"Siapa buat hospital ni??? UMNO!!!!!"
Kalut betul dengan Naib Presiden PAS yang super cerdik ni mengatakan terdapat taskforce untuk memberikan kerakyatan kepada warga asing. Timbalan Presiden Mat Sapu juga turut menyokong dakwaan bean ni.
Baiklah, kalau dah ada bukti apa perlunya nak tubuhkan lagi Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes tersebut. Bawalah bukti tu dan tunjukan depan mata pegawai2 SPR biar terbeliak biji mata dia orang. Untuk kebaikan tak perlu dah nak buat2 press statemen dah.. pergi je kat pejabat SPR bawa bukti dan minta SPR selesaikan. Lepas tu launch nasi lemak bersama dengan Pengerusi SPR. Tak yah nak cari publisiti murahan.
Kalau tak betul minta SPR saman kau, mintak denda tinggi-tinggi sikit atau masuk penjara lebih lama sikit, supaya kau tidak layak bertanding dalam pilihanraya umum nanti. Masuk pilihanraya pun apa gunanya jika SPR menipu, dah tentu kau kalah Mahfoozzz oii!!, Jangan sengaja menimbulkan dakwaan untuk mencari alasan nak buat demo Bersih3. Ingat rakyat nak ke datang demo hang tu.. adalah dalam lima enam ribu, nak capai sampai 500,000 macam yang diangan-angankan oleh Susahterawan Pak janggut Samad Said tu jangan haraplah. Tak de mendanya rakyat nak bersusah payah menempuh trafik jam, panas terik dan kesesakan yang menggila tanpa ada tujuan sihat tersebut.
Dalam dunia ni mana ada orang yang sempurna Datuk Mahpoosss bean oii, termasuklah SPR dan pegawai-pegawainya. Yang sempurna dan tiada cacat celanya ialah kau, Nuar, Mat Sabu dan Nik Aziz. Rakyat nampak tu. Rakyat tahu tu. Inilah harapan rakyat. Parti yang tiada cacat celanya ialah PAS, DAP dan PKR, WANGI!!!. UMNO/BN ni penuh dengan noda dan maksiat dan BUSUK!!!.
Ingat senang-senang je ke nak bagi kerakyatan kepada warga asing ni. Warga negara pun dah banyak dah, hampir 30 juta, tak perlu lagi dah warga asing. Singapore tu lain, rakyatnya sikit 5 juta, takpelah dia nak amik warga asing jadi warga negara dia. Jumlah rakyat akan bertambah tahun demi tahun, ini yang datang secara halal dan harampun dah berjumlah dekat2 6 juta orang ni, dah cukup ramai dah.
Cari alasan lainlah Mahpoozzz kalau nak buat juga demo Bersih tu. Puak pakatan haram memang suka nak menyusahkan rakyat, menyusahkan pelancong, menyusahkan peniaga, menyusahkan orang ramai, menyusahkan polis, menyusahkan orang nak berihat, membeli belah dan membawa keluarga bersiar-siar pada hujung minggu. Sebagai penganjur tertanggung ke dosanya oleh kamu bila bergantang sumpah seranah orang ramai nanti. Ingat sikit, banyak kenduri kahwin di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Klang pada 28 April tu nanti. Sebab program Bersih besok banyak kenduri kendara yang gagal seperti dulu dan banyak nasi yang dibuang ke longkang. Fikirlah sikit kebajikan rakyat, jangan nak memuaskan nafsu serakah sendiri sahaja wahai pakatan.
Puak pakatan memang tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah mereka nikmati. Rumah besar, kereta besar, duit elaun besar, tanah banyak, saham banyak, duduk di hotel mewah, keluar negara kerap, baju berjenama mewah, hilang dah semua jubah dan ketayap. Mereka bergaya sakan, sedangkan rakyat tidak mereka pedulikan. Yang mereka pentingkan ialah kedudukan mereka selamat ke tidak dalam senario politik negara hari ini.
