Tuesday, April 3, 2012

KHALID SAMAD...LAPORAN PSC SAYA DICURI..SIAPA CURI??


Pilihan raya: 18 syor disepakati, empat ditolak

03/04/2012 12:53pm
 

KUALA LUMPUR 3 April – Berikut adalah syor-syor yang dipersetujui oleh semua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya:

1-Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos.
2- Pengundi luar kawasan.
3- Tarikh pembubaran Parlimen.
4- Kerajaan sementara (caretaker government).
5- Penguatkuasan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.
6- Akses media yang bebas dan saksama;
7- Pembersihan daftar pemilih yang berterusan.
8- Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar.
9- Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.
10- Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya.
11- Memperkasakan kedudukan SPR.
12- Penstrukturan dan pengukuhan SPR.
13- Memperluaskan Akademi Pilihan Raya.
14- Pengasingan fungsi utama SPR.
15- Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan Sarawak.
16- Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang.
17- Peruntukan dana kepada parti politik
18- Sistem pilihan raya baru.

Berikut adalah syor-syor yang tidak mendapat persetujuan sebahagian ahli jawatankuasa:

1- Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media.
2- Membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun.
3- Memanjangkan tempoh berkempen.
4- Kajian ke arah pendaftaran secara automatik.

- UTUSAN

Mengikut laporan berita tengah hari ini 4 laporan PSC milik Ahli Parlimen telah dicuri semalam.. hahaha..

Ini apa pulak halnya ni, selalu sangat berlaku di PP dan di Kelantan. Bulan lepas orang nak pergi berniaga pasar malam kena tembak. Di PP, pemuda nak pergi jual burger kena belasah dengan parang panjang. Tengok berita di bawah:

Pemuda mati ditembak dua lelaki, rakan cedera

03/04/2012 5:48pm




RANTAU PANJANG 3 April – Seorang pemuda maut manakala rakannya cedera di tangan selepas ditembak dua lelaki yang menaiki motosikal di Jalan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Rantau Panjang di sini kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.

Ketika kejadian mangsa, Mohamad Nazuri Mohd. Zain, 24, dan rakannya, Muhammad Sazuazi Saufi, 27, menaiki kereta jenis Proton Wira menuju ke arah pekan ini dan sebaik tiba di tempat kejadian, dua suspek yang menunggang sebuah motosikal memotong di sebelah kiri dan melepaskan beberapa das tembakan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mangsa meninggal dunia akibat terkena dua das tembakan di rahang dan dada kiri.

"Berdasarkan maklumat awal, suspek telah melepaskan beberapa das tembakan dan terkena mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan.

"Rakan mangsa kemudian memandu kereta tersebut dan berhenti di hadapan gerai menjual mi milik ibu mangsa. Selepas itu orang ramai telah menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan mayat mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment