Wednesday, April 4, 2012

AMARAN KERAS KEPADA NUAR...YOU BUAT YOU TANGGUNG..


Jangan cemar integriti kehakiman - Ketua Hakim Negara

04/04/2012 6:28pm

PUTRAJAYA 4 April - Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria berpesan kepada pelbagai pihak bahawa para hakim tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap mereka yang didapati mencemar maruah badan kehakiman.

Beliau menegaskan, mahkamah memandang serius sebarang perbuatan yang mencemar integritinya dan tindakan menghina mahkamah bertujuan menjamin pentadbiran keadilan agar ia dapat dilaksanakan tanpa halangan dan gangguan.

Sehubungan itu, Ketua Hakim Negara berpesan agar semua pihak bertanggungjawab menghormati institusi kehakiman dengan menyalurkan sebarang ketidakpuasan melalui cara yang sah lagi berhemah.

“Janganlah sesekali mengambil tindakan yang boleh mencemarkan integriti dan maruah institusi kehakiman hanya kerana tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan,’’ ujar beliau ketika berucap di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Arifin berkata demikian pada upacara angkat sumpah jawatan dan taat setia 11 pegawai kehakiman terdiri daripada empat hakim Mahkamah Persekutuan, dua hakim Mahkamah Rayuan, tiga hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan dua hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. - UTUSAN

Komen Jokiden:

Amik kau Nuar dan sesiapa sahaja yang suka sangat memperlekehkan institusi ini. Ketua Hakim dah bagi amaran keras tu, jangan sewenang-wenangnya nak membuat provokasi terhadap institusi kehakiman, terhadap hakim dan terhadap mahkamah.

Jangan sesuka hati selepas ini nak menghina mahkamah, nak menangguhkan kes beratus kali, bertahun-tahun ikut suka hati sahaja. Maruah Institusi Kehakiman tidak boleh dicemarkan selepas ini.

Jangan sesuka hati nak gunakan pengaruh luar untuk mempengaruhi keputusan mahkamah. Jangan menuduh sebarangan yang hakim telah dibeli oleh pihak lain. Jangan menuduh sesuatu keputusan itu telah ditentukan lebih awal. Bebarpa bulan lalu, Bekas Ketua Hakim negara juga mengingatkan "lawan kes di mahkamah berdasarkan merit dan bukti kukuh, bukannya dengan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Institusi tersebut.

Kita tengok siapa yang kena selepas ini.

No comments:

Post a Comment