memberitahu masyarakat Cina bahawa Johor akan diketuai oleh seorang MB dari keturunan Cina sekiranya Pakatan Haram berjaya merampas Johor.
Modal murahan tersebut mula dijaja oleh DAP menjelang PRU13 ini dengan harapan ia akan menaikan darjah sokongan pengundi Cina kepada calon-calon daripada pakatan terutamanya PAS bagi memenangi lebih banyak kerusi kelak. Ini satu penipuan dan pembohongan dan mengikut Soi Lek Johor akan tetap mempunyai Menteri Besar dari kaum Melayu.
Telah diketahui umum bahawa pengundi kaum Cina lebih mementingkan kestabilan dalam sesebuah kawasan tersebut demi kelangsungan aktiviti ekonomi yang mereka kuasai. Dalam erti kata mudahnya kaum Cina akan menyokong parti yang kuat dan tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah politik jalanan. Kaum Cina pastinya tidak memberikan undi kepada parti yang lemah.
Majoriti di Johor ialah pengundi memihak kepada BN kerana BN dilihat kuat dan mampu menjaga kestabilan, keharmonian dan mampu menjana perkembangan ekonomi. Kaum Cina di sana lebih memihak kepada calon BN, tidak kira dari parti MCA, MIC, PPP, Gerakan mahupun UMNO. Sebab itu Parlimen Johor Baru hingga ke hari ini mampu dipertahankan dan kekal milik BN menerusi calon dari UMNO.
Perancangan disatu pihak lagi ialah untuk meletakan calon MB dari keturunan Melayu tetapi dari PAS ataupun PKR. Keseriusan PAS nampaknya mengatasi parti lain dan PAS mendahului dalam tindakan mereka dengan mengunjungi pemimpin mentor di Singapura iaitu Lee Kuan Yew.
Presiden PAS Hj Hadi Awang dan Naib Presiden Salehuddin Ayub dilihat telah bertemu dengan LKY dan tentunya perbincangan mereka berkisar terhadap isu-isu politik semasa. Mungkin diakhir pertemuan tersebut Hj Hadi memaklumkan bahawa "inilah bakal MB Johor yang akan selalu berurusan dengan tuan.." sambil memperkenalkan Salehuddin kepada LKY.
Setuju atau tidak dalam agenda jangka masa panjang dan mungkin usaha ini telah bermula sejak 30 tahun dahulu, untuk menewaskan UMNO/BN, negeri terpenting yang mesti ditawan oleh pembangkang ialah Johor. Johor dianggap sebagai benteng terakhir kekuatan politik orang Melayu. Jatuhnya Johor ketangan pembangkang akan memudahkan kejatuhan UMNO/BN di negeri-negeri lain.
Demi untuk kejatuhan UMNO/BN LKY sudah tentu bermurah hati dan bersedia membantu dalam apa juga bentuk sumbangan. Jangan terkejut kelak jika dalam poster pilihanraya yang memaparkan gambar Salahuddin Ayub akan juga turut memaparkan gambar LKY untuk mengelirukan pengundi Cina. PAP dan LHL sudah tentu akan lepas tangan dan mengatakan mereka tidak tahu menahu dan LKY tidak mewakili PAP.
Masakan tempua bersarang rendah, jika tidak ada apa-apa masakan dua orang pemimpin kanan PAS tersebut sanggup bertemu dengan LKY. Mereka mempunyai pelan jangka panjang. DAP dengan projek untuk menawan PP melalui Tanjung1, Tanjung2 dan Tanjung3 gagal sehingga LKS melarikan diri ke Perak. Namun akhirnya mereka berjaya juga. Ingat gambar LGE dan LKS semasa meninjau PP dari bilik berhawa dingin menara Komtar?? Kejatuhan PP terjadi selepas 10 tahun LKY bertemu dengan Nik Aziz di Kota Baru.
Itu sok kita kasih robohhhhhh!!!
Salehuddin Ayub samada benar hendak dinyahkan atau diterajang daripada Kelantan atau telah merasa begitu yakin untuk kembali bertanding di Johor kerana tiada pilihan lain hanya dia yang tahu. Ini akan ditentukan dalam PRU13 nanti. Mungkin benar ia hendak dihalau keluar dari Kelantan. Mungkin juga benar dia telah begitu yakin untuk menang di Johor hingga berani bersumpah di khalayak umum.
PAS akan sanggup berbuat apa sahaja demi untuk menawan pengundi Cina di Johor walaupun terpaksa mengunjungi pasar babi. Najis boleh ditolak ke tepi demi kuasa dan demi Putra Jaya.
"Hai ya tuan, lu ati-ati itu dalah ada najis aa.." "Tak la apa nanti gua basuhlah.., angkat ini ampau.."
UMNO/BN Johor harus menumpukan kepada PRU13 dan tidak boleh leka dengan strategi parti lawan. Setiap isu mestilah dijelaskan dan BN perlu terus menguasai Johor demi kesinambungan pembangunan Johor yang sedang rancak berjalan kini.
No comments:
Post a Comment