Monday, April 2, 2012

TIDAK TAHU MENGENANG BUDI - SOHEH.




  

Terpanggil juga Jokiden untuk menulis tentang pelajar-pelajar kita ni yang mudah dipergunakan oleh pembangkang setelah membaca catatan di RBF Online. Selalu diulang ialah 'Jika tidak tahu membalas budi, mengenang budi jadilah'  Jokiden berterima kasih kepada kerajaan, dulu kini dan selamanya kerana membiayai persekolahan Jokiden sejak dari sekolah rendah lagi. Baca juga artikel di sini

Tidak dapat dipastikan apakah Nizar Jamaluddin pergi belajar ke luar negara menggunakan duit ibu, ayah atau keluarga beliau. Mungkin tidak ada sumbangan daripada pihak kerajaan, sebab itu dia menganggap kerajaan BN ini tidak perlu dihargai. Sebab itu dia siang malam meroyan memaki hamun kerajaan. Mungkin juga sumbangan dari tabung parti PAS lebih besar. Mungkin juga ibu dan bapanya pembayar cukai tertinggi di negara ini. Melihat kepada betapa tidak bersyukurnya dia, seribu kemungkinan boleh diandaikan.

Kita menonton video semasa pelajar berdemo, bahasa yang mereka gunakan amat kesat, mereka membuat provokasi terhadap polis, mereka tak takut polis dan memanggil polis dengan pelbagai penghinaan. Apakah ibu bapa mereka yang mengajar mereka berperangai sedemikian? Jawapannya tentulah tidak sebaliknya mereka dihasut oleh pemimpin pelajar yang sudah tentunya dihasut oleh pemimpin pembangkang.

Kisah pelajar dihasut dan didakyah ini bukanlah cerita baru, kerana ia telah berlaku sejak berpuluh tahun dahulu. Lama dahulu saya telahpun membaca pengakuan Dr Rahman seperti yang tersiar di beberapa blog sejak kebelakangan ini. PAS memang menjadikan pelajar sebagai sasaran mereka. Suatu hari nanti budak sekolah juga akan mereka pergunakan, percayalah.

Ini termasuklah usaha untuk mengheret pelajar supaya turut berdemo pada 9 Januari yang lalu ketika keputusan mahkamah hendak diumumkan.

Pemimpin pembangkang pergi ke luar negara bukannya hendak mencari pelaburan untuk dibawa masuk untuk memakmurkan negara ini. Mereka pergi ke luar negara untuk menghasut pelajar dan membeli kasut berjenama. Itu sahaja yang mereka mampu buat.

Kadang-kadang kita merasa anih tentang sikap pelajar-pelajar tersebut. Beberapa bulan sebelum itu sekitar bulan Jun, Julai, Ogos dan Disember, pelajar ini baru mendapat keputusan peperiksaan. Mereka amat teruja untuk berada di mana-mana Universiti dalam dan luar negara kerana keputusan mereka cemerlang.

Walaupun keputusan mereka cemerlang, mereka murid yang bijak, namun pemikiran mereka masih bertaraf budak sekolah, maklumlah baru habis SPM. Belum matang, dan mengharapkan ibu bapa menghantar mereka sewaktu mendaftar di pusat-pusat pengajian tinggi. Usia mereka ketika itu sekitar 17, 18 dan 19 tahun. Majoriti juga belum memiliki lesen memandu.

Apa terjadi selepas itu?? Selepas beberapa bulan berada di kampus, mereka didatangi oleh puak-puak pembangkang ini dan menghasut pelajar secara halus. pelbagai pendekatan digunakan dan pelbagai risalah dibekalkan.

Mahasiswa yang baru lepas SPM tadi segelintirnya berjaya ditanamkan oleh pembangkang dengan ideologi negatif. Pertamanya mereka disarankan supaya jangan berterima kasih kepada kerajaan yang menyediakan segala kemudahan untuk mereka belajar, mencari ilmu dan menjadi insan berguna.

Mereka diberi gambaran salah dan mereka diyakinkan sekiranya hendak segera menjadi poplar, mereka mestilah mengikut acuan dan pendekatan pembangkang.

Segelintir, saya ulangi segelintir telah terpengaruh, maka lalu mereka menjadi seorang yang super hebat, super ilmiah, super bersih, super hebat, super alim, super terbuka, super demokrasi dan super hak.

Budak-budak (segelintir) yang empat lima bulan dahulu masih menangis tersedu apabila ibu bapa dan saudara mara hendak meninggalkan mereka di asrama-asrama bagi memulakan sessi pembelajaran, tetiba sahaja telah menjadi seorang yang cukup sempurna dan berani serta cekal. Lalu keluar terhamburlah dari mulut mereka segala macam pertuduhan terhadap kerajaan, tehadap UMNO/BN dan pemimpin.

Tetiba sahaja mereka begitu sensitif terhadap rasuah, penyelewengan, kuku besi, menyekat kebebasan bersuara, kroni, konspirasi dan pelbagai lagi. Inilah realitinya, tanpa segan silu, tanpa diajar oleh mak bapak mereka terus berani dengan celuparnya menghina semua orang selain daripada pemimpin pembangkang.

Segelintir inilah samada yang dalam negara mahupun luar negara akhirnya terlupa tujuan asal mereka berada di Universiti. Mereka terlupa siapa yang menyediakan segala kemudahan untuk mereka mencari ilmu. Mereka terlupa makan minum dan yuran pengajian mereka ditanggung oleh kerajaan.

Selain daripada peruntukan kesihatan dan pertahanan sejak dahulu sebahagian besar daripada bajet kerajaan adalah untuk pendidikan. Kita bersyukur, sebilangan besar mahasiswa siswi masih tahu erti berterima kasih kepada kerajaan. Yang tidak tahu berterima kasih tersebut, terimalah hakikat dan berdikarilah sendiri untuk menuntut ilmu. Dapatkan biasiswa daripada kerajaan PAS Kedah, Kelantan, Selangor dan PP. 

Ketika kerajaan merasa bertanggung jawab untuk membawa pulang pelajar ketika berlaku konflik di Mesir dahulu, semua usaha baik kerajaan tersebut telah dimomokan oleh segelintir pelajar dan keluarga mereka. Pembangkang tidak mengucapkan langsung terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan sebaliknya mengutuk lagi adalah.

Penamatan biasiswa oleh YT terhadap pelajar yang berdemo tempoh hari adalah sesuatu yang wajar, kerana telah pelbagai cara digunakan oleh kerajaan untuk menginsafkan mereka, namun mereka memilih untuk menjadi super hebat, super bijak dan super bersih. Kalau sudah semuanya super, apa perlunya bantuan orang lain.

Seperkara lagi perangai buruk pemimpin pembangkang ialah, mereka suka lepas tangan, baling batu sembunyi tangan. Jika mereka bermaruah, ganti sahaja biasiswa yang YT tarik tersebut, bukan banyak sangatpun. 

Apa sahaja akibat buruk hasil daripada apa yang penyokong mereka lakukan, pemimpin pembangkang cuci tangan dan akan mendakwa itu bukan penyokong mereka, itu UMNO/BN yang menyamar. UMNO menyamar pakai baju mereka, UMNO menyamar bawa bendera mereka...Ish.. ish..     

No comments:

Post a Comment