Bapak munafiklah pemimpin-pemimpin pembangkang ni. Depan orang kampung bukan main lagi pakai kain pelikat, nak ambil hati konon, nak kelihatan alim konon, nak kelihatan susah kononnn!!!sampai di KL kain pelikat entah kemana, ketayap entah kemana, dompet tebal dengan duit.
Rakyat terus disusahkan dengan meminta-minta derma setiap kali buat ceramah, rakyat di tipu derma untuk perjuangan suci, jihad, cheh!! sebahagian diut derma masuk kekantung mereka. Rakyat dapat apa??? rakyat dapat modal lapok untuk bahan borak di kedai kopi ke esokan harinya. Jihad punya pasal, duit derma tidak pernah diodit. Rakyat tidak perlu ambil tahu atau ambil kisah kemana duit itu pergi. Kalau di soal atau di tanya, derma jadi tak ikhlas, tak dapat pahala. Cukup, cukuplah menipu rakyat ni..Cukuplah memperbodohkan rakyat ni.
Pertanyaan, ramai ke yang dibagi taraf kerakyatan ni wahai Naib Presiden yang tercerdik? Berapa juta orang?? Lagipun apa jaminan yang warganegara baru ni dikatakan akan mengundi BN, siapa nak pantau dalam dewan mengundi tu. Apo ko bangang bona Naib Presiden PAS ni. Entah2 semua yang diberi kerakyatan tu semua dah ditapis oleh CIA dan agen yahudi, kan ke naya nanti mereka mengundi Roket, Bulan dan Mata. Apa faedah yang BN dapat, selain daripada merosakan nama baik BN sendiri. Di mana lokasinya pengundi warga asing ni Mahpooosss?? Kalau bukan setempat ada bawa kesan ke? Katalah 30 orang di Sabak Bernam, 15 orang di Pokok Sena, 50 di Permatang Pauh?? ada kesan ke?, Majoriti Nuar 15,000 orang, masuk 50 ke BN kalah ke Nuar?. Lagi sekali apo ko biul atau dungu bona kau ni??
Majoriti PM DSN yang dihebohkan dulu sebanyak 261 undi, itu sebab berlaku kesilapan pegawai-pegawai beliau yang sepanjang masa memberikan gambaran baik datuk, ok datuk, tiada masalah datuk..sebab itu majoritinya merudum. Sekarang mintak maaflah.. berpuluh ribu majoriti. Tak terpindahkan oleh PAS pengundi2 hantu ke situ doh.
Kan ke kerja memindahkan pengundi ni dulu menjadi amalan PAS, sebab mereka nak monang, nak sonang dan nak konyang. Mahpoozzz nak nafikan ke, berani kau bersumpah di mana-mana masjid yang kau tak tahu PAS memindahkan pengundi ni??? berani??? Dalam muktamar PAS di Taman Melawati beberapa tahun dulu kan heboh strategi ini ditimbulkan oleh perwakilan PAS hingga memaksa pengerusi tetap menegurnya. Kau ingat rakyat lupa?? Ish ish, nak tipu sapa ni.
Pak Samad janggut nipun satu hal, entah apa yang dia tak puas hati, kitapun tidak tahu. Penginapan kelas pertama, penerbangan kelas pertama, hospital kelas pertama dan banyak lagi kemudahan yang kerajaan dan DBP sediakan. Dia ni kan suka bersiar-siar, berjalan-jalan dari satu stesyen ke satu stesyen setiap hujung minggu sambil bawa beg galas, tetiba sok dia juga terperangkap dalam kesesakan orang ramai, mahu lemas dia tu.
Selain daripada Dataran Merdeka, boleh tak buat kat Komtar di PP tu, di Klang, Brickfield dan Shah Alam. Di London, Juruselam dan New York dengarnya nak buat serentak. Hebat PAS dengan Yahudi ni bersekongkol. Kau tunggulah balasan setimpal wahai Mahpoozzz, sebab kau menyusahkan orang lain. Banyak lagi benda baik dalam dunia ni yang boleh pembangkang buat dan lakukan, kenapa pilih benda buruk yang bakal menyusahkan. Rakyat sudah MUAK!!!!!
No comments:
Post a Comment